Sekitar majlis ijab kabul antara dua hati, Wan Faizal Wan Razali dengan Noraini Mat di Masjid Mahmoodi Cherang Laut, Tawang.
" Aku Redha Allah sebagai Tuhanku, Aku Redha Islam itu Agamaku, & Aku Redha bahawa Nabi Muhammad itu Rasulku..."
Saturday, August 24, 2013
Sunday, July 28, 2013
~ Raikan Cinta dengan Redha_Mu~
~ Kupilih Kamu ~Dengan yakin kupilih kamu
Setulus hati seindah rindu
Tak ada sesal seumur hidupkuDengan yakin kupilih kamu
Sesuci cinta dalam sumpahku
Ku pasti bahagia bersamamu
Hingga zaman menutup waktu
Dan andaipun Yang Maha Satu
Memberiku kuasa siapa jodohku
Dengan yakin kupilih kamu
Tanpa perasaan ragu-ragu
~WAN FAIZAL WAN RAZALI~
~ku syukur pada-Nya~
Dengan rendah diri ku sujud
syukur pada-Nya
Kerana-Mu Tuhan,
Aku dipilih menjadi Isterinya,
Kerana-Mu Tuhan,
timbulnya Kasih antara kami
Ya Allah,
jika benar dia tercipta untukku,
Engkau eratkanlah kasih sayang
antara kami,
disaat kami disatukan nanti.
Ya Allah, Engkau semaikan kasih
antara kami,
Sebaik-baik teman seperti
Khadijah terhadap Rasulullah s.a.w
Sesetia Hajar kepada Ibrahim a.s
Sekasih Zulaikha kepada Yusuf
a.s
~NORAINI MAT~
Saturday, July 27, 2013
Saturday, July 13, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Niat Dan Doa Berbuka Puasa
Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang berbunyi :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Niat Berpuasa
Saturday, March 9, 2013
Ciptaan Allah...^_^
Antara permandangan yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan dari USIM ke Kuching pada 21 Februari 2013 jam 8.30 pagi....
Wednesday, August 8, 2012
oh! Muslimah...
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
...
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
...
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
penyanyi: Nazri Johani
Wednesday, March 21, 2012
Kerana "lau kaana bainana rasulullah"
Sedang asyik membaca wall sahabat-sahabat di FB..Klip..bunyi satu mesej chat FB masuk...tertera nama junior semasa sekolah menengahku dulu..
Are Dah --> Asalamualaikum..k.nora
Ukhti NoRaini --> waalaikumussalam, ye adah...
Are Dah --> bleh x nk mitak pndapat cikit..
Ukhti NoRaini --> emm? kak cuba
Are Dah --> cmni..adah tgh buat asgmnt tjuk lau kaana bainana rasulullah..jadi nk tnya k.nora,
"kalau kak nora berkesempatan utk berjumpa dgn rasulullah, apa yg akak akan buat ?
cakap dgn baginda SAW?"
Ukhti NoRaini --> Rasanya nk nangis lak nih....rasanya akak menangis je bila jumpa dia...
lau kak blh kcek ge dia. msti kak minta maaf sbb kak lalai dgn suruhan dia untuk cinta pada Allah dan Rasulnya...kak akan mnta baginda doakan kak dapat hati yg bersih...
supaya kak xkan sekali-kali melanggar suruhan Allah...
sbb kak rs kak byk lalai dr landasan Islam
Are Dah --> ALLAHUAKBAR...akak rasa la kalau Rasulullah tgk keadaan kehidupan kita sekarang apa yg dia akn kata..
Ukhti NoRaini --> akak rs dia menangis melihat hamba-hamba dia byk kecundang
tp dia tetap tersenyum melihat masih ade lg umatnya yg kuat pegangannya...
Are Dah --> alhamdulillah..jazakillah kak sebab sudi kongsi pendapat..
InsyaAllah, smga kita adalah antra kalangan yg ttp pegang teguh dgn ajarannya..
Ukhti NoRaini --> ameen ya Rabb...
Are Dah --> ameenn..syukran kak:-)
Ukhti NoRaini --> afwan...tme ksh sbb sudi tye akak. bla tyo nih,,,terketuk rs muhasabah diri
Are Dah --> alhamdulillah..sme kak..
Note: Ya Allah...dulunya sekadar melihat video seorang wanita menangis apabila diajukan soalan itu..kini bila diri sendiri ditanya dengan soalan itu, dengan tidak semena-menanya terasa sebak dan pilu menyelubungi diri...sungguh bermakna walaupun itu satu soalan...soalan yang mencuit rasa rendah diri dan muhasabah diri...mengetuk pintu hati yang tertutup rapat bila dinasihati..yakni hati yang keras bisa dilembutkan.
Are Dah --> Asalamualaikum..k.nora
Ukhti NoRaini --> waalaikumussalam, ye adah...
Are Dah --> bleh x nk mitak pndapat cikit..
Ukhti NoRaini --> emm? kak cuba
Are Dah --> cmni..adah tgh buat asgmnt tjuk lau kaana bainana rasulullah..jadi nk tnya k.nora,
"kalau kak nora berkesempatan utk berjumpa dgn rasulullah, apa yg akak akan buat ?
cakap dgn baginda SAW?"
Ukhti NoRaini --> Rasanya nk nangis lak nih....rasanya akak menangis je bila jumpa dia...
lau kak blh kcek ge dia. msti kak minta maaf sbb kak lalai dgn suruhan dia untuk cinta pada Allah dan Rasulnya...kak akan mnta baginda doakan kak dapat hati yg bersih...
supaya kak xkan sekali-kali melanggar suruhan Allah...
sbb kak rs kak byk lalai dr landasan Islam
Are Dah --> ALLAHUAKBAR...akak rasa la kalau Rasulullah tgk keadaan kehidupan kita sekarang apa yg dia akn kata..
Ukhti NoRaini --> akak rs dia menangis melihat hamba-hamba dia byk kecundang
tp dia tetap tersenyum melihat masih ade lg umatnya yg kuat pegangannya...
Are Dah --> alhamdulillah..jazakillah kak sebab sudi kongsi pendapat..
InsyaAllah, smga kita adalah antra kalangan yg ttp pegang teguh dgn ajarannya..
Ukhti NoRaini --> ameen ya Rabb...
Are Dah --> ameenn..syukran kak:-)
Ukhti NoRaini --> afwan...tme ksh sbb sudi tye akak. bla tyo nih,,,terketuk rs muhasabah diri
Are Dah --> alhamdulillah..sme kak..
Note: Ya Allah...dulunya sekadar melihat video seorang wanita menangis apabila diajukan soalan itu..kini bila diri sendiri ditanya dengan soalan itu, dengan tidak semena-menanya terasa sebak dan pilu menyelubungi diri...sungguh bermakna walaupun itu satu soalan...soalan yang mencuit rasa rendah diri dan muhasabah diri...mengetuk pintu hati yang tertutup rapat bila dinasihati..yakni hati yang keras bisa dilembutkan.
Sunday, March 11, 2012
Dalam hati ada taman
Hati bila diusik satu fitrah yang dinamakan cinta, pastinya berbunga-bunga. Tapi Berbunga harum atau tidak, pemiliknya yang mencoraknya. Ada batas-batas yang perlu dituruti agar tidak terkandas di persimpangan jalan.
![]() |
| Siapa doktor Cinta? Allah...kerana dia pencipta CINTA. Rasulullah SAW sebagai contoh taulan dalam bercinta antara suami isteri. |
Taman boleh rosak bila hati diselubungi cinta tapi tidak ada penawar yang menghalang racun yang bakal merosakkan bunga-bunga cinta Tuhan oleh hasutan syaitan dan nafsu yang bisa diumpamakan serangga dan racun perosak bagi sesebuah taman di hati.
Cinta yang datang sebelum kahwin boleh menjadi bisa yang memudaratkan diri. Jadi bagaimana untuk mengubatinya? Pastinya sentiasa istighfar…
Penawar terbaik adalah Satu ikatan suci yang telah disyariatkan oleh Islam yakni PERKAHWINAN. Alangkah indahnya jalan menuju walimah disertai mesyuarat keluarga, isthiqarah, mengikat tali pertunangan seperti saranan agama dan seterusnya melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”.
Terdapat beberapa kekangan yang berlaku dalam merealisasikan cinta yang halal ini. Pertama:
Situasi 1: Si teruna sudah sering kali mengajak si dara untuk berkahwin tetapi permintaan untuk hantaran terlalu tinggi.
Situasi 2: Si Dara tidak meletakkan mahalnya terlampau tinggi dan memberikan kebebasan untuk si teruna supaya ia tidak membebankan mana pihak. Tetapi si teruna tidak mempunyai sebarang sumber kewangan.
Situasi 3: Si Teruna dan si Dara sudah bersedia, tetapi keluarga menghalang kerana mahu anak mereka membalas jasa keluarga terlebih dahulu.
Situasi 4: Si Dara bersedia, tetapi si Teruna belum bersedia, kononnya belum puas lagi membujang dan ada juga sebaliknya.
Situasi 5: Kedua-duanya mahu mengumpul duit untuk walimah… impian untuk mengadakan kenduri yang meriah kononnya sekali seumur hidup. Tetapi beringatlah, ukur pada kemampuan diri. Jangan membebankan diri sendiri. Jangan pulak sampai berhutang selepas walimah itu nanti.
Terdapat banyak lagi situasi yang menjadi halangan dan dijadikan halangan…
Ya Allah..permudahkanlah jika jodohku telah sampai nanti…
Saturday, January 28, 2012
PEMANTAPAN AKIDAH MELALUI PENGHAYATAN IBADAH DI PERKID
PENDAHULUAN:
Pengkaji cuba merumuskan hasil kajiannya setelah membuat kajian lapangan melalui temubual dan mengedarkan soalan kaji selidik di PERKID dalam tempoh 5 bulan. Seterusnya pengkaji memberikan beberapa cadangan yang dirasakan bersesuaian dengan organisasi dakwah yang memfokuskan remaja wanita sebagai sasaran dakwah mereka.
Dalam berdakwah, kajian mendapati pihak PERKID tidak memfokuskan tarbiah rohaniah dengan solat fardhu, solat sunat dan zikir semata-mata, tetapi PERKID juga menyediakan suatu pendidikan yang meningkatkan intelektual, syaksiah dan kemahiran melalui kelas-kelas yang sediakan bagi memenuhi masa mereka di Rumah Kebajikan PERKID.
RUMUSAN:
Ruangan yang masa yang singkat ini, pengkaji merumuskan bahawa Amal ibadah dapat membentuk peribadi yang luhur yakni mengukuhkan dan memantapkan akidah seorang muslim dengan beribadah kepada Allah SWT sebelum menjalani kehidupan seperti bekerja, belajar, makan, minum, berkahwin, muamalat dengan insan-insan disekeliling kita dan sebagainya. Penghayatan ibadah yang mendekatkan diri seorang hamba yang kerdil dengan tuhannya telah membentuk seorang muslim yang soleh dan solehah. Dalam pada itu, pengkaji melihat kesan mendekatkan diri dengan golongan ulama’ menjadi inspirasi yang kedua selepas mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Penghayatan ibadah adalah berhubungkait dengan matlamat kita diciptakan dibumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Menurut Radhi Ibrahim (2006) pula, melalui penghayatan terhadap ibadah yang telah diwajibkan Allah SWT seperti solat dan puasa, akan dapat mengukuhkan lagi pegangan akidah individu Muslim. Ini kerana bacaan dan tindakan yang terkandung di dalam ibadah-ibadah tersebut mengandungi perkara yang mengukuhkan lagi hubungan antara manusia dengan penciptanya, demikian juga hubungan antara manusia sesama manusia.Perlaksanaan ibadah yang disertai dengan penghayatan sememangnya akan lebih memberi kesan dalam membentuk jati diri individu Muslim yang mantap dan bersesuaian dengan ajaran Islam.
Hasil daripada kajian ini juga, pengkaji mendapati PERKID bukan sahaja menekankan solat fardhu 5 waktu sehari semalam secara berjemaah, malahan menyarankan para remaja berkenaan solat sunat malam (Qiamullai) turut difokuskan, kerana Qiamullai itu mempunyai intipati yang tersendiri selain daripada menyarankan mereka menyucikan hati dari segala dosa dengan bertaubat kepada Allah SWT. Daripada Abu Hurairah: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat.” Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih.[2] Disamping itu, pihak PERKID menggalakkan para remaja mengingati Allah dengan zikir-zikir khusus yang telah diambil dan dikumpulkan dari Al-Quran dan Hadith.
Kesimpulannya, pengkaji mendapati pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh PERKID selari dengan manhaj Rasulullah SAW yang merangkumi aspek pendidikan, kerohanian dan akhlak dalam menyampaikan dakwah mereka. Selain itu, Pengkaji merasakan aktiviti dakwah seperti ini akan terus cemerlang sekiranya ia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dengan mendapat sokongan daripada masyarakat, organisasi Islam dan pemerintah dalam melahirkan generasi soleh dan solehah, sekaligus membendung gejala sosial yang makin berleluasa dalam kalangan remaja kita hari ini. Gerakan dakwah seumpama ini terbantut apabila masyarakat memandang remeh isu gejala sosial sedangkan ia merupakan masalah ummah.
CADANGAN
1.
Pengkaji berpendapat bahawa, Pihak PERKID mewujudkan satu penanda aras (Key Perfomance Index) untuk menilai keberkesanan sesuatu metode dakwah yang dijalankan dan dibangunkan menerusi penyelidikan yang lebih komprehensif untuk membuat penilaian terhadap metode yang digunakan dari semasa ke semasa.
2. Kajian mengenai persepsi, harapan dan kehendak remaja terhadap organisasi dakwah seperti PERKID perlu diperluaskan. Inilah satu wasilah yang bakal menentukan mesej dakwah dan pendekatan yang digunakan sebelum ini berkesan dan bersesuaian dengan kehendak remaja dan ianya selari dengan syariat Islam.
3. Pengkaji berpendapat satu Pelan Tindakan Strategik diwujudkan bagi mengkaji pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif yang membolehkan PERKID bertahan apabila berdepan kemungkinan sama ada persaingan atau kekangan yang boleh membantutkan pencapaian visi dan misi dakwah PERKID pada masa akan datang.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)
Friday, January 27, 2012
Ya Allah...Aku diKAFAN...
Perasaan dikafan semasa diri masih bernyawa
Kursus Pengurusan Jenazah yang telah dianjurkan oleh sekretriat lawatan antarabangsa dakwah tahun 4 amat memberi kesan buat diri peserta mahupun fasilitator sendiri. Ini kerana ia bukan mengadakan program hanya untuk memberi tetapi turut sama menerima. Terima apa? Ilmu dan pengalaman. Bagaikan cahaya yang menyelinap ke hati. Satu pengalaman yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata, yakni bagaimanakah perasaan diri yang masih bernyawa dikafankan?.
Aku menjadi model jenazah untuk dikafankan. Sejujurnya aku sendiri yang sudi dikafankan dan ingin merasa bagaimana dikafankan. Walaupun terasa malu pada mulanya, aku cuba mengawal tahap malu yang maksimum itu, apa tidaknya, semua mata memandang boneka hidup yang bakal dikafankan.
Aku membaringkan diri sendiri di atas kain kafan yang sudah dipotong dan siap sedia dihampar di atas pentas. Aku mula memejamkan mata dan membiarkan diri seperti jasad yang kaku dipembaringan.
Aku mula membayangkan diri benar-benar sudah mati. Menanti saat-saat diri dikafankan. Baju dan kain dipakaikan. Satu persatu lapisan kain kafan membaluti tubuhku. Sehingga membalut seluruh tubuhku. Ya Allah…satu perasaan yang sukar digambarkan datang bertamu. Rasa hiba, seram, sedih, takut, dan macam-macam lagi.
Satu persatu soalan menerjah ke kotak fikiran. Cukupkah amalanku di dunia untuk menjadi bekal di sana? Sudahkah mereka-mereka yang ku sakiti, mengampunkan segala dosaku? Yang lebih utama, adakah ibu ayah mengampunkan dosa-dosa anaknya yang serba kekurangan ini?
Ya Allah…nipisnya imanku senipis kulit bawang…kerdilnya aku di sisi tuhan…Sempatkah aku bertaubat sebelum aku benar-benar mati nanti? Ya Allah, dosaku menggunung tinggi…aku pastinya tidak layak untuk syurga-Mu, yang selayaknya menyintai-Mu dan rasul-Mu. Namun aku jua tidak kuat untuk menghadapi azab seksa-Mu… Ya Allah...Ampunkanlah dosa-dosaku dan kedua ibu bapaku… Kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah di dunia ujian ini..
Thursday, January 19, 2012
Integriti diri lagi...Ragam di jalanan
Seusai menunaikan solat maghrib...aku tergesa-gesa keluar rumah untuk mengambil kawanku yang sedia menanti kehadiranku...terasa bimbang di hati kerana sudah lama dia menungguku untuk menjemputnya, namun aku pinta untuk pergi ke KTM setelah solat maghrib atas sebab waktunya sudah hampir tiba semasa dia menghubungi no mobile ku....
Setiba di traffic light berhampiran Giant, kelihatan sebuah kereta wira hitam tersadai di tengah-tengah jalan dan sebuah Van kuning menekan hon supaya pemandu kereta hitam itu bergerak...tetapi masih lagi kaku di situ... pemandu-pemandu yang lain melintas hadapan kereta tersebut dengan sebuah pandangan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..."apa yang penting aku boleh jalan...". mungkin itu yang mereka fikirkan. seketika kemudian kelihatan seorang wanita India keluar dan mendukung anaknya, meminta pertolongan seorang pemuda melayu lagaknya, untuk mengalihkan kereta. Aku meneruskan perjalanan setelah lampu merah berganti hijau. Ingin membantu tetapi ada urusan yang perlu diaulakan.
Terasa sebak bila memikirkan sikap segelintir masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri walaupun melihat orang lain dalam kesusahan. Cuba bayangkan, adik perempuan atau ibu kalian atau isteri kalian ditempat wanita india itu, bagaimanakah perasaan anda bila tiada seorang pun berhenti atau membantu mereka?. Nauzubillah...moga tidak hilang nilai murni dan intergriti dalam diri.
Teringat pula kisah seorang kanak-kanak digilis tanpa dihiraukan oleh orang ramai dan kisah seorang wanita cina yang ditikam 27 kali tapi tak dibantu oleh sesiapa pun..,di mana sikap keperimanusiaan dan keprihatinan.
Monday, December 19, 2011
Diari Hujung minggu
Alhamdulillah,,,selesai sudah dua aktiviti di waktu yang sama tetapi tempatnya berbeza...
Huhh!!!...Terasa kepenatan berbaloi apabila futsal wanita FKP masuk ke finale, Walaupun sekadar pingat perak diperolehi...
Huhh!!!...Terasa kepenatan berbaloi apabila futsal wanita FKP masuk ke finale, Walaupun sekadar pingat perak diperolehi...
Jam 4:00 ptg: aku bergerak ke kampus untuk menghadiri Majlis perasmian dan perarakan kontinjen2 dari FKP. FEM, FST, FPBU, PUSAT TAMHIDI, FSU, FPQS, FMedic. Terasa kehangatan semangat dari para atlit.
Jam 6.15 ptg; Aku membonceng kuda besi "DAL 8564", balik ke "syurga KKDJ", berkemas untuk ke Kg. Tekir. Teman seMotor siap sedia menunggu.
6.45 ptg: Kami bergerak ke KKAA dan berlaku perubahan waktu perjalanan kami.
7.00ptg: kami ke Kolej kediaman Sutera indah. Kami menunaikan solat maghrib di KKSI sebelum konvoi sebuah Kereta & sebuah Motor ke perkampungan Orang Asli di Labu. Ini kali pertama aku membawa motor di waktu malam dan kami semuanya muslimat.
8.00mlm: Bertolak ke kampung tekir.
8.30mlm: kami tiba di kampung tekir dan solat Isyak..kami membersihkan rumah yang kami akan berkampung selama 3 hari 2 malam.
Jam 11.45 mlm, kami meeting untuk pelaksanaan aktiviti.
Jam 5.00 pg: sukarelawan bangun menunaikan solat sunat tahajjud dan solat subuh secara berjemaah di Surau. seusai bacaan yasin, kami meneruskan gerak kerja. Membalut 12 hamper dan banyak lagi hadiah adik2 sukarelawan perlu balut(sorry, xleh tlg siapkan...macam chipsmore je...kejap ade, kejap xde..hikhikhik)
Jam 7.20 pg, aku meminta diri untuk kembali ke kampus.. untuk perlawanan Futsal sempena SUFA.
Jam 7.20 pg, aku meminta diri untuk kembali ke kampus.. untuk perlawanan Futsal sempena SUFA.
Jam 8.00 pagi sampai di KKDJ. Bersiap untuk ke kampus. Alhamdulillah, game kami bermula kul 10.30 pagi... sebelah pagi kami(FKP) lawan FSU 2-0 dan sebelah petang lawan FEM 3-0. kami layak ke semi-finale.
kira-kira jam 5.30 ptg: Kami kembali bertolak ke kampung tekir. Kelihatan sunyi, tidak seperti program semester yg lepas. Khabarnya penduduk sibuk membuat persiapan untuk menyambut Krismas. Hanya kanak-kanak yang datang menyertai sukaneka. PC, Hanzalah, Zawiyah, Hasanah, Rafidah, Afaf , Zulhilmi sibuk melayan adik-adik bermain.
Zack pula sibuk membakar arang kayu untuk Barbeque malam nanti. Aku dan Liyana lbh byk memerhati...(biasalah geng veteran SAYA & AWAK)
Aku masuk ke dapur...perut terasa lapar dan badan terasa lemah. ku minta sedikit nasi yang mereka masak tengahari tadi. Alhamdulillah, perut berjaya diisi dengan nasi berlaukkan TOM YAM...yamm..yamm...yamm.... lau dah lapar semuanya sedap sih.....
Hidayah, Mardiah dan Anha sibuk mengoreng frozen food untuk makan petang. Bertuah betullah sape yang dapat diorang...rajin benar memasak...
Kami semua saling membantu...
Dah maghrib rupanya....kami solat berjemaah di surau...kelihatan ada penduduk yang mula menjenguk ke surau...ada yang bersembang sambil menunggu solat isyak...ade yang sibuk bermain...ade yang sibuk membakar ayam, udang, sotong dan lain2 lagi....sebahagian daripada kami menyusun kerusi di dewan orang ramai untuk jamuan. Makcik2 dan kakak2 sudah pun datang..kami bersalaman dan bertanya khabar...alhamdulillah mereka meraikan kehadiran kami, dan kami berbesar hati dengan kesudian mereka.
Ada seorang insan yang aku kagumi, sikap dan perwatakkannya, dia mengajar muallaf untuk mengambil wuduk dan mengajar bacaan Al- fatihah. sabar dan tenang mengajar mereka. "Ya Allah, syukur Alhamdulillah, ada umat-mu yang sudi menyebarkan Dakwah Islam".
Seusai solat Isyak, jamuan dimulakan...Keadaan menjadi seperti kenduri kahwin lagaknya. Melayan tetamu yang datang. PC melatih adik2 lelaki untuk persembahan majlis penutup dan sukarelawan wanita melatih adik2 perempuan.
Lebih kurang 10:45mlm, kami buat post-mortem. Masing2 diberi peluang untuk meluahkan apa yg tidak puas hati dan komen2 yang membina. Tiba giliranku, terasa sebak untuk berkata-kata, kerna mungkin itu kali terakhir aku ke sana. aku cuba tersenyum untuk menahan rasa sebak.
Jam 5.00 pg: sukarelawan bangun solat sunat tahajjud dan melakukan "gerakan subuh" untuk mengajak penduduk sama-sama solat subuh berjemaah.
Jam 7.15 pg: aku bertolak ke USIM bersendirian. Terasa takut mengamit hati, namun aku
beranikan diri. kira2 jam 8.00 pg aku sampai di kampus.
Game kami pukul 8.00 pg, Alhamdulillah..kami mengalahkan FST 1-0 dan layak ke Finale. Akhirnya Kami kalah 1-2 dengan FPBU. Apa pun kami Syukur dengan pencapaian yang kami lakukan.
Jam 1.30 ptg: kami pulang ke kolej setelah selesai penyampaian pingat kepada para pemenang. Seusai solat Zohor aku bergegas ke Kg. Tekir. Majlis penutup sudah pun berakhir. Liya mengajakku makan bersama-sama. Aku meraikan ajakannya walaupun perut masih lagi kenyang dengan sarapan pagi.
Kira2 jam 3.30 masing2 bersiap untuk pulang. PC mengagihkan hamper kepada sukarelawan. Aku dan liya mengagihkan hamper itu kepada adik2...
Ya Allah, bilakah lagi untuk aku menemui mereka???
Monday, December 5, 2011
Apa Nilai Sebenar Ijazah bagiku???
Jam 11.15 pagi…aku sampai di pintu utama USIM…Ramainya para graduan USIM yang datang mengukir memori buat sekalian kalinya..(Huhh…Nak Konvo jugak..Detik hati kecilku) Sekeping Ijazah merupakan salah satu bukti ilmu yang diteguk dari curahan ilmu daripada semua pensyarah yang setia memegang amanah.
Selepas 4 tahun menggali ilmu di bumi USIM, sejauh manakah kita boleh membawa diri kita di dunia yang sementara ini? Adakah ilmu itu hanya pada sekeping kertas dan bakal hilang jika dirampas.. tertarik dengan kata Saudara Farid Hadhari, Presiden SPMM sekarang, “suka dalam duka, melihat abang-abang dan kakak-kakak yang gembira mengambil gambar kenangan bergelar graduasi USIM. Berpeluh ke sana ke mari mengambil gambar-gambar di sudut-sudut yang indah sehari suntuk. Namun dukanya, saya tidak pernah melihat usaha sebegini diperuntukkan dalam empat tahun pengajian sebelumnya, jauh sekali untuk berpeluh memerah fikiran mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam pengajian. Maafkan saya, tapi itulah hakikatnya.” Kata-kata itu mengetuk kotak fikiranku…
Satu lagi persoalan yang menikam kotak fikiran..daripada saudara Razif Fuad, Setiausaha SPMM 11/12, “Sebenarnya, majlis konvokesyen adalah hari yang paling menggerunkan. Segulung ijazah yg anda peroleh hasil 4 tahun pengajian anda...Sudah mampukah dengannya anda membawa perubahan dalam masyarakat? Jawapan di tangan anda”.
Mungkinkah setelah kita bergelar graduan, kita hanya memikirkan “aku nak kerja ape? Gajinya berapa?”. Tetapi berapa ramai yang bekerja kerana ingin menyebarkan Islam..sebagai contoh, Dia tidak mengambil Rasuah kerana Islam melarangnya dan mengikut akhlak Rasulullah SAW yang amanah orangnya???
Ya Allah! Kau bimbinglah kami…jika kami bekerja nanti, biarlah kerja kerana dakwah. Kerana ramai yang mencari kerja hanya sekadar untuk kesenangan di dunia. Ramai yang mementingkan diri. Jika Berkahwin biarlah mengikut sunnah dan ingin membentuk Baitul Muslim. Moga tiada lagi anak-anak dibuang di jalanan. Ibu bapa merempat di kaki lima, menagih simpati…Nauzubillah.
Friday, November 4, 2011
Di mana Nilai Murni di hati seorang manusia?
Pada 26 Oktober 2011. Jam menunjukkan 9.00 pagi. aku meletakkan “pakwe” di bawah pokok, moga-moga ia tidak kepanasan. Aku mengajak kawanku untuk membeli tiket Komuter untuk ke Low Yat. Selepas kira-kira 10 minit kemudian, barulah sampai 3 orang lagi kawan-kawanku…Dalam koj wanita dipenuhi dengan penumpang…hanya beberapa orang lelaki yang “tersesat(sengaja sesat)” memasuki koj yang khas untuk wanita.
Di stesen Kajang ada satu kumpulan penumpang yang terdiri daripada 2 orang wanita dan 2 orang kanak-kanak yang masuk ke Koj yang kami naiki. Kami mendengar perbualan mereka yang salah seorang kanak-kanak yang mereka bawa sedang sesak nafas dan pening. Penumpang yang penuh menyukarkan para penumpang bernafas secara normal dan kepanasan. Kami yang dari KTM Nilai lagi masih berdiri tiada tempat duduk untuk dilabuhkan punggung. Kami meminta adik perempuan tadi memandang ke arah kami kerana terdapat sedikit ruang udara. Kelihatan adik tadi masih menutup mulutnya…diam tanpa berbicara.
Yang menyedihkan para penumpang yang mempunyai tempat duduk disekeliling kami tidak memberi sebarang respon. Hanya membisu dan memandang tanpa perasaan. Aku menguatkan diri untuk bersuara. Kami meminta penumpang yang duduk member sedikit ruang untuk adik tadi duduk. Alhamdulillah, mereka member respon positif. Kami cuba mengibas dengan buku yang ada ditangan agar kepanasan dapat dikurangkan…
Tiba-tiba adik tadi termuntah…kami kelam-labut…kami hanya ada tisu…namun ia tidak cukup…Subhanallah…Plastik tak de… poenumpang yang lain hanya pandai menjerit, jijik melihat muntah…tapi tanpa belas ihsan dan prihatin untuk menghulur bantuan…
Mereka mengambil keputusan untuk turun pada stesen berikutnya. Sikap para penumpang masih tidak berubah…tidak memberi ruang untuk mereka keluar dari Koj. Kedengaran satu jeritan meminta diberi ruang untuk mereka keluar. Ya Allah…sedih, sebak dan geram bercampur gaul…di mana nilai murni seorang manusia sebaik-baik ciptaan Allah SWT.. Allah memberi pelbagai nikmat bukan untuk diri sendiri tapi dikongsi dan disyukuri.
Salah seorang kawanku membisikkan rasa kekesalan dan sedihnya terhadap sikap orang melayu Islam terutamanya. Di mana nilai ihsan kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain? Kawanku menangis…aku menahan diri…sebak dihati…
Monday, September 12, 2011
Kamu ada hutang dengan Mak
Sudah 2 bulan 15 hari...diri ini menyepi...emm...bukan saja-saja menyepi tapi keadaan yang memaksa...
Bulan Ramadhan sudah menutup tirai dan syawal melayari fasanya pula...moga-moga ibadah yang kuat kita laksanakan di bulan Ramadhan diteruskan...InsyaAllah...
ingin saya kongsikan suatu kisah....
Pada suatu petang... ketika menolong si ibu membuat kuih untuk jualan...terdetik di hati untuk bertanyakan sesuatu kepada si ibu..." Mak...mak ade hutang dengan sape-sape tak?"tanya si anak "kenapa kamu tanya macam tu?" Balas ibunya. " Tak de la...saje nak tahu..." jawab si anak. di hatinya turut menyatakan ingin melangsaikan hutang buat ibunya namun tak terluah pada waktu itu. " Emm...mak rasa dah tak de hutang dengan orang lain...kecuali... kamu yang berhutang dengan mak..." kata si ibu dengan suara mendatar.."Apa? saya?" ujar si anak terkejut. si ibu tersenyum lalu menjawab" a'ah...tapi kamu kena bayar dengan doa...terutama lepas mak mati..." si anak menjadi sebak dan terdiam...
kesimpulannya...kita kadang- lupa bahawa kita sebagai anak mempunyai hutang yang kita abaikan...namun tidak berat untuk dilunaskan...Namun ramai yang lupa... Astaghfirullahal azim...
Jika hutang wang ringgit kita cuba lunaskan, mengapa tidak hutang sepotong doa dilunaskan...
Bulan Ramadhan sudah menutup tirai dan syawal melayari fasanya pula...moga-moga ibadah yang kuat kita laksanakan di bulan Ramadhan diteruskan...InsyaAllah...
ingin saya kongsikan suatu kisah....
Pada suatu petang... ketika menolong si ibu membuat kuih untuk jualan...terdetik di hati untuk bertanyakan sesuatu kepada si ibu..." Mak...mak ade hutang dengan sape-sape tak?"tanya si anak "kenapa kamu tanya macam tu?" Balas ibunya. " Tak de la...saje nak tahu..." jawab si anak. di hatinya turut menyatakan ingin melangsaikan hutang buat ibunya namun tak terluah pada waktu itu. " Emm...mak rasa dah tak de hutang dengan orang lain...kecuali... kamu yang berhutang dengan mak..." kata si ibu dengan suara mendatar.."Apa? saya?" ujar si anak terkejut. si ibu tersenyum lalu menjawab" a'ah...tapi kamu kena bayar dengan doa...terutama lepas mak mati..." si anak menjadi sebak dan terdiam...
kesimpulannya...kita kadang- lupa bahawa kita sebagai anak mempunyai hutang yang kita abaikan...namun tidak berat untuk dilunaskan...Namun ramai yang lupa... Astaghfirullahal azim...
Jika hutang wang ringgit kita cuba lunaskan, mengapa tidak hutang sepotong doa dilunaskan...
Tuesday, June 28, 2011
Terima Kasih Allah...
Belum sampai seminggu ana di kampung, satu mesej diterima…membuatkan hati ana berdebar-debar. Seram sejuk rasanya…terasa nak demam pun ada. Ana bagaikan kucing kepanasan. Dalam hati tidak berhenti-henti, mendoakan berita gembira yang bakal ana perolehi.
Mesej yang ana maksudkan tadi adalah keputusan exam semester 6 sudah pun dikeluarkan. Ana bersiap-siap untuk keluar. Ana menunggang motosikal menuju ke kedai komputer yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.
Debaran hati bertambah ligat, muka mak cik dan pak cik CC, ana pandang dan menyatakan untuk menggunakan PC. Kelihatan adik-adik satu sekolah ana pun turut melayari internet di sini. Ana terus membuka page google dan website USIM. Hampir 15 minit ana menunggu, tapi page website USIM tak dapat ana buka. Mungkin ramai yang tengah melayarinya. Ana cuba menukar PC yang lain, Alhamdulillah dapat dibuka jua akhir…Lafaz Kalimah “Alhamdulillah” ana lafazkan berkali-kali. Keputusan semester ini amat mengejutkan. Akhirnya Target dapat dicapai selepas 5 semester yang lepas ana gagal memperolehinya.
Ini adalah berkat doa ibu & ayah, kawan-kawan dan semuanya. Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah! Kerana Kau masih sudi memberiku nikmat kegembiraan...
Monday, June 20, 2011
Saturday, June 18, 2011
Hanya kerana Cemburu
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Benarlah Hadis Nabi Muhammad SAW, Hati merupakan raja.. mengawal seluruh pelusuk jiwa ini.
ku berikan contoh...
Hanya kerana cemburu segalanya boleh jadi...kalau suami isteri cemburu kerna pun boleh bergaduh, Apatah lagi kita sesama kawan mahupun saudara.
Hati yang diselubungi perasaan cemburu...
Kurang enak rasa di hati bila melihat orang lain senang. Bila kawan dapat markah lebih, ada saja cerita yang untuk menidakkan kemampuan sahabatnya.
Hati yang diselubungi nafsu tamak dan pentingkan diri...
"nak bagi ke x???" itulah dilema jika hati diselubungi pentingkan diri sendiri, umpama seorang student A mendapat soalan ramalan. Susah benar untuk berkongsi apa yang diperolehi.
Contoh yang lain, apa saja yang boleh difikirkan boleh memberi pulangan untuknya, maka didahulukan. Orang lain yang perlu bersusah payah, tidak dipertimbangkan.
kerana cemburu juga, ada yang sanggup menuduh saudara sendiri malah hilang kepercayaa kononnya ingin membolot harta. Terseksa si mati melihat telatah mereka yang hidup asyik berselinsing lengan.
![]() |
| Seutuh hubungan ikan...mendamaikan hati yang memandang. Damaikan hatiku umpama ikan bebas berenang... |
Benarlah Hadis Nabi Muhammad SAW, Hati merupakan raja.. mengawal seluruh pelusuk jiwa ini.
ku berikan contoh...
Hanya kerana cemburu segalanya boleh jadi...kalau suami isteri cemburu kerna pun boleh bergaduh, Apatah lagi kita sesama kawan mahupun saudara.
Hati yang diselubungi perasaan cemburu...
Kurang enak rasa di hati bila melihat orang lain senang. Bila kawan dapat markah lebih, ada saja cerita yang untuk menidakkan kemampuan sahabatnya.
Hati yang diselubungi nafsu tamak dan pentingkan diri...
"nak bagi ke x???" itulah dilema jika hati diselubungi pentingkan diri sendiri, umpama seorang student A mendapat soalan ramalan. Susah benar untuk berkongsi apa yang diperolehi.
Contoh yang lain, apa saja yang boleh difikirkan boleh memberi pulangan untuknya, maka didahulukan. Orang lain yang perlu bersusah payah, tidak dipertimbangkan.
kerana cemburu juga, ada yang sanggup menuduh saudara sendiri malah hilang kepercayaa kononnya ingin membolot harta. Terseksa si mati melihat telatah mereka yang hidup asyik berselinsing lengan.
Thursday, June 16, 2011
Memori MTQN... Mereka disayangi....
Melihat seorang Ustaz yang tidak meninggikan suara walaupun melihat kenakalan si anak yatim mengambarkan kesabaran dan keikhlasan menjaga mereka.
Tidak menegur bukan bermakna membiarkan mereka memijak kepala, tidak marah bukan bermakna suka mereka berkelakuan begitu. Ini kerana mereka pun sudah diberi nasihat dan teguran supaya menjaga akhlak.
Jika berlaku sesuatu itu, contohnya cedera kerana terjatuh, si ustaz atau ustazah mendapat point untuk membuktikan teguran mereka. Mereka pastinya berfikir kembali nasihat yang telah dibuktikan. Lembutnya cara diasuh...
Tidak menegur bukan bermakna membiarkan mereka memijak kepala, tidak marah bukan bermakna suka mereka berkelakuan begitu. Ini kerana mereka pun sudah diberi nasihat dan teguran supaya menjaga akhlak.
Jika berlaku sesuatu itu, contohnya cedera kerana terjatuh, si ustaz atau ustazah mendapat point untuk membuktikan teguran mereka. Mereka pastinya berfikir kembali nasihat yang telah dibuktikan. Lembutnya cara diasuh...
Alangkah bertuahnya aku dapat sama-sama menjaga mereka. Di dalam MTQN, aku dan sahabat-sahabat dapat berdampingan dengan lebih 1000 anak-anak yatim dari seluruh negara. Ikatan terjalin Ukhuwah terbina.
263- وعن أَبي هريرة رضي اللَّه عنه قال : قال رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : «كَافِل الْيتيمِ لَهُ أَوْ لِغَيرِهِ . أَنَا وهُوَ كهَاتَيْنِ في الجَنَّةِ » وَأَشَارَ الرَّاوي وهُو مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ بِالسَّبَّابةِ والْوُسْطى . رواه مسلم .
Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : Rasulullah SAW Bersabda : “Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili ataupun tidak, maka saya dan dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini, di dalam surga.” Malik bin Anas perawi hadis itu mengatakan, beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dari jari tengah. (H.R Muslim)
وقوله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « الْيَتِيمُ لَه أَوْ لِغَيرهِ » معناهُ : قَرِيبهُ ، أَوْ الأَجنَبِيُّ مِنْهُ، فَالْقرِيبُ مِثلُ أَنْ تَكْفُلَه أُمُّه أَوْ جدُّهُ أَو أخُوهُ أَوْ غَيْرُهُمْ مِنْ قَرَابتِهِ ، واللَّه أَعْلَم .
Sabda Nabi s.a.w. Alyatim iahu au lighairihi, ertinya ialah yang masih termasuk keluarganya atau yang termasuk orang lain. Yang masih keluarganya seperti anak yatim yang dipelihara oleh ibunya, neneknya, saudaranya atau lain-lainnya orang yang masih ada kekeluargaan dengannya. Wallahu a’lam. (sumber: alhikmah.web)
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)















