Showing posts with label Nurkilan si Faqirah. Show all posts
Showing posts with label Nurkilan si Faqirah. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Istimewanya Lelaki yang bergelar Muslim



Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Buktinya Allah memberi kita akal fikiran yang bisa membezakan yang hak dan batil dengan syarat segala keputusan bukan berdasarkan nafsu tetapi dengan iman dan taqwa. Kalamullah yang indah lagi barakah telah membuktikan:
 “Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” [Surah At-tiin: 4]
Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Wahai Akh Muslimin, sedarlah kalian bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
1)    Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2)    Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
3)    Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.
4)    Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
p/s: Betapa besarnya peranan kita sebagai hamba Allah. Baik lelaki mahupun perempuan. Apapun, perlu jadikan diri sebagai Daie wa Mad'u untuk memastikan setiap apa yang kita katakan bakal menjadi kenyataan...
Wallahualam

Tuesday, July 6, 2010

Nak Seribu Daya, Tak nak Seribu Alasan…

Beberapa hari lagi, Suryani akan dijabkabulkan dengan si jejaka pilihan keluargannya. Bakal suaminya bekerja di sebuah syarikat Pembinaan di Ibu kota. Sebagai persediaan awal suryani cuba mempersiapkan dirinya sebagai seorang isteri untuk si suami. Sebagai contohnya, makan pakai si suami. Suryani tidak mempunyai abang dan ayahnya hanya memakai baju kemaja yang tidak perlu memakai tali leher, jadi agak sukar untuk dia mengetahui cara pemilihan tali leher dan cara memakainya.


Lantas suryani membuka laptop kesayangannya yang selalu menemaninya dikala kesunyian dan berkongsi idea untuk dikarang menjadi lengkap sebelum di ‘post’ kan ke blog peribadinya.


Selepas beberapa minit melayari internet , akhirnya Suryani menemui beberapa tip pemilihan tali leher. Suryani terus “save” ke dokumen laptopnya.
Antara tip-tip bagi cara pemilihan tie yang betul ialah:


1) Jangan pakai tie yang bercorak dengan baju yang bercorak juga. Seelok-eloknya biar pakai yang kosong jer. Tak berserabut orang tengok. Tie corak lain baju corak lain..kan pening orang tengok.
2) Kalau nak pakai tie kosong lebih elok dipadankan dengan baju yang bercorak. Nampak sikit ko pakai tie.
3) Kalau nak pakai yang plain pastikan warna tie lebih menyerlah dari warna kemeja.Kalau warna sepesen dengan baju..baik tak payah pakai tie.
4) Kalau nak ke majlis-majlis rasmi jangan la pulak suke pakai corak2 yang keterlaluan sangat cam ade gambar cartoon ke..ade gmbar bunga besar ke.

Sunday, May 2, 2010

Air Mata Humaira

Suatu petang, Aisyah membuka internet. Dia terus ke My Yahoo, lalu sign in imthiyaz_daraini@yahoo.com. Dia mula menekan huruf2 untuk mengarang email yang akan dihantar buat temannya Alya Syuhada di Mesir.


*************************************************************************
To: inayah_tuhanku@yahoo.com
Subject: perkongsian kisah seorang sahabat.


Assalamualaikum…Buat sahabat tersayang Alya Syuhada di Bumi Al-Azhar, hari ini, ana ingin berkongsi suatu kisah. Kisah seorang sahabat yang bernama Humaira.


Saban hari, hati tersentuh dek luahan sahabat ana Humaira yang baru dikenali dengan lebih rapat, yang mana sebelum ini hanya sekadar berselisih bahu, sekadar bertegur sapa, salam pembuka bicara. Paling tidak pun, sedekah kami hulurkan dengan sekumtum senyuman yang mekar di bibir kami.


Dan hati ana berkata-kata, kuatnya dia menahan air mata di sebalik gelak ketawa ketika menceritakan detik-detik kehidupan yang dilalui di kampus, sedangkan dia sebelum ini selalu berendam air mata, bertemankan hati yang kecewa dan terluka. Semoga Allah sentiasa disampingnya dan pastinya ada janji Allah dalam al-Quran, surah An-Nahl 16:96:-


96. Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. dan Sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.


Sabar itu mudah dilafazkan tetapi hati yang remuk menderita dek kata-kata dan perbuatan orang sekeliling yang mana dianggap teman seperjuangan dalam mengejar ilmu. Dan kata-kata Al Barudi kiranya boleh menaikkan sahabat ana itu:


Orang yang memiliki semangat.
Ia akan mencintai semua yang dihadapinya.


Buat Humaira, Ana bukanlah seorang teman sejati, tapi izinkan ana menjadi temanmu dikala dikau kesusahan. Menjadi pendengar setia, pemberi buah fikiran yang tidak seberapa, sekadar perkongsian biasa.


Buat teman-teman Humaira, hanya kerana tidak percayakan kata-katanya sahaja, itu tidak memberikan sedikit pun hak untuk anda menyelongkar barang2 peribadi si Humaira. Mereka semua ana kira mempunyai latar belakang agama yang sempurna, mana mungkin bisa bertindak tanpa berfikir secara rasional. Bukankah mereka boleh menyiasat kebenaran kata-katanya melalui Abinya dan banyak lagi alternatif yang boleh diambil.


Paling mengejutkan, mereka bertindak dengan lebih teruk, apabila memaksa dia melakukan “pengakuan eksklusif”. Mereka merakam pengakuannya, yang mana dia dalam keadaan menangis, pintu ditutup rapat, dikerumuni dan seolah-olah si penjenayah disoalsiasat oleh polis.


Apabila ada insan yang sudi membantu dia dikala kesusahan, ada pula suara-suara sumbang mengatakan dia “muka pengemis”. Adakah itu seorang teman sejati yang dicari dalam menemani dalam perjuangan hidup di dunia ini?
Astaghfirullahal Azim… istighfar ana mendengar ceritanya. Rasa hinanya diri ana kerna tiada disamping dia, semasa dia amat memerlukan seorang teman yang menyokong dirinya. Namun Allah itu Maha Adil, masih wujud sahabat2 yang memberikan semangat untuknya dan kehadiran para pensyarah yang prihatin. Keprihatinan para pensyarah memang terbukti dan ana sendiri melihat mesej2 yang dihantar oleh mereka kepada Humaira.


Bahkan bukan itu sahaja, mereka menyebabkan teman2nya memulaukan dia dan melarikan diri. Apa yang teruknya Humaira pada mata mereka? Fitnah apa yang melanda dirinya? Bila dia cuba kuatkan diri dan menganggap itu ujian, mereka beranggapan dia tidak mengaku salah. Adakah patut dia berasa bersalah di atas perkara yang tidak benar?
Di sini ana ingin kongsikan Hadis yang berbunyi:“Laa yadhulul jannata qattaatun!”. Ana coretkan sedikit karya “Ketika Cinta Bertasbih/ Habiburrahman El Shirazy”.


Pagi itu Kiai Lutfi membacakan dan menguraikan hadis yang berbunyi, ”Laa yadhulul jannata qattaatun!” Semua santri, baik putra dan putri mendengarkan dengan khidmat dan rasa ingin tahu. Kiai Lutfi lalu menjelaskan arti dan maksud hadis pendek itu,


”Anak-anakku semuanya yang aku sayangi, Hadis pendek ini
muttafaq ’alaih, artinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim. Jelas shahihnya. Tidak bisa diragukan. Arti dari hadis ini
adalah,’Tidak akan masuk surga orang yang suka memfitnah.’
Imam Shan’ani menjelaskan, kata ”qattat” itu dengan huruf qaf,
huruf ta’ dan sesudah alif huruf ta’ lagi, yang berarti pemfitnah. Ada
ulama yang berkata, ada perbedaan antara ”qattaat” dan
”nammaam”.
Nammaam ialah orang yang mencari berita untuk
menyampaikannya kepada orang lain (untuk menebar fitnah).
Sedangkan ”qattaat” adalah orang yang hanya mendengar berita
yang ia tidak mengetahui pasti kebenaran berita itu, kemudian ia
menceritakan apa yang ia dengar itu (kepada orang lain untuk
memfitnah).
Hakikat fitnah itu pemindahan pembicaraan orang kepada orang
lain untuk merusak hubungan di antara mereka.
Anak-anakku, ingatlah baik-baik hadis ini. Hayati dan patri dalam
sanubari! Jangan sekali-kali kalian menjadi seorang pemfitnah, baik
qattaat maupun nammaam. Sebab pemfitnah itu telah diharamkan
oleh Rasulullah Saw. untuk masuk surga. Pemfitnah termasuk
seburuk-buruk makhluk Allah di atas muka bumi ini. Al Hafidz Al
Mundziri mengatakan, Ummat Islam sudah sepakat bahwa fitnah itu
diharamkan dan fitnah itu termasuk dosa besarl”


Wahai sahabatku, apabila mengetahui kisah ini, terbuktilah bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Jika benar mereka telah menimbulkan cerita yang tidak benar, maka ana harap mereka beristighfar dan bertaubat. Jika ana tersalah perkiraan terhadap kalian, memohon ribuan keampunan. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri. Wassalam.
*************************************************************************
Aisyah menekan “sent” dan terus “sign out”. Dia memulakan ulangkajinya untuk last paper untuk exam 2 hari lagi.
Related Posts with Thumbnails