Thursday, August 5, 2010

...::: coretan si faQirah :::...

Mek...!!! Ayah...!!! Beratnya Beban Amanah yang dipikul....Air mata menemani di kala, hati terasa sedih dan pilu...Bagaikan terkapai-kapai di lautan dalam, si faqirah ini terus mencuba untuk berenang ketepian..Namun ada ketikanya air laut menyentuh anak tengkak..terasa masin. Syukurlah ade yang datang membantu. Syukran si Tenang dan Lieya..kalianlah temanku...dakukan kenang budi jasamu hingga akhir...


Alhamdulillah...hari ini merupakan hari terakhir untuk aku menunaikan tugasku sebagai bendahari kursus penyembelihan halal. Ini pengalaman pertama dan mungkin yang terakhir kali buat si faqirah. Bukan putus asa tapi mungkin mengambil tugas yang sedaya mungkin daku laksanakan. Kepada Adik "Pencari Cinta" maaf tidak terhingga dipohon kerna telah membantutkan tugasmu untuk berdakwah di perkampungan Orang Asli.

Melalui program ini barulah terbuka mata dan minda..betapa susahnya melakukan sesuatu kerja itu. Tanpa iman yang teguh, kesabaran yang tinggi dan komitmen yang jitu, pasti segala usaha menjadi sia-sia dan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Namun segalanya bergantung pada niat hati kita samada baik mahupun sebaliknya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik maka akan baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak maka seluruh tubuh badan akan rosak. Ketahuilah seketul dagimg ini ialah hati." 

2 comments:

  1. Janganlah kita mendabik dada mengatakan bahawa kita telah beriman sedangkan kita belum pernah diuji..jelas sekali menunjukkan sesungguhnya ujian itu adalah satu kayu ukur dalam menilai keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah...Setiap hambaNya pasti akan diuji...Janganlah berputus asa padaNya..Sesungguhnya hanya Dialah sebaik-baik tempat pertolongan...mohonlah padanya...tetapi usahlah pergantungan terhadapNya hanya bermusim....Hidup kita tidak akan berseri tanpa cabaran dan rintangan...ujian dan cabaran itulah yang akan mematangkan kita..matang dalam menilai sesuatu, matang dalam berfikir serta bertindak..Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hati-hati kami untuk mencintaiMu dan tabah menghadapi ujianMu

    ReplyDelete
  2. Hidup bagaikan roda...ade kala dibawah, ada kalanya di atas...kadang2hati terlalu mengikut perasaan...tapi puncanya daripada diri si faqirah sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails