Situasi pertama:
Aku melangkah masuk ke ruang legar sebuah hotel. Semua muslimah mengenakan busana masing-masing. Subhanallah indah sungguh ciptaan tuhan. Benarlah kalam Allah s.w.t dalam surah al-‘alaq ayat 4,5 &6 :-
“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya”.
Namun sayang seribu kali sayang, mengapa pula kecantikan didahulukan tanpa memikirkan batas syarak yang harus dipertimbangkan. Sedih melihat ukhtiku yang lalai dalam penjagaan auratnya. Pakaian yang mana menampakkan setiap inci tubuh kalian yang cantik itu dan teristimewa ku kira, ditampilkan di hadapan para pejuang agama kita dan juga ajnabi yang haram melihatnya tanpa rasa segan silu.
Mengapa kita perlu menampilkan kecantikan kita hanya buat suami tercinta(jika ada) kepada mereka yang ajnabi. Kelihatan mereka turut terganggu dengan keistimewaan yang ada pada diri seorang wanita. Mereka tertunduk apabila kita melangkah dengan lengkok masing-masing, dengan pakaian yang agak keterlaluan jika ia melanggar asas menutup aurat. Pakaian biarlah longgar... tudungnya biarlah labuh (bawah paras dada)...Kainnya biarlah tebal...Tegurku kerana sayang bukan kerana benci...
Situasi kedua:
Alhamdulillah, satu majlis keraian untuk penghuni-penghuni asrama telah diadakan pada hari ahad yang lepas. Aku turut tidak terlepas untuk menyertainya. Kami diberi layanan yang baik oleh pekerja hotel tersebut. Menunya juga agak menyelerakan bagi aku yang berselera kekampungan ini.
Bukan menu yang ingin ku kongsikan dan bukan kemeriahan yang inginku bicarakan. Tapi tentang sebutir PERMATA ku kira di celahan kaca. Si dia dengan senyum melayan kami sebaiknya. Pada mulanya aku sendiri kurang selesa dilayan bagaikan yang berhormat tapi ini bukan kali pertama aku menerima layanan sedemikian. ini kerana aku hanya datang daripada sebuah keluarga yang biasa saja.Si dia, seorang wanita yang masih lagi menuntut ilmu di sebuah kolej swasta dan sekadar bekerja separuh masa di hotel ini. Aku memandang sekeliling...ada perbezaan antara dia dan rakan sekerjanya. Apakah perbezaan itu???
Sehelai tudung... Itulah bezanya si dia yang menarik perhatianku. Aku memulakan bicara dengannya untuk mengeratkan hubungan. sekaligus mengurangkan jurang antara kami. Itu lebih baik daripada merasa bangga dan besar diri walaupun sekadar makan di hotel.
Aku bangga dengan dirimu ukhtiku, kerna auratmu terjaga walaupun tidak selabuh muslimat yang lain. Aku lebih bangga dengan dirimu ukhtiku, kerna kau dapat pertahankan auratmu dari kalah dengan desakan fatamorgana. Moga Allah sentiasa memberi rahmat-Nya untuk dirimu terus kuat melayari bahtera lautan manusia yang mengejar duniawi.
No comments:
Post a Comment