Saturday, April 23, 2011

Diari Study Week di Kg. Cherang Laut

16 April 2011:

Sekembalinya dari Perkampungan orang asli, aku bersiap-siap untuk ke Semarak,  di mana aku akan menaiki bas di sana. Malam ni aku dah nak balik kampung...ya..hoo...


oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
terbayang wajah2 yang ku sayang... 
satu2 tersemat dikalbu
 pasti terubat rindu dihati
menyambut kepulangan ku nanti....


cewahh... semangat macam nak balik raya... kalau balik kampung mesti semangat...sebab nak hilangkan stress yang tertanggung selama 3bulan kebelakangan ni...Mak pula asyik telefon...jadi ke tak nak balik...comfirm la jadi...Sepupu pulak tak lepaskan peluang untuk bertanya kaba, betul ke balik...terdengar suara anak-anak pinta dibelikan baju untuk diorang..aku tertawa dengan gelagat mereka dan sedikit terharu...ada juga orang ingat kat diriku yang hina ini..huhuhu...maaf anak-anakKu...ibu sepupu mu ini tengah 'kering', tak dapat penuhi permintaan...

gambar sehari sebelum raya: inilah anak-anak nakalku....mok su rindu korang....
(depan dari kiri: izzati, fatihah, Anis)
(tengah dari kiri: Asiah, Munirah, Hazwani)
(belakang dari kiri: Izzudin, Amri)
17 April 2011: 

Aku hanya melepakkan diri di rumah. TV menjadi peneman setiaku...terkejut...TV dah boleh guna dan besar pulak tu...Rezeki...ade orang bagi rupanya..Alhamdulillah...tapi ada lak yang kurang...periuk elektrik pulak rosak...macam-macam la dalam kehidupan ni. 

18 April 2011:

Meronda-ronda bandar baru Kubang Kerian dengan mak. Kami berpusing-pusing mencari periuk elektrik Yeah....dah jumpa...harganya RM70 lebih...kami beralih pula di bahagian ikan dan sayur-sayuran. belajar jadi suri rumah pulak...huhuhu... pada malamnya mula la nak murajaah subjek al-Milal wa Al-Nihal dengan sepupu...tapi objektif tak tercapai...masih lagi yang kurang faham...


Apa yang penting...? Usaha...

19 April 2011

Aku turun ke padang tempat ibu bertani dalam kul 9pagi. tanpa bersarapan aku terus ke sana dengan membawa air teh panas dan cekodok pisang. mak dan sepupuku sudah pun memulakan kerja jam 8pagi lagi.

Mak juga tak sempat bersarapan, tenaganya mengalahkan aku si anak muda. Jam menunjukkan 11.30 pagi, panas mula menyengat kepala yang bertudung. Terasa pening bukan kepalang. Aduh...aku tahan menolak kereta sorong yang sarat dengan daun tembakau. sesampai je di bangsal aku, aku meletakkan semua daun tembakau tadi di tanah dan aku....rebah di dalam kereta sorong tersebut. Muka pucat dengan perut yang kosong dan kepala yang pening. Ini akibatnya bekerja di bawah matahari  tanpa bersarapan. itu baru sedikit ujian...bagaikan kebuluran...agaknya umat Islam di Darfur mengalami keadaan lebih teruk daripada aku alami..begitu juga palestin yang menghadapi sekatan oleh Israel. 

Sebelah petangnya kami kembali meneruskan kerja yang masih berbaki...pada waktu malam...aku cuba membuka nota...untuk exam minggu depan. banyaknya rehat dari menelaah pelajaran. Pelbagai cerita aku dengar daripada sepupuku. satu kisah yang mak lupa nak "report". mak selalu je cerita perihal kampung bila aku menelefon atau dia yang menelefon. kata sepupuku, semasa tsunami di Jepun...orang kampung semua berkumpul di masjid untuk melakukan solat hajat beramai-ramai memohon selamat dari bencana alam itu. Namun keadaan itu ada juga si fulan yang melakukan kejahatan. Orang sibuk mendekatkan diri kepaa Allah, dia sibuk lak nak mencuri lembu...inilah manusia. sentiasa lupakan Allah.

Akibatnya, timbul fitnah-menfitnah dan perkara syirik. Jumpa bomoh kononnya nak tilik siapa yang curi...sia-sia je buang duit dan akidah tergugat.

20 April 2011: 

Semua daun tembakau siap sedia tuk dijual. Aku mula menjalankan "Ops Nota Last Minute". Alhamdulillah...Nota 2 subjek dapat disiapkan dan 1lagi  tak dapat disiapkan disebabkan lecture note belum diupload ke dalam MyLMS, hanya ade yg take note semasa kuliah aje. 

Fikiran sudah mula memikirkan USIM. Aku membeli sedikit barang untuk dibawa ke Nilai.


21 April 2011:

 Hati mula tak keruan. Nak balik ke USIM ke tak 50-50. aah...apa nak jadi nih...perjuangan di USIM belum selesai...

 Aku mendapat berita mengenai Supervisor untuk tesisku nanti. Alhamdulillah...aku mendapat lecturer pilihanku sendiri...Dr. Mohd Radhi Ibrahim.


22 April 2011: 

Kehidupan terasa suram...aku akan tinggalkan kampung halaman lagi...sebulan lebih aku akan berada di Nilai sebelum kembali semula ke tanah kelahiranku Kampung Cherang Laut, Tawang.

Aku membersihkan bilik...mengemas apa yang patut... Misi di rumah masih lagi berbaki. Misi akan diteruskan kembalinya aku selepas Exam nanti....

Rumah Usangku....
Malam yang merimaskan...berlawan perasaan berat hati. Mak membekalkan aku dengan cekodok pisangnya.. Cekodok pisang itulah menjadi mata pencarian mak di usia senja ini. pelbagai bidang kerja dilakukan untuk sesuap nasi... Alhamdulillah...Allah mempermudahkan urusan pengajianku dengan biasiswa yang aku perolehi... USIM...aku akan kembali...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails