Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Diari Hujung minggu

Alhamdulillah,,,selesai sudah dua aktiviti di waktu yang sama tetapi tempatnya berbeza...
Huhh!!!...Terasa kepenatan berbaloi apabila futsal wanita FKP masuk ke finale, Walaupun sekadar pingat perak diperolehi...

Jam 4:00 ptg: aku bergerak ke kampus untuk menghadiri Majlis perasmian dan perarakan kontinjen2 dari FKP. FEM, FST, FPBU, PUSAT TAMHIDI, FSU, FPQS, FMedic. Terasa kehangatan semangat dari para atlit.

Jam 6.15 ptg; Aku membonceng kuda besi "DAL 8564", balik ke "syurga KKDJ", berkemas untuk ke Kg. Tekir. Teman seMotor siap sedia menunggu. 

6.45 ptg: Kami bergerak ke KKAA dan berlaku perubahan waktu perjalanan kami.

7.00ptg: kami ke Kolej kediaman Sutera indah.  Kami menunaikan solat maghrib di KKSI sebelum konvoi sebuah Kereta & sebuah Motor ke perkampungan Orang Asli di Labu. Ini kali pertama aku membawa motor di waktu malam dan kami semuanya muslimat.

 8.00mlm: Bertolak ke kampung tekir.

8.30mlm: kami tiba di kampung tekir dan solat Isyak..kami membersihkan rumah yang kami akan berkampung selama 3 hari 2 malam.

Jam 11.45 mlm, kami meeting untuk pelaksanaan aktiviti.

Jam 5.00 pg: sukarelawan bangun menunaikan solat sunat tahajjud dan solat subuh secara berjemaah di Surau. seusai bacaan yasin, kami meneruskan gerak kerja. Membalut 12 hamper dan banyak lagi hadiah adik2 sukarelawan perlu balut(sorry, xleh tlg siapkan...macam chipsmore je...kejap ade, kejap xde..hikhikhik)

Jam 7.20 pg, aku meminta diri untuk kembali ke kampus.. untuk perlawanan Futsal sempena SUFA.

Jam 8.00 pagi sampai di KKDJ. Bersiap untuk ke kampus. Alhamdulillah, game kami bermula kul 10.30 pagi... sebelah pagi kami(FKP) lawan FSU 2-0 dan sebelah petang lawan FEM 3-0. kami layak ke semi-finale. 

kira-kira jam 5.30 ptg: Kami kembali bertolak ke kampung tekir. Kelihatan sunyi, tidak seperti program semester yg lepas. Khabarnya penduduk sibuk membuat persiapan untuk menyambut Krismas. Hanya kanak-kanak yang datang menyertai sukaneka. PC, Hanzalah, Zawiyah, Hasanah, Rafidah, Afaf , Zulhilmi sibuk melayan adik-adik bermain.

Zack pula sibuk membakar arang kayu untuk Barbeque malam nanti. Aku dan Liyana lbh byk memerhati...(biasalah  geng veteran SAYA & AWAK)

Aku masuk ke dapur...perut terasa lapar dan badan terasa lemah. ku minta sedikit nasi yang mereka masak tengahari tadi. Alhamdulillah, perut berjaya diisi dengan nasi berlaukkan TOM YAM...yamm..yamm...yamm.... lau dah lapar semuanya sedap sih.....

Hidayah, Mardiah dan Anha sibuk mengoreng frozen food untuk makan petang. Bertuah betullah sape yang dapat diorang...rajin benar memasak...

Kami semua saling membantu...

Dah maghrib rupanya....kami solat berjemaah di surau...kelihatan ada penduduk yang mula menjenguk ke surau...ada yang bersembang sambil menunggu solat isyak...ade yang sibuk bermain...ade yang sibuk membakar ayam, udang, sotong dan lain2 lagi....sebahagian daripada kami menyusun kerusi di dewan orang ramai untuk jamuan. Makcik2 dan kakak2 sudah pun datang..kami bersalaman dan bertanya khabar...alhamdulillah mereka meraikan kehadiran kami, dan kami berbesar hati dengan kesudian mereka. 

Ada seorang insan yang aku kagumi, sikap dan perwatakkannya, dia mengajar muallaf untuk mengambil wuduk dan mengajar bacaan Al- fatihah. sabar dan tenang mengajar mereka. "Ya Allah, syukur Alhamdulillah, ada umat-mu yang sudi menyebarkan Dakwah Islam".  

Seusai solat Isyak, jamuan dimulakan...Keadaan menjadi seperti kenduri kahwin lagaknya. Melayan tetamu yang datang. PC melatih adik2 lelaki untuk persembahan majlis penutup dan sukarelawan wanita melatih adik2 perempuan.

Lebih kurang 10:45mlm, kami buat post-mortem. Masing2 diberi peluang untuk meluahkan apa yg  tidak puas hati dan komen2 yang membina. Tiba giliranku, terasa sebak untuk berkata-kata, kerna mungkin itu kali terakhir aku ke sana. aku cuba tersenyum untuk menahan rasa sebak. 


Jam 5.00 pg: sukarelawan bangun solat sunat tahajjud dan melakukan "gerakan subuh" untuk mengajak penduduk sama-sama solat subuh berjemaah. 

Jam 7.15 pg: aku bertolak ke USIM bersendirian.  Terasa takut mengamit hati, namun aku 
beranikan diri.  kira2 jam 8.00 pg aku sampai di kampus. 

Game kami pukul 8.00 pg, Alhamdulillah..kami  mengalahkan FST 1-0 dan layak ke Finale. Akhirnya Kami kalah 1-2 dengan FPBU. Apa pun kami Syukur dengan pencapaian yang kami lakukan.

Jam 1.30 ptg: kami pulang ke kolej setelah selesai penyampaian pingat kepada para pemenang. Seusai solat Zohor aku bergegas ke Kg. Tekir. Majlis penutup sudah pun berakhir. Liya mengajakku makan bersama-sama. Aku meraikan ajakannya walaupun perut masih lagi kenyang dengan sarapan pagi. 


Kira2 jam 3.30 masing2 bersiap untuk pulang. PC mengagihkan hamper kepada sukarelawan. Aku dan liya mengagihkan hamper itu kepada adik2... 


Ya Allah, bilakah lagi untuk aku menemui mereka???

Friday, November 4, 2011

Di mana Nilai Murni di hati seorang manusia?

Pada 26 Oktober 2011. Jam menunjukkan 9.00 pagi. aku meletakkan “pakwe” di bawah pokok, moga-moga ia tidak kepanasan.  Aku mengajak kawanku untuk membeli tiket Komuter untuk ke Low Yat. Selepas kira-kira 10 minit kemudian, barulah sampai 3 orang lagi kawan-kawanku…Dalam koj wanita dipenuhi dengan penumpang…hanya beberapa orang lelaki yang “tersesat(sengaja sesat)”  memasuki koj yang khas untuk wanita.

Di stesen Kajang ada satu kumpulan penumpang yang terdiri daripada 2 orang wanita dan 2 orang kanak-kanak yang masuk ke Koj yang kami naiki. Kami mendengar perbualan mereka yang salah seorang kanak-kanak yang mereka bawa sedang sesak nafas dan pening. Penumpang yang penuh menyukarkan para penumpang bernafas secara normal dan kepanasan. Kami yang dari KTM Nilai lagi masih berdiri tiada tempat duduk untuk dilabuhkan punggung.  Kami meminta adik perempuan tadi memandang ke arah kami kerana terdapat sedikit ruang udara. Kelihatan adik tadi masih menutup mulutnya…diam tanpa berbicara.


Yang menyedihkan para penumpang yang mempunyai tempat duduk disekeliling kami tidak memberi sebarang respon. Hanya membisu dan memandang tanpa perasaan. Aku menguatkan diri untuk bersuara. Kami meminta penumpang yang duduk member sedikit ruang untuk adik tadi duduk. Alhamdulillah, mereka  member respon positif. Kami cuba mengibas dengan buku yang ada ditangan agar kepanasan dapat dikurangkan…

Tiba-tiba adik tadi termuntah…kami kelam-labut…kami hanya ada tisu…namun ia tidak cukup…Subhanallah…Plastik tak de… poenumpang yang lain hanya pandai menjerit, jijik melihat muntah…tapi tanpa belas ihsan dan prihatin untuk menghulur bantuan…
Mereka mengambil keputusan untuk turun pada stesen berikutnya. Sikap para penumpang masih tidak berubah…tidak memberi ruang untuk mereka keluar dari Koj. Kedengaran satu jeritan meminta diberi ruang untuk mereka keluar. Ya Allah…sedih, sebak dan geram bercampur gaul…di mana nilai murni seorang manusia sebaik-baik ciptaan Allah SWT.. Allah memberi pelbagai nikmat bukan untuk diri sendiri tapi dikongsi dan disyukuri.

Salah seorang kawanku membisikkan rasa kekesalan dan sedihnya terhadap sikap orang melayu Islam terutamanya. Di mana nilai ihsan kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain? Kawanku menangis…aku menahan diri…sebak dihati…



Thursday, June 16, 2011

Malam Penghargaan Buat Para Sukarelawan MTQN di USIM

Tahniah buat semua sukarelawan yang berjaya menghabiskan taklifan kalian sepanjang Majlis Tilawah Al-Quran anak- anak yatim peringkat Nasional dan ASEAN. Jasa kalian hanya Allah yang bisa membalasnya.

Satu Majlis Makan Malam telah diadakan untuk meraikan para sukarelawan pada 10 Jun yang lalu.

Ucapan Wakil sukarelawan oleh sdr. Farid

Para Wirawati MTQN'11


Sebahagian kecil Unit-unit yang terdapat dalam Jawatankuasa kecil MTQN'11:

Unit Makan dan Minum
(penat sungguh diorag tuk handle 5 kali waktu makan untuk  tetamu  lebih daripada 2800 Orang) 

Inilah wajah-wajah wira sukarelawan.. seorang Muslimin bagaikan 10 orang Muslimin...
Kuantiti mereka sedikit tapi kualiti mereka, impak maksimum.

Unit L.O Kontinjen

Unit Teknikal, Penghakiman & Pertandingan

Unit Penginapan



Sunday, June 5, 2011

Percutian yang bermanfaat:






Ajakan seorang kawan menyebabkan aku turut serta dalam satu program yang dinamakan Kursus Asas Kepimpinan pada 14 Mei 2011 sehingga 17 Mei 2011. Kursus tersebut diadakan di Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak. 

Mengapa ia bermanfaat?
1- satu pengisian masa senggang
2- aktiviti yang menarik seperti Kayak, Repealing, Snockling, Out-team.
 * memupuk keyakinan diri.
 * kepimpinan


Yang menyedihkan kami tak dapat ambik gambar semasa berkayak dan sedang belajar mengapungkan diri dan dua lagi aktiviti utama. Di dalam kursus ini tiada aktiviti indoor. Ini agak berbeza dengan kursus-kursus yang lain.




Tuesday, April 26, 2011

Kerana IQRA'...Hatiku yakin untuk memiliki mu...

Hari ini aku ingin tunaskan janji terhadap lamaran daripada Junior Dakwah.

 Jam menunjukkan 9.45 pagi...aku mendaki bukit untuk merentas laluan ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) bersama adik sekelasku, Ilham. Nafas termengah-mengah kepenatan. Alhamdulillah...bas belum lagi tiba... kalau tidak...pasti kami ketinggalan.


Hari ini aku dan sahabat-sahabat seUSIM akan menjelajah seluruh sudut gerai bagi setiap syarikat penerbitan. Di mana kami ingin menjelajah? Semestinya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau KualaLumpur International Book Fair 2011(KLBF'11) ini diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC) bermula 22 April - 1 Mei 2011.

Huhuhu...si kecil pun minat baca buku yea...kita lak cam ne yea???
Kerana kegilaan terhadap Buku, tak mengira berapa pun perlu menghabiskan duit, kita takkan kisah TAPI biarlah ia bermanfaat. Islam mengalakkan ummatnya membaca kerana membaca itu suatu pencarian terhadap khazanah ilmu.

 Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ayat yang dibacakan tadi adalah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w pada malam 17 Ramadhan di Gua Hira'. Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa Islam menggalakkan umatnya membaca, apa yang dimaksudkan di sini ialah membaca segala bahan-bahan bacaan yang berfaedah seperti al-Quran, Hadith Nabawi, buku-buku yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah, duniawi dan ukhrawi, termasuk buku-buku yang boleh membina syakhsiah dan akhlak individu yang mendokong semangat kebenaran dan keadilan, muafakat dan produktif.


Alhamdulillah....setelah penat mengelilingi hampir setiap gerai di sana, Hatiku yakin untuk memiliki mu wahai buku! Buku yang menjadi pilihan utama sebaik sampai di sana "FURU' AL-MASAIL, Maulana al-Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz". Sudah sekian lama aku menanti saat untuk ke Pesta ini adalah untuk mendapatkan senaskah buku yang sarat dengan ilmu ini.


Rambang mata dibuatnya melihat buku-buku yang dipamerkan dengan promosi potongan harga sehingga 50%. Dalam 4 naskah buku yang kumiliki hari ini dan salah satunya aku mendapat percuma...Alhamdulillah....

Namun tak dinafikan masih ada lagi buku-buku yang ku miliki sebelumnya, masih tersisa tanpa ku habis membacanya... Astaghfirullahal azim....moga aku lebih prihatin dengan apa yang ada. 

Azamku ingin melunaskan semua nafsu membaca dalam cuti semester ini. Satu jadual khusus perlu diwujudkan. 

 


Agenda lain pula adalah slot Biar Buku Bicara. slot ini merupakan pelancaran buku terbitan USIM di Bilik Johor dan Bilik Kedah. buku ini karya Dr. Rumaizudin Ghazali iaitu pensyarah FKP dan diulas oleh Datin Sapora yang juga pensyarah kami. Ramai yang mendapatkan buku itu selepas berakhirnya diskusi Biar Buku Bicara.

Antara info yang diperolehi:  

        Buku Pembangunan Islam Era Mahathir ini dihasilkan bukan atas dasar politik semata-mata.  Ia merupakan suatu kajian eksklusif di mana maklumat yang perolehi dirujuk terus kepada tuan empunya diri iaitu Tun Mahathir sebelum diterbitkan. Ia bukan buku untuk memuji Tun mahathir semata-mata, malahan di dalamnya terdapat juga kritikan-kritikan pedas dari pelbagai pihak dan buku ini akan mempunyai kesan kontroversi kerana Tun Mahathir itu sendiri punca kontroversi. 

Wallahualam...

Saturday, April 23, 2011

Diari Study Week di Kg. Cherang Laut

16 April 2011:

Sekembalinya dari Perkampungan orang asli, aku bersiap-siap untuk ke Semarak,  di mana aku akan menaiki bas di sana. Malam ni aku dah nak balik kampung...ya..hoo...


oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
terbayang wajah2 yang ku sayang... 
satu2 tersemat dikalbu
 pasti terubat rindu dihati
menyambut kepulangan ku nanti....


cewahh... semangat macam nak balik raya... kalau balik kampung mesti semangat...sebab nak hilangkan stress yang tertanggung selama 3bulan kebelakangan ni...Mak pula asyik telefon...jadi ke tak nak balik...comfirm la jadi...Sepupu pulak tak lepaskan peluang untuk bertanya kaba, betul ke balik...terdengar suara anak-anak pinta dibelikan baju untuk diorang..aku tertawa dengan gelagat mereka dan sedikit terharu...ada juga orang ingat kat diriku yang hina ini..huhuhu...maaf anak-anakKu...ibu sepupu mu ini tengah 'kering', tak dapat penuhi permintaan...

gambar sehari sebelum raya: inilah anak-anak nakalku....mok su rindu korang....
(depan dari kiri: izzati, fatihah, Anis)
(tengah dari kiri: Asiah, Munirah, Hazwani)
(belakang dari kiri: Izzudin, Amri)
17 April 2011: 

Aku hanya melepakkan diri di rumah. TV menjadi peneman setiaku...terkejut...TV dah boleh guna dan besar pulak tu...Rezeki...ade orang bagi rupanya..Alhamdulillah...tapi ada lak yang kurang...periuk elektrik pulak rosak...macam-macam la dalam kehidupan ni. 

18 April 2011:

Meronda-ronda bandar baru Kubang Kerian dengan mak. Kami berpusing-pusing mencari periuk elektrik Yeah....dah jumpa...harganya RM70 lebih...kami beralih pula di bahagian ikan dan sayur-sayuran. belajar jadi suri rumah pulak...huhuhu... pada malamnya mula la nak murajaah subjek al-Milal wa Al-Nihal dengan sepupu...tapi objektif tak tercapai...masih lagi yang kurang faham...


Apa yang penting...? Usaha...

19 April 2011

Aku turun ke padang tempat ibu bertani dalam kul 9pagi. tanpa bersarapan aku terus ke sana dengan membawa air teh panas dan cekodok pisang. mak dan sepupuku sudah pun memulakan kerja jam 8pagi lagi.

Mak juga tak sempat bersarapan, tenaganya mengalahkan aku si anak muda. Jam menunjukkan 11.30 pagi, panas mula menyengat kepala yang bertudung. Terasa pening bukan kepalang. Aduh...aku tahan menolak kereta sorong yang sarat dengan daun tembakau. sesampai je di bangsal aku, aku meletakkan semua daun tembakau tadi di tanah dan aku....rebah di dalam kereta sorong tersebut. Muka pucat dengan perut yang kosong dan kepala yang pening. Ini akibatnya bekerja di bawah matahari  tanpa bersarapan. itu baru sedikit ujian...bagaikan kebuluran...agaknya umat Islam di Darfur mengalami keadaan lebih teruk daripada aku alami..begitu juga palestin yang menghadapi sekatan oleh Israel. 

Sebelah petangnya kami kembali meneruskan kerja yang masih berbaki...pada waktu malam...aku cuba membuka nota...untuk exam minggu depan. banyaknya rehat dari menelaah pelajaran. Pelbagai cerita aku dengar daripada sepupuku. satu kisah yang mak lupa nak "report". mak selalu je cerita perihal kampung bila aku menelefon atau dia yang menelefon. kata sepupuku, semasa tsunami di Jepun...orang kampung semua berkumpul di masjid untuk melakukan solat hajat beramai-ramai memohon selamat dari bencana alam itu. Namun keadaan itu ada juga si fulan yang melakukan kejahatan. Orang sibuk mendekatkan diri kepaa Allah, dia sibuk lak nak mencuri lembu...inilah manusia. sentiasa lupakan Allah.

Akibatnya, timbul fitnah-menfitnah dan perkara syirik. Jumpa bomoh kononnya nak tilik siapa yang curi...sia-sia je buang duit dan akidah tergugat.

20 April 2011: 

Semua daun tembakau siap sedia tuk dijual. Aku mula menjalankan "Ops Nota Last Minute". Alhamdulillah...Nota 2 subjek dapat disiapkan dan 1lagi  tak dapat disiapkan disebabkan lecture note belum diupload ke dalam MyLMS, hanya ade yg take note semasa kuliah aje. 

Fikiran sudah mula memikirkan USIM. Aku membeli sedikit barang untuk dibawa ke Nilai.


21 April 2011:

 Hati mula tak keruan. Nak balik ke USIM ke tak 50-50. aah...apa nak jadi nih...perjuangan di USIM belum selesai...

 Aku mendapat berita mengenai Supervisor untuk tesisku nanti. Alhamdulillah...aku mendapat lecturer pilihanku sendiri...Dr. Mohd Radhi Ibrahim.


22 April 2011: 

Kehidupan terasa suram...aku akan tinggalkan kampung halaman lagi...sebulan lebih aku akan berada di Nilai sebelum kembali semula ke tanah kelahiranku Kampung Cherang Laut, Tawang.

Aku membersihkan bilik...mengemas apa yang patut... Misi di rumah masih lagi berbaki. Misi akan diteruskan kembalinya aku selepas Exam nanti....

Rumah Usangku....
Malam yang merimaskan...berlawan perasaan berat hati. Mak membekalkan aku dengan cekodok pisangnya.. Cekodok pisang itulah menjadi mata pencarian mak di usia senja ini. pelbagai bidang kerja dilakukan untuk sesuap nasi... Alhamdulillah...Allah mempermudahkan urusan pengajianku dengan biasiswa yang aku perolehi... USIM...aku akan kembali...

wallahualam...

Sebuah Perjalanan ke Perkampungan Orang Asli

kenangan: makan2 selepas penat bermain



Hari ini aku mencuri ruang untuk menaip huruf-huruf untuk dijadikan perkongsian bersama...

Setelah berminggu-minggu...berbulan-bulan kami tunda perancangan kami...Pada tanggal 16 April 2011, akhirnya Allah mengizinkan kami sampai ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Tekir, Labu. Langit tengahari itu kelihatan mendung dan sebelah paginya sudah pun mencurahkan titisan air.

Aku bergegas pulang ke asrama selepas test, aku mengemas pakaian yang sudah diangkat dan membasuh saki-baki pakaian yang kotor sebelum meneruskan agenda seterusnya. Aku mengemas beg yang akan dibawa pulang ke kampung pada malamnya. Kawan sekuliah ada bertanya sempat ke nak gi ke kg. tekir? InsyaAllah...pandai-pandai la budget masa. Dia bimbang aku tidak sempat kembali untuk bersiap pulang ke kampung seperti kata imam Hasan al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Seusai solat zohor kami berkumpul di kedai makan. Sedih datang bertandang bila mengetahui budak-budak lelaki tak jadi untuk turut serta. ketakutan juga tidak ketinggalan untuk mencuit hati sehingga akal berfikir negetif. Tanpa kehadiran lelaki dalam situasi ini, semestinya mengundang bahaya.

Kami nekad meneruskan perjalanan kami walaupun hanya berempat dengan menunggang motorsikal. Namun aku menghantar beberapa sms kepada sahabat-sahabat untuk stand by sekiranya berlaku kecemasan.


Kami disambut dengan senyum oleh mak cik gayah. Mak cik Gayah merupakan seorang wanita Islam yang penuh bersemangat untuk memantapkan aqidah sesama saudara Islam di sana. Sehinggakan terasa diri ini kalah dengan semangatnya yang berkobar-kobar.

Pelbagai masalah dan cerita dikongsikan. Isu terkini, mengenai orang Islam di sana sudah beranak pinak tapi status perkahwinan mereka tidak sah. Ada yang melarikan diri apabila mak cik Gayah dan penggerak datang menziarahi dan sekaligus ingin menyuarakan mengenai isu perkahwinan mereka.

wajah adik-adik di Kg.Tekir...
Kami dijemput untuk menghadiri majlis pengagihan barang-barang keperluan kepada masyarakat Islam di sana. Dia juga meminta kami membantu Ust. Khairul, ustaz muda yang baru sahaja ditempatkan di sana.

Aku mengajak sahabat-sahabat untuk ke Tadika yang berhampiran dengan dewan orang ramai untuk menunaikan solat sambil memerhati pelajar-pelajar IMU melakukan check up penduduk di sana. Aku dan Liyana menuju ke surau di bahagian atas dewan. Habuk-habuk menghiasi dinding, kami terus melakukan operasi dan kami dimaklumkan mikrofon kena curi..Astaghfirullahal azim...

Mak Cik Gayah...semestinya berada d barisan hadapan...
Seusai solat asar kami meminta diri... Aku memerhati setiap jalan yang dilalui...bilakah lagi aku akan sampai di sini. Ada saja kekangannya... terutama tak da partner untuk turut serta..masing-masing dengan alasan yang aku sendiri sudah lali mendengarnya...Risikonya tinggi bila kami yang perempuan pergi ke sana tanpa diiringi oleh golongan Adam.

Mungkin masing-masing sibuk dengan dakwah fardi...

Wallahualam.
Related Posts with Thumbnails