kenangan: makan2 selepas penat bermain |
Hari ini aku mencuri ruang untuk menaip huruf-huruf untuk dijadikan perkongsian bersama...
Setelah berminggu-minggu...berbulan-bulan kami tunda perancangan kami...Pada tanggal 16 April 2011, akhirnya Allah mengizinkan kami sampai ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Tekir, Labu. Langit tengahari itu kelihatan mendung dan sebelah paginya sudah pun mencurahkan titisan air.
Aku bergegas pulang ke asrama selepas test, aku mengemas pakaian yang sudah diangkat dan membasuh saki-baki pakaian yang kotor sebelum meneruskan agenda seterusnya. Aku mengemas beg yang akan dibawa pulang ke kampung pada malamnya. Kawan sekuliah ada bertanya sempat ke nak gi ke kg. tekir? InsyaAllah...pandai-pandai la budget masa. Dia bimbang aku tidak sempat kembali untuk bersiap pulang ke kampung seperti kata imam Hasan al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.
Seusai solat zohor kami berkumpul di kedai makan. Sedih datang bertandang bila mengetahui budak-budak lelaki tak jadi untuk turut serta. ketakutan juga tidak ketinggalan untuk mencuit hati sehingga akal berfikir negetif. Tanpa kehadiran lelaki dalam situasi ini, semestinya mengundang bahaya.
Kami nekad meneruskan perjalanan kami walaupun hanya berempat dengan menunggang motorsikal. Namun aku menghantar beberapa sms kepada sahabat-sahabat untuk stand by sekiranya berlaku kecemasan.
Kami disambut dengan senyum oleh mak cik gayah. Mak cik Gayah merupakan seorang wanita Islam yang penuh bersemangat untuk memantapkan aqidah sesama saudara Islam di sana. Sehinggakan terasa diri ini kalah dengan semangatnya yang berkobar-kobar.
Pelbagai masalah dan cerita dikongsikan. Isu terkini, mengenai orang Islam di sana sudah beranak pinak tapi status perkahwinan mereka tidak sah. Ada yang melarikan diri apabila mak cik Gayah dan penggerak datang menziarahi dan sekaligus ingin menyuarakan mengenai isu perkahwinan mereka.
wajah adik-adik di Kg.Tekir... |
Kami dijemput untuk menghadiri majlis pengagihan barang-barang keperluan kepada masyarakat Islam di sana. Dia juga meminta kami membantu Ust. Khairul, ustaz muda yang baru sahaja ditempatkan di sana.
Aku mengajak sahabat-sahabat untuk ke Tadika yang berhampiran dengan dewan orang ramai untuk menunaikan solat sambil memerhati pelajar-pelajar IMU melakukan check up penduduk di sana. Aku dan Liyana menuju ke surau di bahagian atas dewan. Habuk-habuk menghiasi dinding, kami terus melakukan operasi dan kami dimaklumkan mikrofon kena curi..Astaghfirullahal azim...
Mak Cik Gayah...semestinya berada d barisan hadapan... |
Seusai solat asar kami meminta diri... Aku memerhati setiap jalan yang dilalui...bilakah lagi aku akan sampai di sini. Ada saja kekangannya... terutama tak da partner untuk turut serta..masing-masing dengan alasan yang aku sendiri sudah lali mendengarnya...Risikonya tinggi bila kami yang perempuan pergi ke sana tanpa diiringi oleh golongan Adam.
Mungkin masing-masing sibuk dengan dakwah fardi...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment