Hari ini aku ingin tunaskan janji terhadap lamaran daripada Junior Dakwah.
Jam menunjukkan 9.45 pagi...aku mendaki bukit untuk merentas laluan ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) bersama adik sekelasku, Ilham. Nafas termengah-mengah kepenatan. Alhamdulillah...bas belum lagi tiba... kalau tidak...pasti kami ketinggalan.
Hari ini aku dan sahabat-sahabat seUSIM akan menjelajah seluruh sudut gerai bagi setiap syarikat penerbitan. Di mana kami ingin menjelajah? Semestinya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau KualaLumpur International Book Fair 2011(KLBF'11) ini diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC) bermula 22 April - 1 Mei 2011.
Hari ini aku dan sahabat-sahabat seUSIM akan menjelajah seluruh sudut gerai bagi setiap syarikat penerbitan. Di mana kami ingin menjelajah? Semestinya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau KualaLumpur International Book Fair 2011(KLBF'11) ini diadakan di Pusat dagangan Dunia Putra(PWTC) bermula 22 April - 1 Mei 2011.
Huhuhu...si kecil pun minat baca buku yea...kita lak cam ne yea??? |
Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ayat yang dibacakan tadi adalah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w pada malam 17 Ramadhan di Gua Hira'. Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa Islam menggalakkan umatnya membaca, apa yang dimaksudkan di sini ialah membaca segala bahan-bahan bacaan yang berfaedah seperti al-Quran, Hadith Nabawi, buku-buku yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah, duniawi dan ukhrawi, termasuk buku-buku yang boleh membina syakhsiah dan akhlak individu yang mendokong semangat kebenaran dan keadilan, muafakat dan produktif.
Alhamdulillah....setelah penat mengelilingi hampir setiap gerai di sana, Hatiku yakin untuk memiliki mu wahai buku! Buku yang menjadi pilihan utama sebaik sampai di sana "FURU' AL-MASAIL, Maulana al-Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz". Sudah sekian lama aku menanti saat untuk ke Pesta ini adalah untuk mendapatkan senaskah buku yang sarat dengan ilmu ini.
Rambang mata dibuatnya melihat buku-buku yang dipamerkan dengan promosi potongan harga sehingga 50%. Dalam 4 naskah buku yang kumiliki hari ini dan salah satunya aku mendapat percuma...Alhamdulillah....
Namun tak dinafikan masih ada lagi buku-buku yang ku miliki sebelumnya, masih tersisa tanpa ku habis membacanya... Astaghfirullahal azim....moga aku lebih prihatin dengan apa yang ada.
Azamku ingin melunaskan semua nafsu membaca dalam cuti semester ini. Satu jadual khusus perlu diwujudkan.
Agenda lain pula adalah slot Biar Buku Bicara. slot ini merupakan pelancaran buku terbitan USIM di Bilik Johor dan Bilik Kedah. buku ini karya Dr. Rumaizudin Ghazali iaitu pensyarah FKP dan diulas oleh Datin Sapora yang juga pensyarah kami. Ramai yang mendapatkan buku itu selepas berakhirnya diskusi Biar Buku Bicara.
Antara info yang diperolehi:
Buku Pembangunan Islam Era Mahathir ini dihasilkan bukan atas dasar politik semata-mata. Ia merupakan suatu kajian eksklusif di mana maklumat yang perolehi dirujuk terus kepada tuan empunya diri iaitu Tun Mahathir sebelum diterbitkan. Ia bukan buku untuk memuji Tun mahathir semata-mata, malahan di dalamnya terdapat juga kritikan-kritikan pedas dari pelbagai pihak dan buku ini akan mempunyai kesan kontroversi kerana Tun Mahathir itu sendiri punca kontroversi.
No comments:
Post a Comment