Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Kerana IQRA'...Hatiku yakin untuk memiliki mu...

Hari ini aku ingin tunaskan janji terhadap lamaran daripada Junior Dakwah.

 Jam menunjukkan 9.45 pagi...aku mendaki bukit untuk merentas laluan ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) bersama adik sekelasku, Ilham. Nafas termengah-mengah kepenatan. Alhamdulillah...bas belum lagi tiba... kalau tidak...pasti kami ketinggalan.


Hari ini aku dan sahabat-sahabat seUSIM akan menjelajah seluruh sudut gerai bagi setiap syarikat penerbitan. Di mana kami ingin menjelajah? Semestinya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau KualaLumpur International Book Fair 2011(KLBF'11) ini diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC) bermula 22 April - 1 Mei 2011.

Huhuhu...si kecil pun minat baca buku yea...kita lak cam ne yea???
Kerana kegilaan terhadap Buku, tak mengira berapa pun perlu menghabiskan duit, kita takkan kisah TAPI biarlah ia bermanfaat. Islam mengalakkan ummatnya membaca kerana membaca itu suatu pencarian terhadap khazanah ilmu.

 Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ayat yang dibacakan tadi adalah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w pada malam 17 Ramadhan di Gua Hira'. Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa Islam menggalakkan umatnya membaca, apa yang dimaksudkan di sini ialah membaca segala bahan-bahan bacaan yang berfaedah seperti al-Quran, Hadith Nabawi, buku-buku yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah, duniawi dan ukhrawi, termasuk buku-buku yang boleh membina syakhsiah dan akhlak individu yang mendokong semangat kebenaran dan keadilan, muafakat dan produktif.


Alhamdulillah....setelah penat mengelilingi hampir setiap gerai di sana, Hatiku yakin untuk memiliki mu wahai buku! Buku yang menjadi pilihan utama sebaik sampai di sana "FURU' AL-MASAIL, Maulana al-Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz". Sudah sekian lama aku menanti saat untuk ke Pesta ini adalah untuk mendapatkan senaskah buku yang sarat dengan ilmu ini.


Rambang mata dibuatnya melihat buku-buku yang dipamerkan dengan promosi potongan harga sehingga 50%. Dalam 4 naskah buku yang kumiliki hari ini dan salah satunya aku mendapat percuma...Alhamdulillah....

Namun tak dinafikan masih ada lagi buku-buku yang ku miliki sebelumnya, masih tersisa tanpa ku habis membacanya... Astaghfirullahal azim....moga aku lebih prihatin dengan apa yang ada. 

Azamku ingin melunaskan semua nafsu membaca dalam cuti semester ini. Satu jadual khusus perlu diwujudkan. 

 


Agenda lain pula adalah slot Biar Buku Bicara. slot ini merupakan pelancaran buku terbitan USIM di Bilik Johor dan Bilik Kedah. buku ini karya Dr. Rumaizudin Ghazali iaitu pensyarah FKP dan diulas oleh Datin Sapora yang juga pensyarah kami. Ramai yang mendapatkan buku itu selepas berakhirnya diskusi Biar Buku Bicara.

Antara info yang diperolehi:  

        Buku Pembangunan Islam Era Mahathir ini dihasilkan bukan atas dasar politik semata-mata.  Ia merupakan suatu kajian eksklusif di mana maklumat yang perolehi dirujuk terus kepada tuan empunya diri iaitu Tun Mahathir sebelum diterbitkan. Ia bukan buku untuk memuji Tun mahathir semata-mata, malahan di dalamnya terdapat juga kritikan-kritikan pedas dari pelbagai pihak dan buku ini akan mempunyai kesan kontroversi kerana Tun Mahathir itu sendiri punca kontroversi. 

Wallahualam...

Friday, April 8, 2011

Matlamat tak menghalalkan cara

Hari ini Allah mengerakkan hatiku untuk melangkah ke kampus. Ada 2 program yang bakal aku sertai. Aku sampai agak lewat, namun demi memberi sokongan kepada adik-adik aku kuatkan diri walaupun membawa motor sendirian. Hidup ini bukan sentiasa berteman walhal bila di kubur pun kita akan ditinggalkan bersendirian. Buklan tidak mengajak kawan tapi mereka punya pilihan sendiri. Bukan itu yang ingin aku sampaikan, tapi apa yang berlaku dalam program ingin dikongsikan.

Sungguh berbakat adik-adik dalam membuat persembahan mereka tadi. Teringat kisah semasa kami short sem dan ELSP/ALSP. Kami juga mempunyai pertandingan seumpama itu. Kumpulan aku ditaklifkan untuk membuat persembahan dikir Arab yang bertajuk "Bahasa Arab". Alhamdulillah, kami dinobatkan johan pada pertandingan itu.
Satu kekecewaan yang terasa apabila melihat satu lakonan yang dipersembahkan. Ada yang berpakaian ketat dan menari terkinjal-kinjal oleh siswi. Ya Allah, ampunkanlah kekhilafan adik-adikku dalam mengatur persembahan mereka tadi. Lakonan mereka yang berkisahkan golongan remaja yang hanyut dengan hiburan duniawi, kematian dan keinsafan amat menyentuh hati dan muhasabah diri. Alhamdulillah, seorang pensyarah menegur kekhilafan mereka dan mengajak semua untuk sama-sama istighfar.

Islam jangan dilupakan walaupun apa pun keadaannya.

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam

Keputusan: 
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan bahawa:


1.Nyanyian dan Muzik tanpa atau dengan alat muzik adalah harus berpandukan kepada dalil-dalil berikut:

Keterangan/Hujah: 
Dalil dari al-Quran

a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:


Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki

Istinbat dari ayat di atas:


Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus

b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32
Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan.

Istinbat dari ayat di atas:

Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus.

c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17


Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17)

Istinbat dari ayat di atas:

Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kefua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).
Dalil dari as-Sunnah

a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Istinbat dari hadis:

Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.

b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari dan A

Istinbat dari hadis:

Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.
Dari keterangan al-Quran dan as-Sunnah di atas menunjukkan bahawa nyanyian atau kegembiraan adalah harus. Namun demikian rasulullah saw menegur lirik yang didengarinya dan melarang penyanyi menggunakannya.

2. Di zaman ini nyanyian dan hiburan, ada yang telah bercampur baur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak, sama ada persembahannya atau seni katanya. Dari situasi itu, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian:

i. Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
ii. Berpakaian sopan serta menutup aurat
iii. Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
iv. Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
v. Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Friday, February 25, 2011

Rela Vs Terpaksa


Hari ini satu perarakan sempena Maulidurrasul 2011. Suasana ceria dengan pertemuan semua jabatan dan fakulti seolah-olah hari keluarga USIM diadakan. Alunan selawat dan nasyid bergema di bumi USIM. 1 minggu meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, bukan sekadar mengingati hari kelahiran baginda tetapi mengingati kembali sejarah kehidupan baginda. Baginda menjadi qudwah hasanah buat semua ummah.

Semangat membuktikan cintakan Rasulullah s.a.w.
Dr.Radhi bagaikan ayah kedua  penghuni KK1,
 turut serta dalam perarakan.
Namun suatu persoalan mengetuk pintu minda apabila melihat gelagat insan-insan yang menyertai perarakan Maulidurrasul mahupun sambutan Awal Muharam sekalipun. Mereka bergelak ketawa, keceriaan tergambar di wajah masing-masing tapi adakah mereka benar-benar menghayati tujuan perarakan itu? Atau sekadar satu event tahunan? Adakah hadiah utama, piala pusingan yang diidam-idamkan? Maaf jika ada yang tersinggung,

Dalam suatu situasi, “ Bersedia! Bersedia! Juri kat depan tu…buat-buat baca sikit..”.
Astaghfirullahal ‘azim… wujudkah suasana ini? Tepuk dada tanyalah iman kita. Jika si kekasih Allah mendengarnya, tidakkah terluka hatinya? Begitu sekali sikap umatnya sedangkan baginda begitu sayangkan umatnya.

Marilah kita merenung kembali detik-detik akhir hayat si kekasih Allah.

Pagi itu, dengan suara Baginda yang terbatas, baginda memberi khutbah.

“ Wahai ummatku! Kita semua dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka, taati dan bertaqwalah hanya kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintaiku”.

Khutbah yang singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap wajah para sahabat Baginda. Abu bakar menatap wajah itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya, Uthman menghela nafas yang panjang, Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Benarlah! Isyarat itu telah datang…Saatnya akan tiba… tanda-tanda itu makin kuat…

Di balik pintu, Aisyah R.A dalam keadaan hiba mempersilakan ‘tetamu baru’ menemui Rasulullah. “Wahai Jibril, terangkan apakah hakku di hadapan Allah nanti?”, Tanya nabi dengan suara yang sangat lemah. “Pintu-pintu syurga telah sedia terbuka menunggu kedatanganmu wahai kekasih Allah”, kata Jibril. Tetapi Rasulullah masih tidak berpuas hati. “Bagaimana pula dengan nasib ummatku kelak?”. “Jangan Khuatir ya Muhammad. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “ Diharamkan syurga bagi sesiapa kecuali selepas ummat Muhammad telah berada di dalamnya”.

Detik itu semakin hampir. Sudah saatnya Izrail melakukan tugasnya. Dengan perlahan Roh Baginda ditarik. Tubuh Baginda bersimbah peluh… urat-urat menegang..

“Jibril, sungguh pedih sakaratulmaut ini”. Rasulullah mengaduh perlahan…

Fatimah di sebelahnya terus terpejam… Ali menunduk lebih dalam dan Jibril terus memalingkan mukanya…

“Jijikkah engkau melihat aku di saat ini wahai penghantar wahyu?”, Tanya Rasulullah kepada Jibril.

“Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut nyawa?”, kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik dek kerana tidak tertahannya sakit.

“ ya Allah, sungguh dasyatnya sakit sakaratulmaut ini. Oleh itu, timpakanlah seluruh sakit ini kepadaku, dan bukan kepada umatku”.

Seketika itu, Ali mendekatkan telinganya di bibir Rasulullah. Lalu terbitlah dari suara Baginda yang masih tersisa… Ummati… Ummati… Ummati… Dan, berakhirlah hidup seorang manusia yang memberi sinaran kepada manusia di dunia ini.
Mengalir air mataku bila menghayati kisah seorang insan yang agung ini, yang telah pergi meninggalkan kita. Namun di saat kematiannya, dia masih mengingati kita sebagai ummatnya. Ya Allah…Kau tempatkanlah Baginda Rasulullah di sebaik-baik tempat yang Engkau janjikan. Ya Rasulullah, malunya aku untuk mengaku diri ini ummatmu apabila ada saja sunnahmu yang ku abaikan. Malunya diri ini bila mencintai yang lain lebih kuat daripada diri-Mu.

Friday, August 13, 2010

Berita Harian Online | Tiga lagi kes buang bayi dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Berita Harian Online | Tiga lagi kes buang bayi dilaporkan dalam tempoh 24 jam

Astaghfirullahal Azim 100x

            Ya Allah...Betapa sayunya hati ini melihat insan kecil yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kerakusan nafsu hambaMu yang lemah imannya. Kau berilah petunjukmu agar insan-insan yang tersalah langkah ini kembali ke jalan yang diredhai oleh-Mu ya Allah...

            Air mata terasa menitis, membasahi pipi. Dalam hati ini kebimbangan jika ramai lagi yang terjebak. Hari ini berlaku kepada saudara orang lain, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu hadapan, mungkin juga bulan depan atau tahun hadapan ia berlaku kepada orang yang kita sayang. Tapi tidak dinafikan memang susah untuk berdakwah untuk orang yang dekat dengan kita tapi itu tidak boleh menjadi alasan lagi.Keruntuhan akhlak makin menjadi-jadi.

Ayuh sahabat-sahabatku, kita berjuang bersama... Kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?
Related Posts with Thumbnails