Sunday, March 11, 2012

Dalam hati ada taman



Hati bila diusik satu fitrah yang dinamakan cinta, pastinya berbunga-bunga. Tapi Berbunga harum atau tidak, pemiliknya yang mencoraknya. Ada batas-batas yang perlu dituruti agar tidak terkandas di persimpangan jalan.




Siapa doktor Cinta? Allah...kerana dia pencipta CINTA.
 Rasulullah SAW sebagai contoh taulan dalam bercinta antara suami isteri.

Taman boleh rosak bila hati diselubungi cinta tapi tidak ada penawar yang menghalang racun yang bakal merosakkan bunga-bunga cinta Tuhan oleh hasutan syaitan dan nafsu yang bisa diumpamakan serangga dan racun perosak bagi sesebuah taman di hati.

Cinta yang datang sebelum kahwin boleh menjadi bisa yang memudaratkan diri. Jadi bagaimana untuk mengubatinya? Pastinya sentiasa istighfar…
Penawar terbaik adalah Satu ikatan suci yang telah disyariatkan oleh Islam yakni PERKAHWINAN. Alangkah indahnya jalan menuju walimah disertai mesyuarat keluarga, isthiqarah, mengikat tali pertunangan seperti saranan agama dan seterusnya melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”.

Terdapat beberapa kekangan yang berlaku dalam merealisasikan cinta yang halal ini. Pertama:

Situasi 1: Si teruna sudah sering kali mengajak si dara untuk berkahwin tetapi permintaan untuk hantaran terlalu tinggi.

Situasi 2:  Si Dara tidak meletakkan mahalnya terlampau tinggi dan memberikan kebebasan untuk si teruna supaya ia tidak membebankan mana pihak. Tetapi si teruna tidak mempunyai sebarang sumber kewangan.

Situasi 3: Si Teruna dan si Dara sudah bersedia, tetapi keluarga menghalang kerana mahu anak mereka membalas jasa keluarga terlebih dahulu.

Situasi 4: Si Dara bersedia, tetapi si Teruna belum bersedia, kononnya belum puas lagi membujang dan ada juga sebaliknya.

Situasi 5: Kedua-duanya mahu mengumpul duit untuk walimah… impian untuk mengadakan kenduri yang meriah kononnya sekali seumur hidup. Tetapi beringatlah, ukur pada kemampuan diri. Jangan membebankan diri sendiri. Jangan pulak sampai berhutang selepas walimah itu nanti.


Terdapat banyak lagi situasi yang menjadi halangan dan dijadikan halangan…
Ya Allah..permudahkanlah jika jodohku telah sampai nanti…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails