Thursday, September 23, 2010

*** Doa Senjata Orang Mukmin ***


Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Dan dalam kesempatan yang lain Baginda bersabda: ‘Doa adalah inti Ibadah.  Antara doa dan zikir yang sesuai digunakan adalah mathurat hasil pengumpulan zikir dan Doa Rasulullah s.a.w pagi dan petang oleh as-syahid Iman Hassan Al-Banna.
Doa mempunyai kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri. Solat merupakan Doa, cara meminta sesuatu dengan Allah s.w.t dan menghampirkan diri hamba-hamba-Nya. Selain d oa selepas solat kita diajar dengan pelbagai doa yang menjadi amalan muslimin dan muslimat seharian.
Doa tidak tertakluk selepas solat sahaja. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kita boleh berdoa. Dan tidak pula kita hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja.
Di sini terdapat beberapa penerangan yang berkaitan dengan amalan doa. Al-Imam Muslim rahimahullah meletakkan beberapa hadits dalam kitab Shahih-nya,yang kemudian diberi judul oleh Al-Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah :
“Keutamaan doa untuk kaum muslimin dengan tanpa sepengetahuan dan kehadiran mereka.”

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :

“Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya): “Ya Allah, kabulkanlah, dan
(semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.” (HR. Muslim)

Ini menunjukkan keikhlasan diri  orang yang mendoakan sesuatu yang baik kepada orang  tanpa dihebahkan dan tidak mendatangkan sifat riak atau takabbur dengan amalan kebaikan yang dilakukan apabila kita mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya.

Dikatakan sebagian para salaf jika menginginkan suatu doa bagi dirinya sendiri, malahan mereka juga akan berdoa dengan doa tersebut bagi saudaranya sesama muslim kerana amalan tersebut akan dikabulkan dan ia akan mendapatkan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails