Friday, January 27, 2012

Ya Allah...Aku diKAFAN...

Perasaan dikafan semasa diri masih bernyawa





Kursus Pengurusan Jenazah yang telah dianjurkan oleh sekretriat lawatan antarabangsa dakwah  tahun 4 amat memberi kesan buat diri peserta mahupun fasilitator sendiri. Ini kerana ia bukan mengadakan program hanya untuk memberi tetapi turut sama menerima. Terima apa? Ilmu dan pengalaman. Bagaikan  cahaya yang menyelinap ke hati. Satu pengalaman yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata, yakni bagaimanakah perasaan diri yang masih bernyawa dikafankan?.  

Aku menjadi model jenazah untuk dikafankan. Sejujurnya aku sendiri yang sudi dikafankan dan ingin merasa bagaimana dikafankan. Walaupun terasa malu pada mulanya, aku cuba mengawal tahap malu yang maksimum itu, apa tidaknya, semua mata memandang boneka hidup yang bakal dikafankan.

Aku membaringkan diri sendiri di atas kain kafan yang sudah dipotong dan siap sedia dihampar di atas pentas. Aku mula memejamkan mata dan membiarkan diri seperti jasad yang kaku dipembaringan.

Aku mula membayangkan diri benar-benar sudah mati. Menanti saat-saat diri dikafankan. Baju dan kain dipakaikan. Satu persatu lapisan kain kafan membaluti tubuhku. Sehingga membalut seluruh tubuhku. Ya Allah…satu perasaan yang sukar digambarkan datang bertamu. Rasa hiba, seram, sedih, takut, dan macam-macam lagi.

Satu persatu soalan menerjah ke kotak fikiran. Cukupkah amalanku di dunia untuk menjadi bekal di sana? Sudahkah mereka-mereka yang ku sakiti, mengampunkan segala dosaku? Yang lebih utama, adakah ibu ayah mengampunkan dosa-dosa anaknya yang serba kekurangan ini?



Ya Allah…nipisnya imanku senipis kulit bawang…kerdilnya aku di sisi tuhan…Sempatkah aku bertaubat sebelum aku benar-benar mati nanti? Ya Allah, dosaku menggunung tinggi…aku pastinya tidak layak untuk syurga-Mu, yang selayaknya menyintai-Mu dan rasul-Mu. Namun aku jua tidak kuat untuk menghadapi azab seksa-Mu… Ya Allah...Ampunkanlah dosa-dosaku dan kedua ibu bapaku… Kami hanya hamba-hamba-Mu yang lemah di dunia ujian ini..



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails