Sunday, November 21, 2010

***Monopoli....???***

Esok satu lagi paper yang ana perlu jawab iaitu public speaking. Antara yang kami belajar, cara memberi ucapan di hadapan audience secara langsung dan pernah juga membuat rakaman. Merasa juga perasaan sebagai penceramah di hadapan kamera...hikhikhik. dalam subjek ini jugak kami banyak ditekankan mengenai peristiwa israk mikraj dan khutbah wida'. mengkaji bagaimana Rasulullah SAW menyampaikan khutbah. cuma kali ini ana ingin berkongsi mengenai suatu isu iaitu Monopoli.

Monopoli salah satu daripada tujuh isu yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW dalam khutbah Wida'.


DEFINISI MONOPOLI : 
 
Monopoli ialah satu amalan menahan atau membekukan barang sehingga ke suatu keadaan yang meruncing , di mana harga barang itu melambung tinggi dan ketika itu barang tersebut dipasarkan. Motif monopoli ialah untuk mengaut keuntungan semata- mata yang dilakukan oleh peniaga yang tamak. Malahan dengan perlakuan , peniaga tersebut , ia boleh mendorong peniaga lain untuk melakukan aktiviti monopoli. Barang-barang yang sering dimonopoli ialah barang keperluan asas manusia
seperti gula, garam, beras dan sebagainya. Hal ini kerana , apabila barang ini berkurangan dipasaran, permintaan barang tersebut tidak berganjak dan kesangupan manusia untuk membeli barang tersebut walaupun harganya tinggi daripada harga asal.
IMPAK MONOPOLI :
1) Menghancurkan kebebasan perniagaan dan perindustrian, di mana monopoli menguasai pasaran dengan mengenakan harga dan mengeluarkan barang sesuka hati.

2) Merosakan hubungan sesama manusia. Berlakunya konflik pergaduhan kerana timbulnya rasa tidak puas hati


3) Melahirkan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sifat yang tamak demi mengejar keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan status manusia terutamanya yang serba kekurangan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
FIRMAN ALLAH SWT :
Firman Allah yang bermaksud: “Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
SABDA RASULULLAh :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Allah SWT telah menegaskan bahawa sesiapa yang menjalankan perniagaan dengan sesuka hati iaitu tidak berpandukan al-Quran maka akan menimbulkan masalah yang berlipat ganda ata kesilapannya. Sesungguhnya bukan sahaja hidup mereka tidak diberkati, tetapi mereka dipandang serong oleh masyarakat dan merenggankan hubungan sesama Allah dan manusia .
Rasulullah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjalankan perniagaan berpandukan al-
Quran maka, mereka tergolong ke dalam orang yang beriman dan disayangi Allah SWT.

http://www2.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/keuntungan-daripada-
sorok-seludup-barang-perniagaan-haram

       ********************* 
Emmm.... Wahai peniaga! wahai pengguna! Adakah situasi dimana kita mengalami masalah gula  itu merupakan ciri-ciri monopoli? jadi kita sama-sama renungkan ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails