Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Integriti diri lagi...Ragam di jalanan

Seusai menunaikan solat maghrib...aku  tergesa-gesa keluar rumah untuk mengambil kawanku yang sedia menanti kehadiranku...terasa bimbang di hati kerana sudah lama dia menungguku untuk menjemputnya, namun aku pinta untuk pergi ke KTM setelah solat maghrib atas sebab waktunya sudah hampir tiba semasa dia menghubungi no mobile ku....

Setiba di traffic light berhampiran Giant, kelihatan sebuah kereta wira hitam tersadai di tengah-tengah jalan dan sebuah Van kuning menekan hon supaya pemandu kereta hitam itu bergerak...tetapi masih lagi kaku di situ... pemandu-pemandu yang lain melintas hadapan kereta tersebut dengan sebuah pandangan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..."apa yang penting aku boleh jalan...". mungkin itu yang mereka fikirkan. seketika kemudian kelihatan seorang wanita India keluar dan mendukung anaknya, meminta pertolongan seorang pemuda melayu lagaknya, untuk mengalihkan kereta. Aku meneruskan perjalanan setelah lampu merah berganti hijau. Ingin membantu tetapi ada urusan yang perlu diaulakan.

Terasa sebak bila memikirkan sikap segelintir masyarakat yang  lebih mementingkan diri sendiri walaupun melihat orang lain dalam kesusahan. Cuba bayangkan, adik perempuan atau ibu kalian atau isteri kalian ditempat wanita india itu, bagaimanakah perasaan anda bila tiada seorang pun berhenti atau membantu mereka?. Nauzubillah...moga tidak hilang nilai murni dan intergriti dalam diri.

Teringat pula kisah seorang kanak-kanak digilis tanpa dihiraukan oleh orang ramai dan kisah seorang wanita cina yang ditikam 27 kali tapi tak dibantu oleh sesiapa pun..,di mana sikap keperimanusiaan dan keprihatinan.

Monday, December 5, 2011

Apa Nilai Sebenar Ijazah bagiku???

Jam 11.15 pagi…aku sampai di pintu utama USIM…Ramainya para graduan USIM yang datang mengukir memori buat sekalian kalinya..(Huhh…Nak Konvo jugak..Detik hati kecilku) Sekeping Ijazah  merupakan salah satu bukti ilmu yang diteguk dari curahan ilmu daripada semua pensyarah yang setia memegang amanah. 

Selepas 4 tahun menggali ilmu di bumi USIM, sejauh manakah kita boleh membawa diri kita di dunia yang sementara ini? Adakah ilmu itu hanya pada sekeping kertas dan bakal hilang jika dirampas.. tertarik dengan kata Saudara Farid Hadhari, Presiden SPMM sekarang, “suka dalam duka, melihat abang-abang dan kakak-kakak yang gembira mengambil gambar kenangan bergelar graduasi USIM. Berpeluh ke sana ke mari mengambil gambar-gambar di sudut-sudut yang indah sehari suntuk. Namun dukanya, saya tidak pernah melihat usaha sebegini diperuntukkan dalam empat tahun pengajian sebelumnya, jauh sekali untuk berpeluh memerah fikiran mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam pengajian. Maafkan saya, tapi itulah hakikatnya.” Kata-kata itu mengetuk kotak fikiranku…


Satu lagi persoalan yang menikam kotak fikiran..daripada saudara Razif Fuad, Setiausaha SPMM 11/12, “Sebenarnya, majlis konvokesyen adalah hari yang paling menggerunkan. Segulung ijazah yg anda peroleh hasil 4 tahun pengajian anda...Sudah mampukah dengannya anda membawa perubahan dalam masyarakat? Jawapan di tangan anda”.

Mungkinkah setelah kita bergelar graduan, kita hanya memikirkan “aku nak kerja ape? Gajinya berapa?”. Tetapi berapa ramai yang bekerja kerana ingin menyebarkan Islam..sebagai contoh, Dia tidak mengambil Rasuah kerana Islam melarangnya dan mengikut akhlak Rasulullah SAW yang amanah orangnya???

 Ya Allah! Kau bimbinglah kami…jika kami bekerja nanti, biarlah kerja kerana dakwah. Kerana ramai yang mencari kerja hanya sekadar untuk kesenangan di dunia. Ramai yang mementingkan diri. Jika Berkahwin biarlah mengikut sunnah dan ingin membentuk Baitul Muslim. Moga tiada lagi anak-anak dibuang di jalanan. Ibu bapa merempat di kaki lima, menagih simpati…Nauzubillah.

Tuesday, June 28, 2011

Terima Kasih Allah...

Belum sampai seminggu ana di kampung, satu mesej diterima…membuatkan hati ana berdebar-debar. Seram sejuk rasanya…terasa nak demam pun ada. Ana bagaikan kucing kepanasan. Dalam hati tidak berhenti-henti, mendoakan berita gembira yang bakal ana perolehi.

Mesej yang ana maksudkan tadi adalah keputusan exam semester 6 sudah pun dikeluarkan. Ana bersiap-siap untuk keluar. Ana menunggang motosikal menuju ke kedai komputer yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.

Debaran hati bertambah ligat, muka mak cik dan pak cik CC, ana pandang dan menyatakan untuk menggunakan PC. Kelihatan adik-adik satu sekolah ana pun turut melayari internet di sini. Ana terus membuka page google dan website USIM.  Hampir 15 minit ana menunggu, tapi page website USIM tak dapat ana buka. Mungkin ramai yang tengah melayarinya. Ana cuba menukar PC yang lain, Alhamdulillah dapat dibuka jua akhir…Lafaz Kalimah “Alhamdulillah” ana lafazkan berkali-kali. Keputusan semester ini amat mengejutkan. Akhirnya Target dapat dicapai selepas 5 semester yang lepas ana gagal memperolehinya.

Ini adalah berkat doa ibu & ayah, kawan-kawan dan semuanya. Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Kerana Kau masih sudi memberiku nikmat kegembiraan...

Sunday, May 1, 2011

MenGapa " ITU " menJadi Pilihanmu???

Masalah remaja belia Islam makin menjadi-jadi. Tontonan video lucah menjadi pilihan. Di mana iman diletakkan dalam situasi ini. Risiko melihat video lucah amat besar. Bukankah kalian tahu itu?

Bagaikan nasi putih dihidangkan dengan pelbagai lauk di depan mata tanpa susah payah mencarinya, membuatkan nafsu makannya tak terkawal.Inikan pula, melihat adegan seks maka nafsu syahwat mula bergelora. Nafsu mula bangkit walaupun sekadar memandang wanita biasa, apatah lagi melihat video seumpama itu. Maka berlakulah penzinaan, buang bayi dan rogol.

Suatu kisah seorang remaja lelaki yang melihat video lucah sudah dua kali cuba melakukan perzinaan. Alhamdulillah…muslimat itu tidak merelakan tindakan remaja lelaki tersebut. Andai kata semua itu direlakan, maka bertambahlah umat Islam yang melakukan penzinaan. Mengapa seorang muslimah ingin kalian jadikan dia sebagai tempat melempias nafsu serakah kalian? Walaupun perempuan itu tidak warak sekalipun, kami tidak sesekali redha dengan tindakan kalian!!!

Bagi setiap insan menghadapi situasi yang sama, eloklah mensiapkan diri untuk melangkah gerbang perkahwinan untuk memelihara maruah diri kalian. Dalam masa yang sama, cuba mendekatkan diri dengan Allah, berdamping dengan sahabat-sahabat yang soleh. Supaya rumahtangga dibina bukan kerana nafsu syahwat semata-mata tetapi kerana kesempurnaan iman, kesejahteraan hidup bermasyarakat, menimbulkan kasih sayang dan kesepaduan antara dua keluarga yang disatukan dengan ikatan tersebut.

Menangis kami dengan kelemahan kalian...
Menangis kerana  lemahnya  si pemuda yang kami harapkan untuk membela agama itu
 cuba merosakkan agamanya sendiri...  
Namun pelbagai alasan dilontarkan jika disarankan untuk berkahwin. Saya tak de duit, saya muda lagi, keluarga saya tak benarkan kahwin awal atau masa tengah belajar. Kalau begitu alasan kalian, mengapa berani untuk melakukan penzinaan? Mengapa cara haram juga yang kalian pilih?  Sungguh berani kalian melawan tuhan!!!  


JANGAN KALIAN MENONTON VIDEO LUCAH ITU LAGI!!! Bagaimana ingin kugambarkan betapa marahnya kami sebagai muslimat apabila kalian menarik sahabat kami untuk melakukan zina. Islam menaikkan taraf kami melalui Kekasih Allah, Muhammad Bin Abdullah. Kami rela melakukan dengan cara HALAL…bukan secara HARAM! Hanya suami kami berhak ke atas kami.

Bagaimana jika seorang lelaki melakukannya terhadap kawan kalian, sepupu kalian, kakak kalian, adik kalian!!! Buka minda dan hati,,,sucikan diri dari semua ini.

Cuba bayangkan bagaimana keadaan kami apabila kalian melakukan zina itu? Kami bagaikan kain buruk! Walaupun itu bukan salah kami, masyarakat lebih menuding jari ke arah kami… pelbagai tohmahan dilemparkan. Tambah malang lagi jika kami ditakdirkan mengandung…Anak itu juga kan menerima nasib yang sama. Susahnya mengubah persepsi masyarakat terhadap kami nanti, namun tidak dinafikan masih ada yang sanggup menerima kami. Tetapi kami ingin hidup dalam ketenangan jiwa dan hati. Masyarakat yang muafakat, bukan nafsi-nafsi.

Kalau kalian belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Selain itu ana rasa terkilan dengan strategi politik yang memalukan disertai tindakan akhbar yang memalukan menyiarkan gambar adegan seks secara direct buat tatapan umum pengganti sarapan pagi agaknya. Apakah faedahnya selama ini kita menghalal penjualan vcd lucah sedangkan media sendiri tanpa segan silu menayangkannya. Ini merosakkan pemikiran dan akhlak masyarakat dan golongan remaja yang bakal meneraju negara kita. Adakah kita mahu generasi pemimpin yang mempunyai pemikiran kotor yang sudah terbiasa melihat benda-benda jijik ini. Astaghfirullahal azim…


Bagaimana ibu bapa ingin menjawab apabila si anak kecil itu bertanya: Ayah…gambar apa tu yah?”. Si ayah mendiamkan diri. Si anak berumur 5 tahun datang ke arah ibunya, sambil memegang surat khabar. “Bu…ini ni gambar ape?”..si ibu serba salah untuk menjawabnya. Malahan yang lagi parah jika ada ibu ayah yang tanpa segan silu menonton video lucah di depan anak-anak.

usahakan dirimu untuk mengdapatkan yang halal....
Fikirkanlah demi kemaslahatan ummat….

Wednesday, April 13, 2011

Paginya sedih, petangnya Allah bagi kegembiraan...

Hari ini ada dua perkara yang telah aku tempuhi.. pertama kesedihan. Mengapa aku sedih? Aku tidak dapat menjalani test 'speaking MUET" dengan sebaiknya.. Subhanallah...hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu dengan kepala ni dah dua hari ditemani migrain. Nak study pun ala kadar saja. Alhamdulillah, migrain bukanlah ditahap kritikal. Mampu lagi untuk bergerak di sekitar kampus.

Pada petangnya pula, satu Majlis Perasmian Penutup Program Muzakarah Berkelompok Liqa' 2011 diadakan. Aku dipilih untuk menerima Anugerah Raisah terbaik dalam Liqa' 2011 dan saudara Muhammad Farel sebagai Rais Terbaik. Ini menjadi satu suntikan semangat untuk Rais/Raisah yang lain menjalankan amanah masing-masing pada masa akan datang meskipun sebelum ini tidak dijanjikan ganjaran dunia.

Hikmah yang inginku kongsikan disini bukan sekadar menceritakan anugerah yang diterima tetapi apa yang Allah kurniakan.

Subhanallah...begitu sayangnya tuhan kepada hambanya, kenapa tidaknya? Baru sahaja paginya aku mendapat cubaan kesedihan, petangnya pula diuji dengan kegembiraan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersirat. 

pertama: Hikmah Cubaan Kesedihan.

Cubaan ini menguji kesabaran kita dan kita redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba menenagkan hati dengan cuba tersenyum namun sahabat-sahabat dapat membacanya. Ada sahabat yang memberi semangat dan cuba berfikiran positif agar tidak terlampau mengganggu fokus pada pembelajaran seterusnya. 

Kedua:Hikmah Ujian Kegembiraan

Kenapa aku katakan kegembiraan itu satu ujian? bukankah itu satu nikmat? Ya, kegembiraan itu satu nikmat dan boleh menghilangkan kegusaran di hati tetapi kadangkala ada kegembiraan yang boleh mendatangkan riak. semoga hatiku teguh dari sikap riak yang datang tanpa diundang, yang hadir tanpa dijemput.

Kesimpulannya gembira itu nikmat seiringan ujian dan sedih itu cubaan seiringan dengan nikmat Allah SWT.

Di sini sedikit perkongsian mengenai Sujud Syukur:-

Kafiat Sujud Syukur sama sahaja dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى

“Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt” – (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah – Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :

يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى 

“Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama’mengatakan wudhu’ dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo’a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa.”

————–
Rujukan :
1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ – 7. Cetakan ke 3, tahun 2000. ms 266.
2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh – II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 – 120.

sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/29/sujud-syukur/

Wednesday, April 6, 2011

Wanita itu....


Situasi pertama:



Aku melangkah masuk ke ruang legar sebuah hotel.  Semua muslimah mengenakan busana masing-masing. Subhanallah indah sungguh ciptaan tuhan. Benarlah kalam Allah s.w.t dalam surah al-‘alaq ayat 4,5 &6 :-

Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.

Namun sayang seribu kali sayang, mengapa pula kecantikan didahulukan tanpa memikirkan batas syarak yang harus dipertimbangkan. Sedih melihat ukhtiku yang lalai dalam penjagaan auratnya. Pakaian yang mana menampakkan setiap inci tubuh kalian yang cantik itu dan teristimewa ku kira, ditampilkan di hadapan para pejuang agama kita dan juga ajnabi yang haram melihatnya tanpa rasa segan silu. 

Mengapa kita perlu menampilkan kecantikan kita hanya buat suami tercinta(jika ada) kepada mereka yang ajnabi.  Kelihatan mereka turut terganggu dengan keistimewaan yang ada pada diri seorang wanita. Mereka tertunduk apabila kita melangkah dengan lengkok masing-masing, dengan pakaian yang agak keterlaluan jika ia melanggar asas menutup aurat. Pakaian biarlah longgar... tudungnya biarlah labuh (bawah paras dada)...Kainnya biarlah tebal...Tegurku kerana sayang bukan kerana benci...

Situasi kedua:
Alhamdulillah, satu majlis keraian untuk penghuni-penghuni asrama telah diadakan pada hari ahad yang lepas. Aku turut tidak terlepas untuk menyertainya. Kami diberi layanan yang baik oleh pekerja hotel tersebut. Menunya juga agak menyelerakan bagi aku yang berselera kekampungan ini. 

Bukan menu yang ingin ku kongsikan dan bukan kemeriahan yang inginku bicarakan. Tapi tentang sebutir PERMATA ku kira di celahan kaca. Si dia dengan senyum melayan kami sebaiknya. Pada mulanya aku sendiri kurang selesa dilayan bagaikan yang berhormat tapi ini bukan kali pertama aku menerima layanan sedemikian. ini kerana aku hanya datang daripada sebuah keluarga yang biasa saja.Si dia, seorang wanita yang masih lagi menuntut ilmu di sebuah kolej swasta dan sekadar bekerja separuh masa di hotel ini. Aku memandang sekeliling...ada perbezaan antara dia dan rakan sekerjanya. Apakah perbezaan itu??? 

Sehelai tudung... Itulah bezanya si dia yang menarik perhatianku. Aku memulakan bicara dengannya untuk mengeratkan hubungan. sekaligus mengurangkan jurang antara kami. Itu lebih baik daripada merasa bangga dan besar diri walaupun sekadar makan di hotel.  

Aku bangga dengan dirimu ukhtiku, kerna auratmu terjaga walaupun tidak selabuh muslimat yang lain. Aku  lebih bangga dengan dirimu ukhtiku, kerna kau dapat pertahankan auratmu dari kalah dengan desakan fatamorgana. Moga Allah sentiasa memberi rahmat-Nya untuk dirimu terus kuat melayari bahtera lautan manusia yang mengejar duniawi.

Wednesday, March 23, 2011

Ingin ku Hazaf Virus cinta ini..

Aku melayan emosi diri yang keadaan tidak stabil kini... Aku terluka kerana tindakanmu... kadang-kadang dipendam...biarkan diri 'makan' hati sendirian.. semuanya kerana sayang...sayang buat teman yang mengembirakan hati...Ini salahku...bukan salah dirimu... merasakan diri diperlukan...tidak cuba mengerti dalam setiap tindak-tanduk kalian. Ingin ku protes makin terbakar hati...


Ingin ku Hazaf Virus cinta ini...



Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..


Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aishah/#share
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aishah/melukut_ditepi_gantang.html ]

Saturday, January 8, 2011

AmAnaH…KeAdilAn…Sudahkah Aku Tunaikan?


Hati masih lagi menyimpan hasrat untuk thabat dalam pimpinan. Cuma kegusaran dengan kekurangan diri. Bagaimana keadaan aku selama memegang taklifat sepanjang 1tahun di bawah persatuan itu. Adakah benar-benar aku melaksanakan tugasku?


Dalam bilik mesyuarat, aku lebih banyak diam dari bersuara. Terasa seperti bola yang dibaling ke dinding kembali melantun terkena hidung sendiri. Itu yang ku rasakan apabila timb.presiden menyuarakan perasaannya apabila melihat ahli-ahli mesyuarat kurang aktif terutama dalam kalangan muslimat. Perasaan rendah diri menyekat aku untuk mengeluarkan kata-kata. Lidah seakan kelu, suara menjadi bisu seribu bahasa. Kerana ku yakin ilmu pengetahuan sahabat-sahabat pimpinan lebih tinggi dan luas lagi. Sikap yang suka melakukan kerja disebalik tabir juga salah satu faktor menghalang diri untuk ke hadapan. Maaf sahabat-sahabat jika aku tak sempurna dalam melaksanakan taklifat.

 “Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Surah Al-Ahzab 33:72)

 Amanat yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah tugas-tugas keagamaan. Itu selaras dengan  tujuan Allah s.w.t  kita telah pun diciptakan untuk menjadi Khalifah di muka bumi selain mengabdikan diri ke Allah s.w.t. sejauh mana aku telah melaksanakan tanggungjawabku? Tanggungjwab pada diri, ibu bapa & keluarga, jiran tetangga, rakan taulan, masyarakat, agama dan yang lebih utama kepada al-khaliq.

 “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”(Surah Al-Dhariyat 51:56)

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah 2:30)

Hati mula keresahan tika saat membaca isi kandungan surat yang ditulis dan diutuskan oleh Imam Al-Auza’I kepada Khalifah al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah. Antara isi kandungannya,

Wahai Amirul mukminin!

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota dari badan.  Kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia terlepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh kharif(Jarak masa setahun).”

Wahai Amirul Mukminin! 
Ingatlah kata-kata Umar Al-khattab:" jika mati anak kambing ditepi sg.Furat(iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak! maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?"

Wahai Noura! Sudahkah amanatmu terlaksana? 

Friday, November 26, 2010

***Warkah Si Faqirah***


Aku sedar aku lahir dari keluarga yang kecil. Bukan dari keluarga yang kuat agama. Bukan dari keluarga yang berada. Bukan jua dari keluarga yang berpelajaran tinggi.  Aku cuba menjadi wasilah ke arah kebaikan tapi aku tak mampu untuk berjuang bersendirian. Ayah dan ibu menguatkan aku, mendorong aku untuk menjadi daie wa mad’u  dalam keluargaku. Ayah dan ibu hanya petani dahulu dan kini. Cuma ada ketika mengubah kerjaya dari tempat kerja berteduhkan langit, berkipaskan angin dan hangus dengan bahang matahari ke kantin asrama. Namun kerja petani tetap menjadi pilihan hati.

Perkara yang utama aku tekankan dalam keluargaku adalah solat dan menutup aurat dalam kalangan ahli keluarga terdekat. Tetapi masih ada lompangnya lagi. InsyaAllah, akan diperbaiki. Walaupun Ayah dan ibu bukanlah ustaz atau ustazah kalian amat menekankan hal yang berkaitan solat. Ayah boleh menjadi imam untuk kami apabila solat berjemaah di rumah. Itu kredit untuk ayah di akhirat kelak… insyaAllah.

 Bila saja cuti persekolahan tiba mahupun cuti raya ada saja ahli keluarga yang mengundang untuk ke majlis perkahwinan mereka. Sekali sekala terdetik di hati dan fikiran bilakah pula masanya untuk diriku? InsyaAllah ada la tu…
Sungguh aku dilema untuk menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Kebimbangan disebabkan pengalaman yang menjadi batu penghalang untuk meneruskan niat di hati. Melihat bagaimana ahli keluarga yang sudah berumah tangga menyusuri hari-hari yang dilalui bersama-sama pasangan pilihan rumah tangga menjadi syurga di dunia.

Antara Rahsia perkahwinan:

1)      Perkahwinan merupakan Sunnah para nabi dan rasul. " Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri- isteri dan keturunan". (Surah ar-Arad:38)    
2)      Melahirkan Zuriat keturunan yang beriman dan memakmurkan bumi Allah SWT.
3)      Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah.
         Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w bermaksud: apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan.
4)      Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
      Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.
5)      Memelihara Maruah
      Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (Nafsu Syahwat). 
6)      Menyuburkan perasaan keibubapaan
7)      Mewujudkan disiplin Rumah tangga.       

Suami isteri bertikam lidah di hadapan anak-anak. Bagaimana nanti psikologi mereka?  Sepatutnya, segala masalah dibincang di tempat yang tenang dan lebih privasi. Ini bukan sahaja mengelakkan aib diri malah keluarga turut terpelihara. Aduh bagaimana nanti, jika aku mendapat pasangan yang turut sama panasnya dengan diriku. Pastinya gunung berapi meletus di dalam rumah tanggaku nanti. Aku perlu solehahkan diri dahulu tapi aku perlu pembantu. Aku perlu perlindung. Aku perlu penyokong.

Aku lihat seorang bapa, bibirnya tak kering daripada sumpah seranah kepada si anak. Pantang silap sikit, perkataan kurang enak pasti keluar dari bibiryang mempunyai lidah yang tak bertulang. Ada kalanya kaki tangan menari seiring dengan kata-kata kesat khas buat anak-anak. Istighfar aku sendirian. Dalam hati tercuit untuk menegur tetapi diam berfikir memilih masa yang sesuai. Kata orang, jika api kecil jangan dicurah minyak ke atasnya.

Aku ingin seorang suami yang mantap agamanya, seorang suami berkarisma kepimpinannya. Seorang suami pendamai orangnya. Kalau bukan dia boleh jadi imam di masjid atau surau, jadi Imamku di rumah pun jadilah. Kalau kaya pula, bukan harta benda, tapi kaya budi pekertinya. Biar anak-anakku nanti mengikut jejak langkahnya.  Kalau miskin pula, biarlah la dia miskin dengan hiburan yang melalaikan. Kalau kerja pula, sekadar kerja dari sumber rezeki yang halal. biar pun hanya petani tapi pandai berusaha dan halal. Bukankah Rasulullah s.a.w dahulu pun hanya pengembala kambing???

Dasar pemilihan calon suami isteri telah diberi tunjuk ajar oleh agama Islam. Hadis yang selalu kita dengar mengenai kriteria calon isteri:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain daripada itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri:

1)      Perempuan yang taat beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah”.
2)      Berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna.
3)      Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan anak yang ramai.
4)      Sekufu atau hampir sekufu
5)      Masih gadis atau Anak dara
6)      Pasangan Bukan daripada keluarga terdekat.

Manakala dasar pemilihan calon suami pula:

1)      Kuat agama dan berakhlak mulia
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:  “Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinmkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi”.
2)      Bukan keluarga terdekat
3)      Bebas daripada penyakit Berat (gila, kusta, dan lemah syahwat).

Apa yang penting agamanya? Ayah…Ibu…anakmu meminta izin untuk menikah. Jika kalian punya pilihan, biarlah agama jadi syaratnya.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasanbin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anakperempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yangbagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika iamenyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinyapasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Mas kahwinnya tak perlu emas perak atau wang ringgit. Sekadar senaskah kitab suci Al-Quranul Karim, itu sudah memadai bagiku.

Ayah…Ibu… jika anakmu kurang akhlaknya, tegurlah. Kalau anakmu terkasar bahasanya, tegurlah. Ini merupakan tempias daripada persekitaran yang dilalui lebih 20tahun. Aku ingin berubah. Aku tidak mahu anak-anakku hidup dalam situasi yang sama denganku.

namun kini sukar memilih calon kerana lelaki meletakkan taraf soleh buat si isteri tetapi meletakkan piawaian yang rendah buat dirinya sendiri. lelaki atau perempuan perlu soleh dan mengsolehahkan diri masing-masing. Sekiranya ada kekurangan salah seorang dari pasangan tersebut maka lengkapilah mereka. Wallahualam.

Sunday, August 8, 2010

..:::: Gangguan Hati Dan Perasaan ::::....

              Aduhai Hati...keluarkanlah segala kesedihan...
Jangan Biarkan kekecewaan merosakkan diri mu...
           Ingat Ayah Ibu di kampung.. kuatkan dirimu demi mereka...
 tiada manusia yang sempurna...

                 Tapi hati ini terkilan Benar dengar teguran sahabat pertama....
Kesilapan diungkit-ungkit dengan tegasnya...
          kebaikan yang ada walaupun sedikit dilupa begitu saja,
                    Bukan niat mengungkit kebaikan tapi itu kenyataannya
         Alasan diberi ditolak tanpa rasa apa-apa...
                   si pesalah memendam rasa...
        Bukan sekali teguran diterima,
               bukan sekali jua pembelaan diri menjadi sia-sia...
          Diam pun salah, bersuara pun salah...
                  Air mata jd peneman dikala kepiluan..
      menjadi kuat di depan kalian tapi hakikat bukan demikian.

Duhai Hati...
               Sebentar lagi, datang sahabat yang ke-dua...
                          Mungkin caranya berbeza dalam memperbetulkan kesilapanmu...
       Kuatkan hatimu agar tidak terasa dengan kelemahan diri yang dinyatakan..
Anggap ia sebagai wasilah untuk kebaikan...
             Tapi bukankah sia-sia hati telah pun terluka...
                       Begitu jua dengan orang yang pesalah ini sakiti...
              Inilah balasan di dunia, belum lagi di akhirat...
      Wahai si pesalah insaflah dirimu...banyakkan berzikir daripada berkata-kata...
banyakkan menangis daripada bersuka ria.

Thursday, August 5, 2010

...::: coretan si faQirah :::...

Mek...!!! Ayah...!!! Beratnya Beban Amanah yang dipikul....Air mata menemani di kala, hati terasa sedih dan pilu...Bagaikan terkapai-kapai di lautan dalam, si faqirah ini terus mencuba untuk berenang ketepian..Namun ada ketikanya air laut menyentuh anak tengkak..terasa masin. Syukurlah ade yang datang membantu. Syukran si Tenang dan Lieya..kalianlah temanku...dakukan kenang budi jasamu hingga akhir...


Alhamdulillah...hari ini merupakan hari terakhir untuk aku menunaikan tugasku sebagai bendahari kursus penyembelihan halal. Ini pengalaman pertama dan mungkin yang terakhir kali buat si faqirah. Bukan putus asa tapi mungkin mengambil tugas yang sedaya mungkin daku laksanakan. Kepada Adik "Pencari Cinta" maaf tidak terhingga dipohon kerna telah membantutkan tugasmu untuk berdakwah di perkampungan Orang Asli.

Melalui program ini barulah terbuka mata dan minda..betapa susahnya melakukan sesuatu kerja itu. Tanpa iman yang teguh, kesabaran yang tinggi dan komitmen yang jitu, pasti segala usaha menjadi sia-sia dan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Namun segalanya bergantung pada niat hati kita samada baik mahupun sebaliknya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik maka akan baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak maka seluruh tubuh badan akan rosak. Ketahuilah seketul dagimg ini ialah hati." 

Related Posts with Thumbnails