Hati masih lagi menyimpan hasrat untuk thabat dalam pimpinan. Cuma kegusaran dengan kekurangan diri. Bagaimana keadaan aku selama memegang taklifat sepanjang 1tahun di bawah persatuan itu. Adakah benar-benar aku melaksanakan tugasku?
Dalam bilik mesyuarat, aku lebih banyak diam dari bersuara. Terasa seperti bola yang dibaling ke dinding kembali melantun terkena hidung sendiri. Itu yang ku rasakan apabila timb.presiden menyuarakan perasaannya apabila melihat ahli-ahli mesyuarat kurang aktif terutama dalam kalangan muslimat. Perasaan rendah diri menyekat aku untuk mengeluarkan kata-kata. Lidah seakan kelu, suara menjadi bisu seribu bahasa. Kerana ku yakin ilmu pengetahuan sahabat-sahabat pimpinan lebih tinggi dan luas lagi. Sikap yang suka melakukan kerja disebalik tabir juga salah satu faktor menghalang diri untuk ke hadapan. Maaf sahabat-sahabat jika aku tak sempurna dalam melaksanakan taklifat.
“Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Surah Al-Ahzab 33:72)
Amanat yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah tugas-tugas keagamaan. Itu selaras dengan tujuan Allah s.w.t kita telah pun diciptakan untuk menjadi Khalifah di muka bumi selain mengabdikan diri ke Allah s.w.t. sejauh mana aku telah melaksanakan tanggungjawabku? Tanggungjwab pada diri, ibu bapa & keluarga, jiran tetangga, rakan taulan, masyarakat, agama dan yang lebih utama kepada al-khaliq.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”(Surah Al-Dhariyat 51:56)
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah 2:30)
Hati mula keresahan tika saat membaca isi kandungan surat yang ditulis dan diutuskan oleh Imam Al-Auza’I kepada Khalifah al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah. Antara isi kandungannya,
Wahai Amirul mukminin!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota dari badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia terlepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh kharif(Jarak masa setahun).”
Wahai Amirul Mukminin!
Ingatlah kata-kata Umar Al-khattab:" jika mati anak kambing ditepi sg.Furat(iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak! maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?"
Wahai Noura! Sudahkah amanatmu terlaksana?
No comments:
Post a Comment