Seorang sahabat kita pernah tersungkur dalam kehidupan. Biarlah ia dikenali sebagai Noura. Ketika bersendirian, dirinya mula dihantui dosa-dosa semalam. Dia menangisi kesilapan lalu…Astaghfirullahal azim…Istighfar dia kerna-Nya.
Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang lemah lembut. Datangnya dari seorang wanita yang bertudung litup. Tudungnya melepasi paras dadanya.
(Al-Quran dalam surah Al-Ahzab: 59)
59. Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[1232] Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
“Assalamualaikum…Boleh akak duduk kat sini”, Kata gadis itu memulakan bicara.
Noura menganggukkan kepala sambil menyapu airmatanya yang mengalir di pipi.
“La tahzan adikku…! Jangan bersedih… Jangan bersedih dengan ujian menimpa. Bertuahnya adik bila diuji dengan dugaan kerana adik insan yang terpilih”.
Noura kembali bertanya, “Mengapa mesti saya yang diuji?Mengapa? Adakah Allah tidak sayangkan saya?”
“ Tidak Sayangku”, Jawab suara itu. “Bahkan kerana sayang dan ingin menyedarkan dikau, Allah cuba menguji kebenaran kata-katamu”, Tambahnya lagi.
“kata-kata saya?” soal Noura kembali.
“Adakah adik pernah mengaku keimanan adik terhadap Allah SWT?,” Kata gadis itu kepada Noura.
“Ya betul...Saya pernah mengaku beriman kepada Allah SWT,” jawab Noura.
Gadis itu mengukir senyum dan membisu buat seketika. Kemudian mula bersuara kembali,
“Allah telah menjawab dalam Al-Quran (al-Ankabut:2,3):
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Noura terdiam seketika. Sebelum dia sempat bersuara, gadis itu mengungkap kata-kata lagi.
“Jangan salahkan takdir yang menjadi sebab musabbab dirimu terjerumus dalam kegelapan. Setiap insan pasti melakukan kesilapan.Tapi jadikan dirimu wanita solehah muslimah mumtazah. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Yang dulu jadikan pedoman, yang sekarang jadikan panduan, yang akan datang jadikan impian,”.
“Ya Allah! aku banyak melakukan dosa. Akhlak saya buruk…Saya dah pernah…”, luah Noura dengan tersekat-sekat seraya air mata mengalir. Sebelum Noura menceritakan kisahnya, gadis itu menghalang.
“Syhh…jangan mengungkit keaiban dirimu sayang…muhasabah diri adalah lebih elok dari kamu menceritakan keaiban dirimu. Akhlak Mulia boleh dipupuk bila hati penuh keikhlasan untuk mencapainya. Yang penting IMAN! Di mana imanmu? Tahap mana imanmu? Tepuk dada, tanyalah hatimu. Imam Al-Ghazali berkata, “Sesungguhnya keimanan yang kuat pasti melahirkan akhlak-akhlak yang mulia, dan sesungguhnya keruntuhan akhlak adalah disebabkan oleh kelemahan atau ketiadaan iman yang menyebabkan berlakunya kejahatan”, kata Gadis itu.
No comments:
Post a Comment