Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x
Koleksi Edcoustic yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Edcoustic – Muhasabah Cinta
Gambar Artis Indonesia
" Aku Redha Allah sebagai Tuhanku, Aku Redha Islam itu Agamaku, & Aku Redha bahawa Nabi Muhammad itu Rasulku..."
Monday, September 27, 2010
Friday, September 24, 2010
***Hukum pelancong bukan Islam masuk masjid***
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 mengenai "Hukum pelancong bukan Islam masuk masjid dan ruang solat utama dalam masjid."
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
***Wasiat Luqman diabadikan dalam Al-Quran***
25 Pesanan Luqmanul Hakim
2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

sumber asal:www.iluvislam.com
Kiriman: KhAlIfAh IsLaM
Editor : b_b
Thursday, September 23, 2010
*** Doa Senjata Orang Mukmin ***
Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Dan dalam kesempatan yang lain Baginda bersabda: ‘Doa adalah inti Ibadah. Antara doa dan zikir yang sesuai digunakan adalah mathurat hasil pengumpulan zikir dan Doa Rasulullah s.a.w pagi dan petang oleh as-syahid Iman Hassan Al-Banna.Doa mempunyai kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri. Solat merupakan Doa, cara meminta sesuatu dengan Allah s.w.t dan menghampirkan diri hamba-hamba-Nya. Selain d oa selepas solat kita diajar dengan pelbagai doa yang menjadi amalan muslimin dan muslimat seharian.
Doa tidak tertakluk selepas solat sahaja. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kita boleh berdoa. Dan tidak pula kita hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja.
Di sini terdapat beberapa penerangan yang berkaitan dengan amalan doa. Al-Imam Muslim rahimahullah meletakkan beberapa hadits dalam kitab Shahih-nya,yang kemudian diberi judul oleh Al-Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah :
“Keutamaan doa untuk kaum muslimin dengan tanpa sepengetahuan dan kehadiran mereka.”
Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :
“Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya): “Ya Allah, kabulkanlah, dan
(semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.” (HR. Muslim)

Ini menunjukkan keikhlasan diri orang yang mendoakan sesuatu yang baik kepada orang tanpa dihebahkan dan tidak mendatangkan sifat riak atau takabbur dengan amalan kebaikan yang dilakukan apabila kita mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya.
Dikatakan sebagian para salaf jika menginginkan suatu doa bagi dirinya sendiri, malahan mereka juga akan berdoa dengan doa tersebut bagi saudaranya sesama muslim kerana amalan tersebut akan dikabulkan dan ia akan mendapatkan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.
Tuesday, August 31, 2010
Cetusan "Perang Badar" di Universiti Ramadhan Kareem
Kini tibalah masa mengharungi Fasa ke 3 di Universiti Ramadhan Kareem. Di bulan ini jugalah berlakunya peperangan Badar yang di kenali juga dengan “Yaumul Haq.” Di mana orang mukmin benar-benar diuji antara kebenaran dengan kebatilan, antara emosi dengan Iman. Contohnya Huzaifah apa bila melihat Mayat ayahnya diseret, kesedihan tercuit di hati tapi dia redha. Beliau ingin ayahnya memeluk Islam tapi Allah telah menetapkan segala-galanya.Allah benar-benar menguji keimanan para sahabat yang menyertai peperangan Badar yang hanya seramai 313. Pertolongan Allah SWT menghantar para malaikat untuk menguatkan lagi semangat berjihad yang tanpa persediaan awal. Ini kerana Allah ingin menguji keimanan mereka. Adakah kita akan turut menjadi seperti mereka, sekiranya kita berada di waktu genting seperti itu?
Kita bukan lagi di zaman Abrahah, yang mana Allah memberi pertolongan apabila Abu Jahal menyerang Kaabah. Sedarlah kita kini di Era Badar yang mana perlukan semangat juang dan kemantapan iman.
Ayuh Kita Kejar LAILATUL QADAR yang merupakan sebaik-baik malam yang telah dijanjikan Allah SWT. Kenapa ahli Badar kuat? Ini kerana mereka beriman dengan sebenar-benarnya iman, percaya kepada Rasullullah SAW dan sanggup berjuang walau apa keadaan sekalipun.
Kini kita bicarakan tentang iman kita. Adakah kita sekuat ahli Badar yang dijanjikan Allah SWT syurga tempatnya. Kita boleh analogikan fasa 3 ini Peperangan Badar Fardi antara Nafsu dan Iman, Peperangan antara Lailatul Qadar dan Hari Raya dalam diri masing-masing. Adakah amal kita dikurangkan berbanding persiapan menyambut 1 Syawal . Dahulukan apa yang aula, kerana Ramadhan penuh dengan barakah ini, amat istimewa buat insan bertaqwa tapi adakah kita telah mendapat IJAZAH TAQWA tersebut di Madrasah Ramadhan kali ini? Pasti 1 Syawal itu lebih bermakna apabila kita meraikan Ijazah Taqwa selepas kuat berusaha bertungkus-lumus melakukan ibadat lillahi taala.
Inikah Tarbiah Baitul Muslim
Dua hari lepas, aku mendapat sedikit tarbiah apabila melibatkan diri dalam iftar jamaie yang dirancang oleh seorang muslimah yang dianggap seorang kakak dengan gelaran ukhti Akhma. Perkenalan dengannya bermula apabila aku dan sahabat2 yg lain mendapat satu tugasan untuk menemubual sebuah NGO. Allah yang menentukan bahawa sedetik pertemuan kami, tetapi ukhuwah berpanjangan. Kami sampai di rumahnya tepat2 masuknya waktu maghrib dan terus berbuka. Kekesalan di hati apabila tidak dapat sama2 menyediakan juadah berbuka. Kami melangkah masuk ke rumah ukhti Akhma yang diceriakan dengan lampu yang berkelipan, hiasan dinding “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN” dan satu hamper kepada Juara Ramadhan. Sungguh kreatif cara mereka menarik perhatian anak2 mereka. Seusai berbuka dan menjamu selera kami solat berjemaah bersama-sama. Akhi Omar ke surau, kami yang perempuan solat berjemaah di bilik seramai 6 orang termasuk si kecil Nusaibah. Gelagatnya mengikut si umi dan yang lain2 menunaikan sembahyang mencuit hati dan hati kecilku berbicara, Subhanallah, bahagianya mempunyai seorang anak yang solehah dan lincah sepertinya. Timbul lagi satu persoalan, apakah rahsianya? Satu lagi bukti Baitul Muslim, aku melihat si abang mengimamkan solat maghrib berjemaah dengan adik2 lelakinya. Seusia 9 tahun sudah menampakkan kepimpinan dalam dirinya.
Si suami tidak menyusahkan si isteri dan membiarkan si isteri melayan tetamu tetapi si isteri tetap melayani suami sekadar termampu. Dan perasaan malu si suami tergambar apabila rela melayan diri sendiri untuk menjamah juadah yang disediakan oleh si isteri tercinta. Tiada gelak ketawa melampau kami dengari, tidak ada pertengkaran walau sekecil cuma. Subhanallah inikah baitul muslim yang ingin Engkau tunjukkan kepada aku dan sahabat2ku?
Aku dan sahabat2 menaiki kereta bersama-sama ukhti Akhma dan dua orang anak perempuannya, manakala Akhi Omar bersama tiga orang anak lelaki mereka. Kami solat isyak berjemaah dan terawih di surau tempat di mana Akhi Omar menjadi imam. Di surau itu kelihatan surut daripada lautan manusia yang sebelumnya jemaah muslimat selalunya terpaksa solat di luar dewan solat tetapi pada malam itu, kami dapat solat di dalam dewan solat. Itu pun atas makluman oleh ukhti Akhma.Kami pulang ke “syurga” Ukhti Akhma dan keluarganya. Akhi Omar terus ke tempat mesyuarat bersama-sama para ulama mereka, manakala ukhti akhma menghantar kami terlebih dahulu. Kami melihat TV ada di ruang tamu dan kami tak tergerak di hati untuk menonton, mungkin kerana sudah terbiasa tidak menonton TV apabila berada di asrama. Allah bagi peluang lagi untuk kami melihat bagaimana mereka mendidik anak2. Si kecil Nusairah ingin menonton CD, lalu si umi memasang CD animasi yang berkaitan dengan ramadhan. Si kakak, Sumaiyah menyanyi mengikut rentak lagu dalam animasi tersebut. Aku dan sahabatku tersenyum melihat telatah dua puteri ukhti Akhma. Ukhti Akhma meminta diri untuk menghadiri mesyuarat yang sama dengan suaminya.
Aku dan sahabatku berbual-bual tentang biah yang kami lihat dalam tempoh 4jam kami berada di sana. Apa yang dapat kami simpulkan:
1) Suami Isteri perlu bertolak ansur dalam sesuatu perkara.
2) Anak2 perlu dilentur semasa masih kecil lagi.
3) Menjadikan solat jemaah suatu rutin yang wajib.
4) Mengimarahkan masjid dan cintakan masji/surau
5) Tapis hiburan untuk anak2.
6) Anak-anak dinamakan dengan nama2 yang baik contohnya nama2 pejuang Islam.
7) Pandai menarik minat anak2 untuk beramal.
Aku ingin mengkaji lagi, Apa itu Baitul Muslim yang sebenarnya? Kerna aku juga ingin sebuah Baitul Muslim dengan izin Allah SWT. Namun aku perlu mantapkan diri sebaik-baiknya.
Saturday, August 28, 2010
...::: Air mata sebuah pertemuan :::…

Tanggal 20 Ogos 2010, 9 orang sahabat telah memulakan perjalanan ke suatu tempat yang tak pernah dijejaki sekadar didengari di cuping telinga. Nah hari ini kami akan mengembara, 2 buah kenderaan digunakan.
Alamak..!!! kami sesat lak… untuk ke Sungai Buluh tapi masuk jalan ke kota yang penuh kesibukan, cabaran-cabaran. Namun Allah itu sayang kepada kami, akhirnya kami sampai di Raudhatus Sakinah lebih kurang 4.15 petang. Kami menunggu sahabat-sahabat kami yang menaiki kenderaan yang berasingan. Alhamdulillah, kami memulakan program kami dengan bacaan doa dan taaruf para urusetia yang terlibat setelah solat Asar berjemaah.
Seterusnya kami meneruskan dengan LDK 1:Ice-Breaking. Hanya 3 kumpulan sahaja yang mempunyai urusetia muslimin. Modul LDK1: Nama Berantai. Nama –nama akan disebut dan disertai kata sifat yang bermula dengan huruf dipangkal nama masing-masing. Contohnya, Nice Nora, Daie Deen, Intan Izzah, Anggun Aini, Intelligent Iera, Iman Ikin, Flora Fizah (Bukan Nama Sebenar.
Kemudian kami berbuka sama-sama. Ukhuwah dalam kalangan mereka terlihat di mata kami, mereka tidak akan makan selagi semua sahabat R.S tidak duduk bersama-sama. Selain kami itu kami dapati mereka dipraktikkan dengan kerjasama melalui Group Duty. Setiap hari group tertentu akan melaksanakan tugasan masing-masing. Malahan makanan yang dihidangkan mestilah dihabiskan kerana itu adalah rezeki dan pembaziran mesti dielakkan itulah tanda mereka syukur dengan apa yang ada. Ketika saya menyertai mereka untuk berbuka bersama mereka, mereka tidak menyentuh makanan selagi tetamu tidak menyentuhnya terlebih dahulu, subhanallah! Tersentuhnya hati kecilku dengan akhlak mereka. Selepas solat magrib berjemaah, kami menghidangkan santapan rohani sebelum jasmani.
Sebaik sahaja masuknya waktu solat Isyak semua melakukan solat sunat. Kami difahamkan menjadi rutin bagi mereka untuk melakukan solat sunat sebelum dan selepas bagi setiap solat fardu. Subhanallah, begitulah mereka ditarbiah setiap hari. Selepas solat terawih berjemaah 8 rakaat dan sunat witir, kami dihidangkan dengan “moreh” yang dimasak oleh sahabat-sahabat R.S sendiri. Aduh berat perut untuk tinggalkan R.S kerana nikmat kenyangnya tak terkata. Apa taknya, bila dihostel saya hanya berbuka terus tanpa hidangan moreh selepas terawih.
Tanggal 21 Ogos 2010, kami bertolak dari surau Nurul Huda jam 8:30pagi. Kami memulakan program kami dengan riadah ringan dengan menyanyikan lagu “DEMI MATAHARI”. Pada mulanya kami menunjukkan gaya khas kami kemudian mereka menunjukkan gaya mereka sendiri , kami semua terhibur, Alhamdulillah.
Kini tibalah LDK 2: Utusan Puteri dan Pertandingan Trademark. Modul LDK 2 adalah setiap orang diberikan kertas A4 untuk menulis surat buat orang tersayang, luahkan apa yang terbuku di hati. Rasionalnya, merupakan salah satu cara meringankan bebanan di hati. Kemudian utusan puteri dimasukkan ke dalam sampul surat tapi terlebih dahulu dibaca oleh warden-warden yang bertanggungjawab mentarbiah mereka di sana kerana dibimbangi surat itu diutuskan kepada orang yang tidak sepatutnya dan lain-lain. Tersentuh hati melihat mereka mengalir air mata sambil meluahkan isi hati di sekeping kertas. Sahabat fasi muslimin yang turut serta bersama kami terpaku, lidah menjadi kelu. Fasi-fasi muslimatlah yang banyak memainkan peranan. Kami menenangkan mereka, mengucapkan istighfar dan memohon semoga Allah memberi ketenangan. Kami cuba mengembalikan kegembiraan dengan membuat pertandingan trademark, Alhamdulillah, mereka memberi komitmen yang baik.
Seterusnya tibalah slot Tayangan Multimedia. Slot ini ditayangkan video gambaran hari Khiamat. Semua yang terlibat merasa gerun melihat video tersebut. Rata-rata yang ada di sana menangis, dan fasi yang mengetuai slot itu cuba melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Selepas Solat Zohor berjemaah kami tadarrus Al-Qura n sebelum meneruskan LDK 3.
Selepas itu, kami meneruskan dengan slot Santai Sambil berfikir. Sahabat-sahabat R.S di Tanya tentang keyakinan terhadap kewujudan Allah dan seterusnya mengajak mereka berbicara dari hati ke hati dengan Allah SWT, menginsafi kelemahan dan kesalahan diri. Selepas semua sahabat menenangkan diri, kami semua bersiap sedia untuk solat Asar dan tadarrus Al-Quran. Kemudian fasi2 sama-sama memasak untuk juadah berbuka bersama-sama group duty yang bertugas pada hari itu. Aktiviti malam kami adalah sama seperti malam sebelumnya.
Tanggal 22 Ogos 2010, tibalah masanya 9 orang sahabat mengundur diri dari sebuah tempat tarbiah yang bagaikan “syurga Kecil” buat diri insan-insan terpilih untuk mendekatkan diri kembali setelah tergelicir di landasan agama. Subhanallah… betapa takjubnya diri melihat perubahan pada diri Puteri-puteri di Raudhatus Sakinah.
Kami hadir di sana dengan niat untuk mentarbiah diri bersama-sama puteri-puteri pilihan Allah untuk mendapatkan kembali hidayah-Nya bukan semata-mata untuk berprogram. Allah telah menentukan kami memilih Raudhatus Sakinah sebagai tempat dakwah tatbiqi dan merupakan hikmah terbesar buat diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. Betapa bertuahnya mereka yang mendapat hidayah daripada Allah.
Setiap apa yang berlaku pada masa silam mereka merupakan Rahmat Ujian dan hanya insan yang terpilih sahaja yang Berjaya mengharunginya. Kami mengelakkan dari mengorek segala rahsia yang boleh membuka aib diri sekaligus mengeratkan hubungan dengan lebih mudah dan menyesuaikan diri dalam tempoh yang begitu singkat.
Ukhuwah makin terjalin, ikatan makin terbina, ia terbukti dengan linangan airmata, luahan dari hati yang penuh keikhlasan. Nilai murni melalui senikata yang penuh pengertian dengan penghayatan mengamit hati sanubari setiap insan-insan yang berada di sana. Hati-hati kami tersentuh dengan nyanyian lagu “sebuah pertemuan” dengan penuh keikhlasan daripada puteri-puteri Raudhatus Sakinah ditujukan kepada kami. Kami berpelukan seiringan dengan nyanyian halwa telinga itu dan airmata kesyukuran terus mengalir tanda ukhuwah kami sudah terbina.
Sebuah Pertemuan
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)