Showing posts with label Memori Terindah. Show all posts
Showing posts with label Memori Terindah. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Percutian yang bermanfaat:






Ajakan seorang kawan menyebabkan aku turut serta dalam satu program yang dinamakan Kursus Asas Kepimpinan pada 14 Mei 2011 sehingga 17 Mei 2011. Kursus tersebut diadakan di Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak. 

Mengapa ia bermanfaat?
1- satu pengisian masa senggang
2- aktiviti yang menarik seperti Kayak, Repealing, Snockling, Out-team.
 * memupuk keyakinan diri.
 * kepimpinan


Yang menyedihkan kami tak dapat ambik gambar semasa berkayak dan sedang belajar mengapungkan diri dan dua lagi aktiviti utama. Di dalam kursus ini tiada aktiviti indoor. Ini agak berbeza dengan kursus-kursus yang lain.




Sunday, November 21, 2010

***Selamat hari lahir mak ayah!!!***



Aku sampai di Kota Bharu kira-kira jam 9.30pg. Ayah dan mak datang menjemputku dengan pertolongan jiran kami. Di Kg. Cherang Laut mereka menanti kepulangan si anak selepas lebih 2bulan ke medan ilmu di nilai..2 bulan bagaikan 2 tahun bagi mak ayah yang tak pernah berpisah dengan si anak. Inilah satu-satunya anak yang duduk berjauhan tetapi demi ilmu pengetahuan, mereka relakan jua (walaupun bukan di luar negara). Walaupun sudah 2 tahun anak mereka menyambung pengajian di kampus Nilai, namun untuk berjauhan amat terasa di hati seorang ibu begitu juga si ayah.
Hari lahir ayah pada 2hb November yang lalu tetapi mak belum lagi…hari lahirnya pada 25hb November. Emm…untuk kedua-dua hari lahir mereka,  aku tak ada kat kampung kerana aku balik ke kampung pada 14 November dan kembali ke kampus 21 November. sekejapnya masa berlalu. Itulah lumrah hidup tetapi aku ada cara tersendiri untuk mengembirakan mereka. 
Suatu petang aku mengajak mak ke kedai kek & roti. Aku membawa laju “kuda Besi” milik Kak Na. Mak membonceng di belakangku. Kami sampai di kedai itu.
(dalam loghat kelate)
“nak beli gapoh?”,Tanya mak. “mari la masuk duluh”, jawab Aku. Aku menarik tangan mak untuk mengikut aku ke peti yang terdapat banyak kek. “mek pilih la, wak mana mek kenea. Ore nak beli nih”, pintaku kepada mak. “ Pilih diri la…”, kata mak. Aku terpaksa membongkarkan kejutan. “ Pilih la, ni tuk ari jadi mek ge ayoh..’’, rayuku. Akhirnya dia memilih kek yang berwarna biru muda yang mempunyai 3 kuntum bunga. 1 untuk mak, 1 untuk ayah dan 1 lagi mestilah aku…hik hik hik. (perasan lak budak ni).
Aku meminta pekedai itu tulis atas kek tu, “Selamat Hari Lahir Mek&Ayah”. Walaupun kecil tapi sekadar mengukir memori yang bakal terpahat dalam sejarah hidup mereka. Inilah kali pertama anak mereka meraikan hari lahir mereka. Tahun lepas, aku memberi hadiah buat mereka tapi tahun ni lain sikit.
Kami makan kek bersama-sama. Walaupun tak semua dapat bersama tapi ada juga anak cucu yang memeriahkan suasana. Cucu-cucu yang mencuit hati mak ayah mengantikan anak-anak sudah besar panjang.



Saturday, August 28, 2010

...::: Air mata sebuah pertemuan :::…



Tanggal  20 Ogos 2010, 9 orang sahabat telah memulakan perjalanan ke suatu tempat yang tak pernah dijejaki sekadar didengari di cuping telinga. Nah hari ini kami akan mengembara, 2 buah kenderaan digunakan.
Alamak..!!! kami sesat lak… untuk ke Sungai Buluh tapi masuk jalan ke kota yang penuh kesibukan, cabaran-cabaran.  Namun Allah itu sayang kepada kami, akhirnya kami sampai di Raudhatus Sakinah lebih kurang 4.15 petang. Kami menunggu sahabat-sahabat kami yang  menaiki kenderaan yang berasingan. Alhamdulillah, kami memulakan program kami dengan bacaan doa dan taaruf para urusetia yang terlibat setelah solat Asar berjemaah. 
Seterusnya kami meneruskan dengan LDK 1:Ice-Breaking. Hanya 3 kumpulan sahaja yang mempunyai urusetia muslimin. Modul LDK1: Nama Berantai. Nama –nama akan disebut dan disertai kata sifat yang  bermula dengan huruf dipangkal nama masing-masing. Contohnya, Nice Nora, Daie Deen, Intan Izzah, Anggun Aini, Intelligent Iera, Iman Ikin, Flora Fizah (Bukan Nama Sebenar.  
Kemudian kami berbuka sama-sama. Ukhuwah dalam kalangan mereka terlihat di mata kami, mereka tidak akan makan selagi semua sahabat R.S tidak duduk bersama-sama. Selain kami itu kami dapati mereka dipraktikkan dengan kerjasama melalui Group Duty. Setiap hari group tertentu akan melaksanakan tugasan masing-masing. Malahan makanan yang dihidangkan mestilah dihabiskan kerana itu adalah rezeki dan pembaziran mesti dielakkan itulah tanda mereka syukur dengan apa yang ada. Ketika saya menyertai mereka untuk berbuka bersama mereka, mereka tidak menyentuh makanan selagi  tetamu tidak menyentuhnya terlebih dahulu, subhanallah! Tersentuhnya hati kecilku dengan akhlak mereka. Selepas solat magrib berjemaah, kami menghidangkan santapan rohani sebelum jasmani.
Sebaik sahaja masuknya waktu solat Isyak semua melakukan solat sunat. Kami difahamkan menjadi rutin bagi mereka untuk melakukan solat sunat sebelum dan selepas bagi setiap solat fardu. Subhanallah, begitulah mereka ditarbiah setiap hari. Selepas solat terawih berjemaah 8 rakaat dan sunat witir, kami dihidangkan dengan “moreh”  yang dimasak oleh sahabat-sahabat R.S sendiri. Aduh berat perut untuk tinggalkan R.S kerana nikmat kenyangnya tak terkata. Apa taknya, bila dihostel saya hanya berbuka terus tanpa hidangan moreh selepas terawih.  
Tanggal 21 Ogos 2010, kami bertolak dari surau Nurul Huda jam 8:30pagi. Kami memulakan program kami dengan riadah ringan dengan menyanyikan lagu “DEMI MATAHARI”.  Pada mulanya kami menunjukkan gaya khas kami kemudian mereka menunjukkan gaya mereka sendiri , kami semua terhibur, Alhamdulillah.
Kini tibalah LDK 2: Utusan Puteri dan Pertandingan Trademark.  Modul LDK 2 adalah setiap orang diberikan kertas A4 untuk menulis surat buat orang tersayang, luahkan apa yang terbuku di hati. Rasionalnya, merupakan salah satu cara meringankan bebanan di hati. Kemudian utusan puteri dimasukkan ke dalam sampul surat tapi terlebih dahulu dibaca oleh warden-warden yang bertanggungjawab mentarbiah mereka di sana kerana dibimbangi surat itu diutuskan kepada orang yang tidak sepatutnya dan lain-lain. Tersentuh hati melihat mereka mengalir air mata sambil meluahkan isi hati di sekeping kertas. Sahabat fasi muslimin yang turut serta bersama  kami terpaku, lidah menjadi kelu. Fasi-fasi muslimatlah yang banyak memainkan peranan. Kami menenangkan mereka, mengucapkan istighfar dan memohon semoga Allah memberi ketenangan. Kami cuba mengembalikan kegembiraan dengan membuat pertandingan trademark, Alhamdulillah, mereka memberi komitmen yang baik.  
Seterusnya tibalah slot Tayangan Multimedia. Slot ini ditayangkan video gambaran hari Khiamat. Semua yang terlibat merasa gerun melihat video tersebut. Rata-rata yang ada di sana menangis, dan fasi yang mengetuai slot itu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Selepas Solat Zohor berjemaah kami tadarrus Al-Qura n sebelum meneruskan LDK 3.
LDK3: Mengejar Impian. Sahabat-sahabat R.S di minta untuk melukis simbolik bagi matlamat masing-masing serta membentangkannya. Detik-detik yang mencabar apabila meminta mereka meramas/meroyok/menggumpal kertas matlamat tadi. Puas dirayu tapi ada yang berkeras untuk mempertahankannya. Ini disebabkan LDK yang mereka jalani sebelum ini mereka diprovok kerana mengumpal matlamat mereka sendiri. Namun kami tidak begitu, tujuan gumpalan kertas menjadi seperti bola untuk memudahkan mereka membaling ke dalam bakul. Bakul tersebut bagaikan puncak kejayaan dan kami ingin lihat apa usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Saya hormati tindakan mereka mengingkari arahan fasi kerana mereka sekarang sudah mempunyai pendirian. Alhamdulillah, LDK3 akhirnya berakhir.
Selepas itu, kami meneruskan dengan slot Santai Sambil berfikir. Sahabat-sahabat R.S di Tanya tentang keyakinan terhadap kewujudan Allah dan seterusnya mengajak mereka berbicara dari hati ke hati dengan Allah SWT, menginsafi kelemahan dan kesalahan diri. Selepas semua sahabat menenangkan diri, kami semua bersiap sedia untuk solat Asar dan tadarrus Al-Quran. Kemudian fasi2 sama-sama memasak untuk juadah berbuka bersama-sama group duty yang bertugas pada hari itu. Aktiviti malam kami adalah sama seperti malam sebelumnya.
Tanggal 22 Ogos 2010, tibalah masanya 9 orang sahabat mengundur diri dari sebuah tempat tarbiah yang bagaikan “syurga Kecil” buat diri insan-insan terpilih untuk mendekatkan diri kembali setelah tergelicir di landasan agama. Subhanallah… betapa takjubnya diri melihat perubahan pada diri Puteri-puteri di Raudhatus Sakinah.
Kami hadir di sana dengan niat untuk mentarbiah diri bersama-sama puteri-puteri pilihan Allah untuk mendapatkan kembali hidayah-Nya bukan semata-mata untuk berprogram. Allah telah menentukan kami memilih Raudhatus Sakinah sebagai tempat dakwah tatbiqi dan merupakan hikmah terbesar buat diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. Betapa bertuahnya mereka yang mendapat hidayah daripada Allah.
Setiap apa yang berlaku pada masa silam mereka merupakan Rahmat Ujian dan hanya insan yang terpilih sahaja yang Berjaya mengharunginya. Kami mengelakkan dari mengorek segala rahsia yang boleh membuka aib diri sekaligus mengeratkan hubungan dengan lebih mudah dan menyesuaikan diri dalam tempoh yang begitu singkat.
 
 Ukhuwah makin terjalin, ikatan makin terbina, ia terbukti dengan linangan airmata, luahan dari hati yang penuh keikhlasan. Nilai murni melalui senikata yang penuh pengertian dengan penghayatan mengamit hati sanubari setiap insan-insan yang berada di sana. Hati-hati kami tersentuh dengan nyanyian lagu “sebuah pertemuan” dengan penuh keikhlasan daripada puteri-puteri Raudhatus Sakinah ditujukan kepada kami. Kami berpelukan seiringan dengan nyanyian halwa telinga itu dan airmata kesyukuran terus mengalir tanda ukhuwah kami sudah  terbina. 
                     Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Friday, August 13, 2010

pengalaman ramadhan di kolej baru....


         Hari ini 3 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 2010. Semua umat Islam memulakan perjalanan dan lawatan ke Pesta Ibadah. Ibadah yang dilakukan akan berlimpat ganda ganjarannya dari sebelum kedatangan Ramadhan Karim.
         Alhamdulillah, malam ini malam ke dua solat sunat terawih dikerjakan oleh semua umat Islam, tidak terlepas jua mahasiswi USIM yang tinggal di Kolej Kediaman Sutera Indah yang pastinya akan menjadi tetamu Rumah Allah (Masjid Putra Bandar Baru Nilai) untuk beribadah setelah seharian menghabiskan masa di kampus. Manakala Kolej Kediaman Nilam Court di Nilai Impian dekat Nilai 3 pastinya membentangkan tikar di padang di hadapan surau Nilam Court.
         Terimbas kembali kenangan menunaikan solat terawih 2 tahun lepas ketika baru sahaja bergelar seorang Mahasiswi, kali pertama menunaikan terawih bersama-sama rakan-rakan yang baru dikenali, kali pertama berpuasa tanpa keluarga di sisi. Hikmahnya, kita boleh mengeratkan hubungan sesama saudara seagama, yang renggang dieratkan, yang erat dirapatkan. Beberapa orang mahasiswa datang mengimami kami semua, jadi terasa jua seolah berada dalam masjid yang tiada dinding dan penghawa dingin semula jadi.
           Sekarang saya menghuni Kolej Kediaman Acacia Avenue. Emm, rasanya suasana agak berbeza, tapi kami tetap melaksanakan solat sunat terawih seperti biasa walaupun tempatnya agak sempit. Tahniah buat JAKSA kerana mengambil anisiatif dengan menetapkan setiap blok kolej disediakan tempat untuk berjemaah.  Setiap rumah akan menghantar wakil imamah dan bilal bagi mengetuai jemaah untuk melaksanakan solat sunat terawih. Mereka akan mengimami jemaah mengikut giliran yang ditetapkan oleh JAKSA.
          Setiap sesuatu pasti ada kekurangan dan kelebihannya. Kekurangan yang tidak dapat dielakkan ruang solat tersebut tidak boleh menampung  jemaah yang ramai. Bagi yang mempunyai kenderaan pastinya akan terus ke masjid, tapi yang tiada kemudahan, nah! Inilah peluang kalian. Cuma persoalannya, adakah kalian menyertainya?  Jika kalian tidak boleh menyertai bersama-sama di ruang solat itu, buatlah berjemaah di dalam rumah masing-masing, kalau tidak pun berseorangan. Jangan sampai peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Yang pastinya “Tepuk dada, tanya iman.”

Related Posts with Thumbnails