Friday, November 4, 2011

Di mana Nilai Murni di hati seorang manusia?

Pada 26 Oktober 2011. Jam menunjukkan 9.00 pagi. aku meletakkan “pakwe” di bawah pokok, moga-moga ia tidak kepanasan.  Aku mengajak kawanku untuk membeli tiket Komuter untuk ke Low Yat. Selepas kira-kira 10 minit kemudian, barulah sampai 3 orang lagi kawan-kawanku…Dalam koj wanita dipenuhi dengan penumpang…hanya beberapa orang lelaki yang “tersesat(sengaja sesat)”  memasuki koj yang khas untuk wanita.

Di stesen Kajang ada satu kumpulan penumpang yang terdiri daripada 2 orang wanita dan 2 orang kanak-kanak yang masuk ke Koj yang kami naiki. Kami mendengar perbualan mereka yang salah seorang kanak-kanak yang mereka bawa sedang sesak nafas dan pening. Penumpang yang penuh menyukarkan para penumpang bernafas secara normal dan kepanasan. Kami yang dari KTM Nilai lagi masih berdiri tiada tempat duduk untuk dilabuhkan punggung.  Kami meminta adik perempuan tadi memandang ke arah kami kerana terdapat sedikit ruang udara. Kelihatan adik tadi masih menutup mulutnya…diam tanpa berbicara.


Yang menyedihkan para penumpang yang mempunyai tempat duduk disekeliling kami tidak memberi sebarang respon. Hanya membisu dan memandang tanpa perasaan. Aku menguatkan diri untuk bersuara. Kami meminta penumpang yang duduk member sedikit ruang untuk adik tadi duduk. Alhamdulillah, mereka  member respon positif. Kami cuba mengibas dengan buku yang ada ditangan agar kepanasan dapat dikurangkan…

Tiba-tiba adik tadi termuntah…kami kelam-labut…kami hanya ada tisu…namun ia tidak cukup…Subhanallah…Plastik tak de… poenumpang yang lain hanya pandai menjerit, jijik melihat muntah…tapi tanpa belas ihsan dan prihatin untuk menghulur bantuan…
Mereka mengambil keputusan untuk turun pada stesen berikutnya. Sikap para penumpang masih tidak berubah…tidak memberi ruang untuk mereka keluar dari Koj. Kedengaran satu jeritan meminta diberi ruang untuk mereka keluar. Ya Allah…sedih, sebak dan geram bercampur gaul…di mana nilai murni seorang manusia sebaik-baik ciptaan Allah SWT.. Allah memberi pelbagai nikmat bukan untuk diri sendiri tapi dikongsi dan disyukuri.

Salah seorang kawanku membisikkan rasa kekesalan dan sedihnya terhadap sikap orang melayu Islam terutamanya. Di mana nilai ihsan kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain? Kawanku menangis…aku menahan diri…sebak dihati…



Related Posts with Thumbnails