Sehari sebelum tahun 2011, aku terpanggil untuk menerima undangan ke rumah seorang kenalan.
Ketenangan terasa ketika mana aku berada di bawah bumbung rumahnya disebabkan pengisian tarbiah yang kukira mula pudar dalam kamus kehidupan mula disemai kembali . Ya Allah, lalainya aku dalam mengingatimu..
Sebelah malam aku terus berborak dengan ukhti akhma sehingga jam 1pagi. Kami mula melangkah ke tempat tidur. Malangnya aku tidak dapat melelapkan mata sehingga pukul tiga pagi kerana selesema datang bertandang, terasa sukar bernafas. Aku bangun mengambil wudhu untuk mengerjakan solat sunat tahajjud dalam pada mana mataku belum bersedia untuk dilayukan oleh rasa mengantuk.
Pada 1.1.11, aku menghadiri walimah dan pada malamnya aku dibawa ke bangunan pejabat ISMA cawangan Seremban untuk menghadiri satu slot motivasi buat pemuda pemudi Islam. Terasa suntikan semangat untuk terus berjuang. Aku cuba mencari kembali identiti diriku sebenarnya...
Dalam meniti hari seorang yang sangup menghabiskan masa untuk melakukan program-program agama, melakukan aktiviti dakwah mungkin tersungkur dengan penyakit Futur. Penyakit makin berkuasa apabila hati si pejuang Islam tidak redha dengan segala ujian yang ditempuhi. Semangat yang berkobar-kobar akhirnya terkorban dek kekangan dalam perjuangan.
Seorang pejuang Islam akan sensitive terhadap sekeliling dan permasalahan ummah. Jangan pula menjadi Katak di bawah bumbung. Segelintir sahabat-sahabat memberi alasan apabila diajak melakukan aktiviti dakwah bersama-sama. Sekadar mementingkan pointer result tanpa menghiraukan masalah di sekeliling.
Satu analogi yang disebut, bila tanam padi lalang akan tumbuh, bila tanam lalang padi takkan tumbuh. Padi diibaratkan Akhirat dan Lalang diibaratkan Dunia. Apabila kita mengejar akhirat insyaAllah dunia turut mengikuti kita jua. Alangkah sia-sia apabila mengejar dunia semata-mata. Penyakit yang ditakuti akan bertandang di hati ummah ialah penyakit Wahnu. Penyakit Wahnu ialah penyakit cintakan dunia dan takut mati.
Aku ingin jadi salah seorang pemuda pemudi yang terus bergerak mara ke hadapan walaupun beribu rintangan mendatang. Aku kan selalu berdoa dengan kalam mulia-Mu..
Ya Allah.... Kami tahu, bahawasanya Engkau tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Kami akan mendapat pahala dari kebajikan yang kami usahakan dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakann. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Rujuk Al-Baqarah: 286)
Kerna ku yakin janji-Mu ya Rabb…
“ Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
(Surah Muhammad : 7)
No comments:
Post a Comment