Monday, December 5, 2011

Apa Nilai Sebenar Ijazah bagiku???

Jam 11.15 pagi…aku sampai di pintu utama USIM…Ramainya para graduan USIM yang datang mengukir memori buat sekalian kalinya..(Huhh…Nak Konvo jugak..Detik hati kecilku) Sekeping Ijazah  merupakan salah satu bukti ilmu yang diteguk dari curahan ilmu daripada semua pensyarah yang setia memegang amanah. 

Selepas 4 tahun menggali ilmu di bumi USIM, sejauh manakah kita boleh membawa diri kita di dunia yang sementara ini? Adakah ilmu itu hanya pada sekeping kertas dan bakal hilang jika dirampas.. tertarik dengan kata Saudara Farid Hadhari, Presiden SPMM sekarang, “suka dalam duka, melihat abang-abang dan kakak-kakak yang gembira mengambil gambar kenangan bergelar graduasi USIM. Berpeluh ke sana ke mari mengambil gambar-gambar di sudut-sudut yang indah sehari suntuk. Namun dukanya, saya tidak pernah melihat usaha sebegini diperuntukkan dalam empat tahun pengajian sebelumnya, jauh sekali untuk berpeluh memerah fikiran mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam pengajian. Maafkan saya, tapi itulah hakikatnya.” Kata-kata itu mengetuk kotak fikiranku…


Satu lagi persoalan yang menikam kotak fikiran..daripada saudara Razif Fuad, Setiausaha SPMM 11/12, “Sebenarnya, majlis konvokesyen adalah hari yang paling menggerunkan. Segulung ijazah yg anda peroleh hasil 4 tahun pengajian anda...Sudah mampukah dengannya anda membawa perubahan dalam masyarakat? Jawapan di tangan anda”.

Mungkinkah setelah kita bergelar graduan, kita hanya memikirkan “aku nak kerja ape? Gajinya berapa?”. Tetapi berapa ramai yang bekerja kerana ingin menyebarkan Islam..sebagai contoh, Dia tidak mengambil Rasuah kerana Islam melarangnya dan mengikut akhlak Rasulullah SAW yang amanah orangnya???

 Ya Allah! Kau bimbinglah kami…jika kami bekerja nanti, biarlah kerja kerana dakwah. Kerana ramai yang mencari kerja hanya sekadar untuk kesenangan di dunia. Ramai yang mementingkan diri. Jika Berkahwin biarlah mengikut sunnah dan ingin membentuk Baitul Muslim. Moga tiada lagi anak-anak dibuang di jalanan. Ibu bapa merempat di kaki lima, menagih simpati…Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails