Tuesday, August 31, 2010

Cetusan "Perang Badar" di Universiti Ramadhan Kareem

Kini tibalah masa mengharungi Fasa ke 3 di Universiti Ramadhan Kareem. Di bulan ini jugalah berlakunya peperangan Badar yang di kenali juga dengan “Yaumul Haq.” Di mana orang mukmin benar-benar diuji antara kebenaran dengan kebatilan, antara emosi dengan Iman. Contohnya Huzaifah apa bila melihat Mayat ayahnya diseret, kesedihan tercuit di hati tapi dia redha. Beliau ingin ayahnya memeluk Islam tapi Allah telah menetapkan segala-galanya.


Allah benar-benar menguji keimanan para sahabat yang menyertai peperangan Badar yang hanya seramai 313. Pertolongan Allah SWT menghantar para malaikat untuk menguatkan lagi semangat berjihad yang tanpa persediaan awal. Ini kerana Allah ingin menguji keimanan mereka. Adakah kita akan turut menjadi seperti mereka, sekiranya kita berada di waktu genting seperti itu?


Kita bukan lagi di zaman Abrahah, yang mana Allah memberi pertolongan apabila Abu Jahal menyerang Kaabah. Sedarlah kita kini di Era Badar yang mana perlukan semangat juang dan kemantapan iman.
Ayuh Kita Kejar LAILATUL QADAR yang merupakan sebaik-baik malam yang telah dijanjikan Allah SWT. Kenapa ahli Badar kuat? Ini kerana mereka beriman dengan sebenar-benarnya iman, percaya kepada Rasullullah SAW dan sanggup berjuang walau apa keadaan sekalipun.

Kini kita bicarakan tentang iman kita. Adakah kita sekuat ahli Badar yang dijanjikan Allah SWT syurga tempatnya. Kita boleh analogikan fasa 3 ini Peperangan Badar Fardi antara Nafsu dan Iman, Peperangan antara Lailatul Qadar dan Hari Raya dalam diri masing-masing. Adakah amal kita dikurangkan berbanding persiapan menyambut 1 Syawal . Dahulukan apa yang aula, kerana Ramadhan penuh dengan barakah ini, amat istimewa buat insan bertaqwa tapi adakah kita telah mendapat IJAZAH TAQWA tersebut di Madrasah Ramadhan kali ini? Pasti 1 Syawal itu lebih bermakna apabila kita meraikan Ijazah Taqwa selepas kuat berusaha bertungkus-lumus melakukan ibadat lillahi taala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails