Saturday, August 28, 2010

...::: Air mata sebuah pertemuan :::…



Tanggal  20 Ogos 2010, 9 orang sahabat telah memulakan perjalanan ke suatu tempat yang tak pernah dijejaki sekadar didengari di cuping telinga. Nah hari ini kami akan mengembara, 2 buah kenderaan digunakan.
Alamak..!!! kami sesat lak… untuk ke Sungai Buluh tapi masuk jalan ke kota yang penuh kesibukan, cabaran-cabaran.  Namun Allah itu sayang kepada kami, akhirnya kami sampai di Raudhatus Sakinah lebih kurang 4.15 petang. Kami menunggu sahabat-sahabat kami yang  menaiki kenderaan yang berasingan. Alhamdulillah, kami memulakan program kami dengan bacaan doa dan taaruf para urusetia yang terlibat setelah solat Asar berjemaah. 
Seterusnya kami meneruskan dengan LDK 1:Ice-Breaking. Hanya 3 kumpulan sahaja yang mempunyai urusetia muslimin. Modul LDK1: Nama Berantai. Nama –nama akan disebut dan disertai kata sifat yang  bermula dengan huruf dipangkal nama masing-masing. Contohnya, Nice Nora, Daie Deen, Intan Izzah, Anggun Aini, Intelligent Iera, Iman Ikin, Flora Fizah (Bukan Nama Sebenar.  
Kemudian kami berbuka sama-sama. Ukhuwah dalam kalangan mereka terlihat di mata kami, mereka tidak akan makan selagi semua sahabat R.S tidak duduk bersama-sama. Selain kami itu kami dapati mereka dipraktikkan dengan kerjasama melalui Group Duty. Setiap hari group tertentu akan melaksanakan tugasan masing-masing. Malahan makanan yang dihidangkan mestilah dihabiskan kerana itu adalah rezeki dan pembaziran mesti dielakkan itulah tanda mereka syukur dengan apa yang ada. Ketika saya menyertai mereka untuk berbuka bersama mereka, mereka tidak menyentuh makanan selagi  tetamu tidak menyentuhnya terlebih dahulu, subhanallah! Tersentuhnya hati kecilku dengan akhlak mereka. Selepas solat magrib berjemaah, kami menghidangkan santapan rohani sebelum jasmani.
Sebaik sahaja masuknya waktu solat Isyak semua melakukan solat sunat. Kami difahamkan menjadi rutin bagi mereka untuk melakukan solat sunat sebelum dan selepas bagi setiap solat fardu. Subhanallah, begitulah mereka ditarbiah setiap hari. Selepas solat terawih berjemaah 8 rakaat dan sunat witir, kami dihidangkan dengan “moreh”  yang dimasak oleh sahabat-sahabat R.S sendiri. Aduh berat perut untuk tinggalkan R.S kerana nikmat kenyangnya tak terkata. Apa taknya, bila dihostel saya hanya berbuka terus tanpa hidangan moreh selepas terawih.  
Tanggal 21 Ogos 2010, kami bertolak dari surau Nurul Huda jam 8:30pagi. Kami memulakan program kami dengan riadah ringan dengan menyanyikan lagu “DEMI MATAHARI”.  Pada mulanya kami menunjukkan gaya khas kami kemudian mereka menunjukkan gaya mereka sendiri , kami semua terhibur, Alhamdulillah.
Kini tibalah LDK 2: Utusan Puteri dan Pertandingan Trademark.  Modul LDK 2 adalah setiap orang diberikan kertas A4 untuk menulis surat buat orang tersayang, luahkan apa yang terbuku di hati. Rasionalnya, merupakan salah satu cara meringankan bebanan di hati. Kemudian utusan puteri dimasukkan ke dalam sampul surat tapi terlebih dahulu dibaca oleh warden-warden yang bertanggungjawab mentarbiah mereka di sana kerana dibimbangi surat itu diutuskan kepada orang yang tidak sepatutnya dan lain-lain. Tersentuh hati melihat mereka mengalir air mata sambil meluahkan isi hati di sekeping kertas. Sahabat fasi muslimin yang turut serta bersama  kami terpaku, lidah menjadi kelu. Fasi-fasi muslimatlah yang banyak memainkan peranan. Kami menenangkan mereka, mengucapkan istighfar dan memohon semoga Allah memberi ketenangan. Kami cuba mengembalikan kegembiraan dengan membuat pertandingan trademark, Alhamdulillah, mereka memberi komitmen yang baik.  
Seterusnya tibalah slot Tayangan Multimedia. Slot ini ditayangkan video gambaran hari Khiamat. Semua yang terlibat merasa gerun melihat video tersebut. Rata-rata yang ada di sana menangis, dan fasi yang mengetuai slot itu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Selepas Solat Zohor berjemaah kami tadarrus Al-Qura n sebelum meneruskan LDK 3.
LDK3: Mengejar Impian. Sahabat-sahabat R.S di minta untuk melukis simbolik bagi matlamat masing-masing serta membentangkannya. Detik-detik yang mencabar apabila meminta mereka meramas/meroyok/menggumpal kertas matlamat tadi. Puas dirayu tapi ada yang berkeras untuk mempertahankannya. Ini disebabkan LDK yang mereka jalani sebelum ini mereka diprovok kerana mengumpal matlamat mereka sendiri. Namun kami tidak begitu, tujuan gumpalan kertas menjadi seperti bola untuk memudahkan mereka membaling ke dalam bakul. Bakul tersebut bagaikan puncak kejayaan dan kami ingin lihat apa usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Saya hormati tindakan mereka mengingkari arahan fasi kerana mereka sekarang sudah mempunyai pendirian. Alhamdulillah, LDK3 akhirnya berakhir.
Selepas itu, kami meneruskan dengan slot Santai Sambil berfikir. Sahabat-sahabat R.S di Tanya tentang keyakinan terhadap kewujudan Allah dan seterusnya mengajak mereka berbicara dari hati ke hati dengan Allah SWT, menginsafi kelemahan dan kesalahan diri. Selepas semua sahabat menenangkan diri, kami semua bersiap sedia untuk solat Asar dan tadarrus Al-Quran. Kemudian fasi2 sama-sama memasak untuk juadah berbuka bersama-sama group duty yang bertugas pada hari itu. Aktiviti malam kami adalah sama seperti malam sebelumnya.
Tanggal 22 Ogos 2010, tibalah masanya 9 orang sahabat mengundur diri dari sebuah tempat tarbiah yang bagaikan “syurga Kecil” buat diri insan-insan terpilih untuk mendekatkan diri kembali setelah tergelicir di landasan agama. Subhanallah… betapa takjubnya diri melihat perubahan pada diri Puteri-puteri di Raudhatus Sakinah.
Kami hadir di sana dengan niat untuk mentarbiah diri bersama-sama puteri-puteri pilihan Allah untuk mendapatkan kembali hidayah-Nya bukan semata-mata untuk berprogram. Allah telah menentukan kami memilih Raudhatus Sakinah sebagai tempat dakwah tatbiqi dan merupakan hikmah terbesar buat diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. Betapa bertuahnya mereka yang mendapat hidayah daripada Allah.
Setiap apa yang berlaku pada masa silam mereka merupakan Rahmat Ujian dan hanya insan yang terpilih sahaja yang Berjaya mengharunginya. Kami mengelakkan dari mengorek segala rahsia yang boleh membuka aib diri sekaligus mengeratkan hubungan dengan lebih mudah dan menyesuaikan diri dalam tempoh yang begitu singkat.
 
 Ukhuwah makin terjalin, ikatan makin terbina, ia terbukti dengan linangan airmata, luahan dari hati yang penuh keikhlasan. Nilai murni melalui senikata yang penuh pengertian dengan penghayatan mengamit hati sanubari setiap insan-insan yang berada di sana. Hati-hati kami tersentuh dengan nyanyian lagu “sebuah pertemuan” dengan penuh keikhlasan daripada puteri-puteri Raudhatus Sakinah ditujukan kepada kami. Kami berpelukan seiringan dengan nyanyian halwa telinga itu dan airmata kesyukuran terus mengalir tanda ukhuwah kami sudah  terbina. 
                     Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

1 comment:

  1. insya'allah...sedetik pertemun ukhuwah berpanjangan....-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails