Sunday, May 1, 2011

MenGapa " ITU " menJadi Pilihanmu???

Masalah remaja belia Islam makin menjadi-jadi. Tontonan video lucah menjadi pilihan. Di mana iman diletakkan dalam situasi ini. Risiko melihat video lucah amat besar. Bukankah kalian tahu itu?

Bagaikan nasi putih dihidangkan dengan pelbagai lauk di depan mata tanpa susah payah mencarinya, membuatkan nafsu makannya tak terkawal.Inikan pula, melihat adegan seks maka nafsu syahwat mula bergelora. Nafsu mula bangkit walaupun sekadar memandang wanita biasa, apatah lagi melihat video seumpama itu. Maka berlakulah penzinaan, buang bayi dan rogol.

Suatu kisah seorang remaja lelaki yang melihat video lucah sudah dua kali cuba melakukan perzinaan. Alhamdulillah…muslimat itu tidak merelakan tindakan remaja lelaki tersebut. Andai kata semua itu direlakan, maka bertambahlah umat Islam yang melakukan penzinaan. Mengapa seorang muslimah ingin kalian jadikan dia sebagai tempat melempias nafsu serakah kalian? Walaupun perempuan itu tidak warak sekalipun, kami tidak sesekali redha dengan tindakan kalian!!!

Bagi setiap insan menghadapi situasi yang sama, eloklah mensiapkan diri untuk melangkah gerbang perkahwinan untuk memelihara maruah diri kalian. Dalam masa yang sama, cuba mendekatkan diri dengan Allah, berdamping dengan sahabat-sahabat yang soleh. Supaya rumahtangga dibina bukan kerana nafsu syahwat semata-mata tetapi kerana kesempurnaan iman, kesejahteraan hidup bermasyarakat, menimbulkan kasih sayang dan kesepaduan antara dua keluarga yang disatukan dengan ikatan tersebut.

Menangis kami dengan kelemahan kalian...
Menangis kerana  lemahnya  si pemuda yang kami harapkan untuk membela agama itu
 cuba merosakkan agamanya sendiri...  
Namun pelbagai alasan dilontarkan jika disarankan untuk berkahwin. Saya tak de duit, saya muda lagi, keluarga saya tak benarkan kahwin awal atau masa tengah belajar. Kalau begitu alasan kalian, mengapa berani untuk melakukan penzinaan? Mengapa cara haram juga yang kalian pilih?  Sungguh berani kalian melawan tuhan!!!  


JANGAN KALIAN MENONTON VIDEO LUCAH ITU LAGI!!! Bagaimana ingin kugambarkan betapa marahnya kami sebagai muslimat apabila kalian menarik sahabat kami untuk melakukan zina. Islam menaikkan taraf kami melalui Kekasih Allah, Muhammad Bin Abdullah. Kami rela melakukan dengan cara HALAL…bukan secara HARAM! Hanya suami kami berhak ke atas kami.

Bagaimana jika seorang lelaki melakukannya terhadap kawan kalian, sepupu kalian, kakak kalian, adik kalian!!! Buka minda dan hati,,,sucikan diri dari semua ini.

Cuba bayangkan bagaimana keadaan kami apabila kalian melakukan zina itu? Kami bagaikan kain buruk! Walaupun itu bukan salah kami, masyarakat lebih menuding jari ke arah kami… pelbagai tohmahan dilemparkan. Tambah malang lagi jika kami ditakdirkan mengandung…Anak itu juga kan menerima nasib yang sama. Susahnya mengubah persepsi masyarakat terhadap kami nanti, namun tidak dinafikan masih ada yang sanggup menerima kami. Tetapi kami ingin hidup dalam ketenangan jiwa dan hati. Masyarakat yang muafakat, bukan nafsi-nafsi.

Kalau kalian belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Selain itu ana rasa terkilan dengan strategi politik yang memalukan disertai tindakan akhbar yang memalukan menyiarkan gambar adegan seks secara direct buat tatapan umum pengganti sarapan pagi agaknya. Apakah faedahnya selama ini kita menghalal penjualan vcd lucah sedangkan media sendiri tanpa segan silu menayangkannya. Ini merosakkan pemikiran dan akhlak masyarakat dan golongan remaja yang bakal meneraju negara kita. Adakah kita mahu generasi pemimpin yang mempunyai pemikiran kotor yang sudah terbiasa melihat benda-benda jijik ini. Astaghfirullahal azim…


Bagaimana ibu bapa ingin menjawab apabila si anak kecil itu bertanya: Ayah…gambar apa tu yah?”. Si ayah mendiamkan diri. Si anak berumur 5 tahun datang ke arah ibunya, sambil memegang surat khabar. “Bu…ini ni gambar ape?”..si ibu serba salah untuk menjawabnya. Malahan yang lagi parah jika ada ibu ayah yang tanpa segan silu menonton video lucah di depan anak-anak.

usahakan dirimu untuk mengdapatkan yang halal....
Fikirkanlah demi kemaslahatan ummat….

1 comment:

  1. barokalloh fiik. Pelajari lebih dalam al-islam di aloloom.net salaf.com sahab.net

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails