Dua hari lepas, aku mendapat sedikit tarbiah apabila melibatkan diri dalam iftar jamaie yang dirancang oleh seorang muslimah yang dianggap seorang kakak dengan gelaran ukhti Akhma. Perkenalan dengannya bermula apabila aku dan sahabat2 yg lain mendapat satu tugasan untuk menemubual sebuah NGO. Allah yang menentukan bahawa sedetik pertemuan kami, tetapi ukhuwah berpanjangan.
Kami sampai di rumahnya tepat2 masuknya waktu maghrib dan terus berbuka. Kekesalan di hati apabila tidak dapat sama2 menyediakan juadah berbuka. Kami melangkah masuk ke rumah ukhti Akhma yang diceriakan dengan lampu yang berkelipan, hiasan dinding “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN” dan satu hamper kepada Juara Ramadhan. Sungguh kreatif cara mereka menarik perhatian anak2 mereka. Seusai berbuka dan menjamu selera kami solat berjemaah bersama-sama. Akhi Omar ke surau, kami yang perempuan solat berjemaah di bilik seramai 6 orang termasuk si kecil Nusaibah. Gelagatnya mengikut si umi dan yang lain2 menunaikan sembahyang mencuit hati dan hati kecilku berbicara, Subhanallah, bahagianya mempunyai seorang anak yang solehah dan lincah sepertinya. Timbul lagi satu persoalan, apakah rahsianya? Satu lagi bukti Baitul Muslim, aku melihat si abang mengimamkan solat maghrib berjemaah dengan adik2 lelakinya. Seusia 9 tahun sudah menampakkan kepimpinan dalam dirinya.
Si suami tidak menyusahkan si isteri dan membiarkan si isteri melayan tetamu tetapi si isteri tetap melayani suami sekadar termampu. Dan perasaan malu si suami tergambar apabila rela melayan diri sendiri untuk menjamah juadah yang disediakan oleh si isteri tercinta. Tiada gelak ketawa melampau kami dengari, tidak ada pertengkaran walau sekecil cuma. Subhanallah inikah baitul muslim yang ingin Engkau tunjukkan kepada aku dan sahabat2ku?
Aku dan sahabat2 menaiki kereta bersama-sama ukhti Akhma dan dua orang anak perempuannya, manakala Akhi Omar bersama tiga orang anak lelaki mereka. Kami solat isyak berjemaah dan terawih di surau tempat di mana Akhi Omar menjadi imam. Di surau itu kelihatan surut daripada lautan manusia yang sebelumnya jemaah muslimat selalunya terpaksa solat di luar dewan solat tetapi pada malam itu, kami dapat solat di dalam dewan solat. Itu pun atas makluman oleh ukhti Akhma.
Kami pulang ke “syurga” Ukhti Akhma dan keluarganya. Akhi Omar terus ke tempat mesyuarat bersama-sama para ulama mereka, manakala ukhti akhma menghantar kami terlebih dahulu. Kami melihat TV ada di ruang tamu dan kami tak tergerak di hati untuk menonton, mungkin kerana sudah terbiasa tidak menonton TV apabila berada di asrama. Allah bagi peluang lagi untuk kami melihat bagaimana mereka mendidik anak2. Si kecil Nusairah ingin menonton CD, lalu si umi memasang CD animasi yang berkaitan dengan ramadhan. Si kakak, Sumaiyah menyanyi mengikut rentak lagu dalam animasi tersebut. Aku dan sahabatku tersenyum melihat telatah dua puteri ukhti Akhma. Ukhti Akhma meminta diri untuk menghadiri mesyuarat yang sama dengan suaminya.
Aku dan sahabatku berbual-bual tentang biah yang kami lihat dalam tempoh 4jam kami berada di sana. Apa yang dapat kami simpulkan:
1) Suami Isteri perlu bertolak ansur dalam sesuatu perkara.
2) Anak2 perlu dilentur semasa masih kecil lagi.
3) Menjadikan solat jemaah suatu rutin yang wajib.
4) Mengimarahkan masjid dan cintakan masji/surau
5) Tapis hiburan untuk anak2.
6) Anak-anak dinamakan dengan nama2 yang baik contohnya nama2 pejuang Islam.
7) Pandai menarik minat anak2 untuk beramal.
Aku ingin mengkaji lagi, Apa itu Baitul Muslim yang sebenarnya? Kerna aku juga ingin sebuah Baitul Muslim dengan izin Allah SWT. Namun aku perlu mantapkan diri sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment