Tuesday, June 28, 2011

Terima Kasih Allah...

Belum sampai seminggu ana di kampung, satu mesej diterima…membuatkan hati ana berdebar-debar. Seram sejuk rasanya…terasa nak demam pun ada. Ana bagaikan kucing kepanasan. Dalam hati tidak berhenti-henti, mendoakan berita gembira yang bakal ana perolehi.

Mesej yang ana maksudkan tadi adalah keputusan exam semester 6 sudah pun dikeluarkan. Ana bersiap-siap untuk keluar. Ana menunggang motosikal menuju ke kedai komputer yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.

Debaran hati bertambah ligat, muka mak cik dan pak cik CC, ana pandang dan menyatakan untuk menggunakan PC. Kelihatan adik-adik satu sekolah ana pun turut melayari internet di sini. Ana terus membuka page google dan website USIM.  Hampir 15 minit ana menunggu, tapi page website USIM tak dapat ana buka. Mungkin ramai yang tengah melayarinya. Ana cuba menukar PC yang lain, Alhamdulillah dapat dibuka jua akhir…Lafaz Kalimah “Alhamdulillah” ana lafazkan berkali-kali. Keputusan semester ini amat mengejutkan. Akhirnya Target dapat dicapai selepas 5 semester yang lepas ana gagal memperolehinya.

Ini adalah berkat doa ibu & ayah, kawan-kawan dan semuanya. Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Kerana Kau masih sudi memberiku nikmat kegembiraan...

4 comments:

  1. “Siapa yang menolong agama Allah, Allah pasti bakal menolongmu.” Yakinlah..janji Allah itu pasti..tahniah ya ukhti habibi...=)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... tahniah diucapkan.. berjaya jugak mendapat ape y dihajatkan.. syukur.. :)

    ReplyDelete
  3. Syukran buat sahabat2ku...doakan saya terus bersemangat untuk belajar....

    ReplyDelete
  4. tahniah,allah itu maha mengetahui stiap ht2 hmbanya yg sering berharap dn berdoa pdnya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails