Aku sampai di Kota Bharu kira-kira jam 9.30pg. Ayah dan mak datang menjemputku dengan pertolongan jiran kami. Di Kg. Cherang Laut mereka menanti kepulangan si anak selepas lebih 2bulan ke medan ilmu di nilai..2 bulan bagaikan 2 tahun bagi mak ayah yang tak pernah berpisah dengan si anak. Inilah satu-satunya anak yang duduk berjauhan tetapi demi ilmu pengetahuan, mereka relakan jua (walaupun bukan di luar negara). Walaupun sudah 2 tahun anak mereka menyambung pengajian di kampus Nilai, namun untuk berjauhan amat terasa di hati seorang ibu begitu juga si ayah.
Hari lahir ayah pada 2hb November yang lalu tetapi mak belum lagi…hari lahirnya pada 25hb November. Emm…untuk kedua-dua hari lahir mereka, aku tak ada kat kampung kerana aku balik ke kampung pada 14 November dan kembali ke kampus 21 November. sekejapnya masa berlalu. Itulah lumrah hidup tetapi aku ada cara tersendiri untuk mengembirakan mereka.
Suatu petang aku mengajak mak ke kedai kek & roti. Aku membawa laju “kuda Besi” milik Kak Na. Mak membonceng di belakangku. Kami sampai di kedai itu.
(dalam loghat kelate)
“nak beli gapoh?”,Tanya mak. “mari la masuk duluh”, jawab Aku. Aku menarik tangan mak untuk mengikut aku ke peti yang terdapat banyak kek. “mek pilih la, wak mana mek kenea. Ore nak beli nih”, pintaku kepada mak. “ Pilih diri la…”, kata mak. Aku terpaksa membongkarkan kejutan. “ Pilih la, ni tuk ari jadi mek ge ayoh..’’, rayuku. Akhirnya dia memilih kek yang berwarna biru muda yang mempunyai 3 kuntum bunga. 1 untuk mak, 1 untuk ayah dan 1 lagi mestilah aku…hik hik hik. (perasan lak budak ni).
Aku meminta pekedai itu tulis atas kek tu, “Selamat Hari Lahir Mek&Ayah”. Walaupun kecil tapi sekadar mengukir memori yang bakal terpahat dalam sejarah hidup mereka. Inilah kali pertama anak mereka meraikan hari lahir mereka. Tahun lepas, aku memberi hadiah buat mereka tapi tahun ni lain sikit.
Kami makan kek bersama-sama. Walaupun tak semua dapat bersama tapi ada juga anak cucu yang memeriahkan suasana. Cucu-cucu yang mencuit hati mak ayah mengantikan anak-anak sudah besar panjang.
No comments:
New comments are not allowed.