APAKAH ITU HIV?
APAKAH ITU AIDS?
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV bilamana katahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu [AIDS difining condition] seperti :
- Hilang berat badan [melebihi 10%]
- Cirit birit berpanjangan.
- Jangkitan paru-paru Pneumocystis Carinii.
- Jangkitan Cytomegalovirus [paru-paru, otak, dan retina].
- Tibi.
- Jangkitan Fungus seperti Candida dan Histoplasma.
- Jangkitan Toxoplasma otak.
- Jangkitan Herpes Simplex dan Herpes Zoster [Kayap].
- Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcus, Microsporidium dan Isospora.
- Barah seperti Kaposi Sarcoma dan Limfoma.
Tiga cara utama HIV menjangkiti manusia :
1. Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV.
2. Perpindahan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.
3. Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan.
FAQS?
1. Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia ?
HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi lagi kering, sabun/pencuci, air dan disenfektan.2. Bolehkah HIV dijangkiti melalui seks oral ?
Risiko jangkitan timbul sekiranya air mania atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk di dalam mulut dan terdapat luka/rekahan/ulser dalam rongga mulut.3. Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman ?
Secara teori HIV dari darah atau air liur boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan melalui cara ini dilaporkan.4. Adakah ubat untuk menyembuhkan penyakit ini ?
Tiada. Pencegahan adalah kaedah terbaik untuk mengawal penularan virus ini. Jauhi dadah dan zina adalah tuntutan terbaik. Penggunaan kondom dalam hubungan seks serta tidak berkongsi peralatan menyuntik dadah alternatif lain dalam mengelakkan seseorang dari dijangkiti HIV.5. Adakah ubat untuk merawat penyakit ini ?
Ubat ARV boleh melewatkan progres penyakit serta meningkatkan kualiti hidup yang menghidap HIV/AIDS.6. Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderma darah ?
Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana peralatan pakaibuang yang digunakan juga sucihama. Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau menghidap HIV.7. Bolehkah saya dijangkiti melalui sentuhan kasual ?
Tidak. HIV tidak dijangkiti melalui aktiviti harian [di tempat kerja, sekolah ataupun kemudahan social] seperti bersalaman, makan bersama, bersukan, memegang tombol pintu, mengguna kemudahan awam seperti tandas atau telefon, memegang binatang peliharaan dan sebagainya.8. Di manakah rawatan ARV boleh diperolehi ?
Anda boleh mendapatkan rawatan di semua hospital dan klinik kerajaan.9. Perlukah saya menjalani ujian HIV ?
Sekiranya anda pernah terdedah kepada risiko jangkitan HIV, anda dinasihati menjalani ujian HIV . Mengetahui tahap kesihatan lebi awal adalah lebih menguntungkan dari mengetahui lewat.10. Di manakah saya boleh menjalani ujian HIV ?
Di hospital atau klinik kesihatan kerajaan terdekat. Keputusan akan dirahsiakan dan anda akan diberi penjagaan kesihatan berterusan oleh Pakar Perubatan atau Pakar Perubatan Keluarga.11. Bagaimanakah ujian ini dijalankan? Adakah ia menyakitkan ?
Ujian boleh dilakukan melalui sampel darah yang diambil di hujung jari. Keputusan boleh diperolehi dalam tempoh singkat [15-10 minit]. Dan sekiranya positif ianya perlu disusuli dengan ujian pengesahan. Ujian pengesahan mengambil tempoh 1-2 minggu bergantung kepada kemudahan klinik kesihatan atau hospital tersebut.12. Sekiranya ujian adalah negatif, adakah saya benar-benar bebas dari virus ini ?
Ujian negatif bermakna antibodi terhadap virus ini tidak dapat dikesan pada ketika itu. Sekiranya anda pernah terdedah kepada risiko jangkitan, anda dinasihati ulangi ujian dalam tempoh 3-6 bulan. Dalam tempoh tersebut antibodi [sekiranya ada] dijankakan dapat dikesan.
13. Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin ?
Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik dari mengetahuinya selepas berkahwin. Anda masih boleh meneruskan perkahwinan dan bertanggugjawab mencegah penularan jangkitan dengan memakai kondom dengan betul.
No comments:
Post a Comment