Sunday, November 21, 2010

***Monopoli....???***

Esok satu lagi paper yang ana perlu jawab iaitu public speaking. Antara yang kami belajar, cara memberi ucapan di hadapan audience secara langsung dan pernah juga membuat rakaman. Merasa juga perasaan sebagai penceramah di hadapan kamera...hikhikhik. dalam subjek ini jugak kami banyak ditekankan mengenai peristiwa israk mikraj dan khutbah wida'. mengkaji bagaimana Rasulullah SAW menyampaikan khutbah. cuma kali ini ana ingin berkongsi mengenai suatu isu iaitu Monopoli.

Monopoli salah satu daripada tujuh isu yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW dalam khutbah Wida'.


DEFINISI MONOPOLI : 
 
Monopoli ialah satu amalan menahan atau membekukan barang sehingga ke suatu keadaan yang meruncing , di mana harga barang itu melambung tinggi dan ketika itu barang tersebut dipasarkan. Motif monopoli ialah untuk mengaut keuntungan semata- mata yang dilakukan oleh peniaga yang tamak. Malahan dengan perlakuan , peniaga tersebut , ia boleh mendorong peniaga lain untuk melakukan aktiviti monopoli. Barang-barang yang sering dimonopoli ialah barang keperluan asas manusia
seperti gula, garam, beras dan sebagainya. Hal ini kerana , apabila barang ini berkurangan dipasaran, permintaan barang tersebut tidak berganjak dan kesangupan manusia untuk membeli barang tersebut walaupun harganya tinggi daripada harga asal.
IMPAK MONOPOLI :
1) Menghancurkan kebebasan perniagaan dan perindustrian, di mana monopoli menguasai pasaran dengan mengenakan harga dan mengeluarkan barang sesuka hati.

2) Merosakan hubungan sesama manusia. Berlakunya konflik pergaduhan kerana timbulnya rasa tidak puas hati


3) Melahirkan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sifat yang tamak demi mengejar keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan status manusia terutamanya yang serba kekurangan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
FIRMAN ALLAH SWT :
Firman Allah yang bermaksud: “Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
SABDA RASULULLAh :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Allah SWT telah menegaskan bahawa sesiapa yang menjalankan perniagaan dengan sesuka hati iaitu tidak berpandukan al-Quran maka akan menimbulkan masalah yang berlipat ganda ata kesilapannya. Sesungguhnya bukan sahaja hidup mereka tidak diberkati, tetapi mereka dipandang serong oleh masyarakat dan merenggankan hubungan sesama Allah dan manusia .
Rasulullah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjalankan perniagaan berpandukan al-
Quran maka, mereka tergolong ke dalam orang yang beriman dan disayangi Allah SWT.

http://www2.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/keuntungan-daripada-
sorok-seludup-barang-perniagaan-haram

       ********************* 
Emmm.... Wahai peniaga! wahai pengguna! Adakah situasi dimana kita mengalami masalah gula  itu merupakan ciri-ciri monopoli? jadi kita sama-sama renungkan ye...

***Itukah Aku?***

        Kira-kira jam 11.30pagi aku sampai ke "hotel Acasia" khas buat pelajar tahun 2, 3 dan 4 itupun kalau ada. Hari ini aku telah melempar segala peluru dan tenaga setelah Brainstorming bersama rakanku.
Aku membuka temanku(laptop) dikala suka dan duka, mencari line streamyx..Aduh...lambat jugak nak dapat ni. satu emeil menegurku. aku membuka emeil, satu perkongsian daripada seorang adik bawah pimpinan spmm melalui laman sosial Facebook(FB).

      Aku membuka note yang dilampirkan dan dia telah tag ke FB milikku. Aku membaca dengan teliti, walaupun kepala terasa dicucuk-cucuk oleh duri yang halus(tanda migraine datang lagi).

         Aku tertarik dalam bahagian kedua Diari aidiladha yang ditulis oleh pencari cahaya. beberapa perkara yang diluahkan terpukul pada diri. Aduh...Adakah itu aku?

Astaghfirullahal azim... Ya Allah jika aku tergolong dalam kalangan mereka, berilah aku hidayah mu...

                                                        ************************

Diari Aidiladha

          Sungguh bersyukur di hati ini apabila aku, Penuggu Kiamat mendapat peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama menjalani ibadah korban bersama keluarga di kampung. Ku teringat kembali hampir 2 tahun dahulu aku tidak beraya di kampung. Sejak itu, hati ini tersentuh tentang pengertian pengorbanan. Apakah erti pengobanan buat diriku yang bertanggungjawabkan S/U di rumah atau sebagai anak sulong kepada 7 orang adik beradik? Kepiluan hati ini ku tutup dalam lembaran korban. 

          Tiket bertarikh 15hb Oktober membuka semangat diriku untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini. Aku berjalan kaki ke stesen bas yang sejauh 450meter dengan jalan berbukit dengan berbekalkan 2 beg galas dan 1 beg buku. Di kakiku terbit keputihan tenaga yang semakin berkurang. Badan lemah dengan dibasahi air peluh keringat mendaki. Setelah sampai di stesen, aku masih lagi menunggu besi bertingkat dua dan bertayar  10 bernombor plat Kelantan sampai ke stesen. Peluh membasahi rambutku yang mula melangkah panjang. Ya Allah, sampaikan aku ke destinasi, kerut wajahku. Jam menunjukka jam 8.40 pagi, bas yang ku tunggu mulai berkeliaran mencari parking. Oh, 2 tingkat rupanya!, kerut hatiku yang tidak pernah mendaki bas setinggi itu. Malang tidak mengalir, aku diletakkan di bahagian atas.

        Di dalam besi itu aku mula memulakan langkah untuk berehat. Keringat waktu qiam masih berbau lagi. Masa berlalu dengan begitu cepat. Bas mula bergerak laju menuju ke destinasi. Kepalaku mula bergongcang menandakan perasaan ingin muntah. Ya Allah, perlukah aku batalkan ibadahku hari ini? Perasaan ini bergolak dan aku teringat tentang ayat yang menyatakan tentang di bolehkan berbuka kepada musafir dan……..tapi aku hanya melakukan yang sunat. Oleh kerana takutkan mengorbankan orang lain (muntah dikhalayak ramai) aku terus menadah tangan untuk menyarung sesuap nasi sebagai alas. Perjalananku diteruskan lagi menuju ke Bandar Kota Bharu.  
       
        Dalam perjalanan aku menghilangkan rasa mual aku dengan menyebarkan sepotong hadis yang berbunyi:
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka Baginda menjawab yang bermaksud: dikafarahkan (diampun dosa)setahun lalu dan akan datang (Sahih Muslim)

        Pabila sms disebarkan, aku terkejut apabila (???) membantah dan menyatakan bahawa hari arafah adalah hari ini dan kita puasa hari ini je larrr. Macam mana begitu senang mengeluarkan hujah sebegitu. Jika diikutkan waktu Arab Saudi, hari arafah memang pada hari ini tetapi mereka yang berhujah sebegitu mempunyai hujah yang lebih kuat atau tersilap tafsiran pendapat Imam Malik? Ini antara hujahku,
  1. Malaysia berada di garisan khatulistiwa
  2. Hari raya 10 zulhijjah, jika dikatakan waktu adalah sama (kita beraya pada hari 9 zulhijjah waktu Malaysia)
  3. Cth lain: raya aidilfitri (1 syawal Malaysia)=1 syawal Arab Saudi
  4. Waktu solat di Malaysia tidak sama di Arab Saudi (astronomi)
Secara kesimpulannya:
  1. Kita ikut apa yang dianjurkan mufti kita dan ulama’2 muktabar
  2. Kaji Astronomi dan ilmu agama degan lebih jitu
  3. Berikir dahulu sebelum buang pendapat
  4. Pendapat mengikut ilmu bukan mengikut nafsu
  5. Berbicara dan berdebat dengan terbuka (hati yang tenang & minda yang terbuka)
  6. Gunakan hujah2 yang betul dan tepat tanpa menjatuhkan iman dan agama

       Setelah 10 jam merana di dalam besi berkaki 10 itu, aku diberhentikan di hadapan pintu pagar Universiti Malaya bertempat di Nilam Puri, Kota Bharu, tempat menara yang pertama didaki oleh adikku. Masa menandakan waktu maghrib mula berkumandang, aku terus ke Masjid yang menjadi tumpuan pelancong, Masjid kampung Laut.
 
           2 hari berlalu dengan migraine di kepala. Aku hanya sempat menjalankan semampu diri ini untuk menolong ahli keluarga untuk persiapan Hari Raya Aidiladha. Cuma segantang peluh yang mampu aku curahkan sambil pelajaran ditinggalkan akibat kesakitan yang dialami. Alhamdulillah, Hari Raya merupakan penutup kesakitan. Kedengaran takbir yang berkumandang menjadikan hati kembali teguh untuk bangun berjumpa Allah. 3 ekor lembu akan menjadi mangsaku. 1 bilah golok dan 1 bilah pisau menjadi cagaran bagi pengorban. Aku diberikan 1 bahagian korban pada hari itu. Sungguh seronok aku menyerang ketiga-tiga lembu itu. Semua anggota lembu disentuhku tetapi dibahagian kepala disudahkan oleh adik-adikku. Semangat diorang menyelesaikannya. Kawan kepada bapaku menjadi penasihat khas kepada mereka. He he hee, gelak aku di dalam hati. 
          
             Pasal kepala lembu, teringat diri ini ketika program SLACOS 10 (kursus penyembelihan halal) anjuran SPMM yang mana aku bersusah payah menyelesaikan kepala kambing yang telah diwakilkan kepadaku untuk membelinya. Sungguh terharu menjadi doctor bedah kepada sahabat baru (kambing), tetapi apa yang boleh buat. Dia kambing dan aku sebagai manusia harus berkorban menjalani kehidupan ini. 

            Tutup kisah lama, aku bersama keluarga pulang ke kampung ke dua kami iaitu di Hiliran Masjid, kuala Terengganu. Dalam membahagi daging-daging korban, aku bersama beberapa adikku ke hypermarket untuk membeli beberapa keperluan. Sungguh terperanjat diri ini apabila melihat gelagat wanita-wanita kampung, Bandar, Asli dan lain-lain dengan fesyen islamicnya. Ya Allah, adakah kiamat menungguku pada malam ini? Hatiku tersedu pilu.Tanpa mengira usia, tua atau muda, hamper kesemua mereka bertelanjang di sekitar kami. Manusia membuang malu kerana trend? Bodoh tidak bodoh, buat sesuatu untuk tunjuk pada manusia. Bukan manusia nak tengok pum! Jika hati-hati mereka hnya untuk Allah, tidakkah aman dunia ini.
            
          Dalam diari Aidiladha, teringin aku selitkan cerita tentang muslimat. Sebab tu pun penunggu kiamat inI belum jumpa muslimat yang akan menjadi ketua bidadari syurga buatnya? Sungguh susah! Walupun beliau merupakan pakar cinta tetapi ini tidak bermakna Penunggu Kiamat ni sudah menemui cintanya. Cinta Allah entah ke mana?

           Sebelum aku menyudahkan tentang wanita keseluruhan, suka diri ini menceritakan lagat pelajar U.S.I.M: Aku mendengar kata-kata seseorang yang menyatakan bahawa keseluruhan penduduk USIM adalah berlatar belakangkan sekolah agama, betulkah begitu wahai adinda? Tergelak ketawa syaitan-syaitan dan nafsu mendengarnya…..haaaaaa….haaaaa

Mengapa Bisa jadi begini? Muslimah Power MUSLIMIN Power….Ke mana kamu?
Aku ingin lontarkan kata-kata buat sahabat yang bertudung labuh dahulu:
  1. Tudung penutup aurat kenapa diangkat-angkat? Panaskah? Bisa panas neraka kurang bahangnya dari panas dunia? Tidak bisa tegal biasa. Buang perangai mengangkat tudung anda itu. Anda menunjukkan kemurahan harga aurat itu sendiri.
  2. Wajah berseri-seri mengungkap bahaya bagi lelaki. Jaga ia jangan jadi bisa tapi jika berbisa, sembuhkan dengan alam perkahwinan.
  3. Pergerakan badan membebaskan aurat anda dikhalayak ramai. Duk diam2 boleh ka?
  4. Fesyen yang melampau…..jaga2 nanti terlekat kat paku, baru tumbuh fsyen baru.
  5. Selipar atau bukit? Jaga-jaga dengannya. Kehidupan brtangga seperti di USIM boleh menjatuhkan anda dikhalayak ramai.
  6. Bedak dan gincu usah dipakai sekarang bila lepas akadnya pakailah buat empunya(lau pakai ubat boleh je, jgn pakai racun sudah)
  7. Tutur katamu jangan diketengahkan kecuali ketika terdesak.
  8. Kehalusan dirimu jangan dipamerkan di hadapan jejaka-jejaka kecuali mereka yang sepatutnya.
  9. Tingkah lakumu jangan menjatuhkan maruah wanita bertudung labuh yang lain. (pakai sama bikin) 
  10. Kekuatan rohani dan jasmani (kuatkan dirimu ketika berjumpa ujian, anggaplah dirimu berjumpa kawan dan hadapilah ujian dengan tenang).

Sungguh becok mulut si penunggu kiamat ni! Siapa suruh ko tunggu ha? JWPN: Ketakutan diri aku memanjang melihat umat tanpa bergerak ke hadapan. Kepentingan umat adalah utama bagiku dalam jihad jasmaniku dan jihad batinku sebagai penggempur.

          Ramai dikalangan masyarakat di USIM mula memendekkan tudungnya bila berada di menara tanpa gading ini? Kenapa hai sahabat tanpa gading? Kamu datang bukan untuk akhirat tetapi mengutuk akhirat! Kenapa mengutuk akhirat? “tidak berakhlak dengan akhlak untuk akhirat”. Pakaianmu, tingkahlakumu, budi bahasamu, pengorbananmu, kesederhanaanmu dan lain-lain. Adakah kita perlu ubah fesyen kita apabila berada di USIM.  
         
        Aku ingat pelajar di USIM mengalahkan pelajar di Arab Saudi, rupa-rupanya mengalahkan pakaian budak university Oxford. Sungguh kesian bagi jiwa-jiwa yang menukar latar belakangnya. Pakaian yang cantik-cantik, dibuangnya dan tidak memakai apa-apa itu pula pilihannya. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Macam mana dengan lelaki-lelaki di dunia ini? Berapa banyak longkang-longkang (ujian-ujian) yang perlu dilalui. Ujian ini menjadi makanan para mujahid untuk berjuang di alam lakonan itu (alam dunia). Bukan salah lelaki tetapi salah wanita. Jadi kontroversi plak lau macam ni. Jom kita pakat muhasabah diri sendiri. Anggaplah kita yang bersalah mohon keampunan dariNya dan besedia dan sedang berubah. Jangan di hati kita mempunyai kata-kata ini, “Aku dah pencen berubah, dah taknak dah”! Jangan dik, jangan abang. Kita hanya manusia tanpa apa-apa. Semua itu pinjaman untuk lakonan. Jangan retired imanmu, sentiasa perbaharui imanmu. Biar kita bukan seperti malaikat dan Rasul tapi hati kita juga bukan dikalangan firaun atau penjenayah agama. 

Macam mana dengan wanita akhir zaman ni pula wahai alfakir?
Ciri-ciri wanita bertitle Islam pada akhir zaman…..
  1. Berpakaian menutup tetapi secara zahirnya membuka anggota dikhalayak ramai
  2. Berwajah sopan tetapi penuh dengan umpatan
  3. Bermulut manis menjual diri
  4. Berakhlak buruk dengan warga tua dan ibu bapa
  5. Berlakon memanjang dihadapan orang ramai
  6. Penampilan mengikut trend dan nafsu disamping iman ditinggalkan
  7. Mudah tertewas dengan pujukan dunia
  8. Kurang penghayatan agama tapi penuh penghayatan kebaratan
  9. Mudah terpengaruh dengan satu kumpulan tanpa merujuk dengan lebih panjang 
  10. Kurangnya pengetahuan tentang ilmu kewanitaan dan ilmu tradisional.
Apakah ini semua? Apakah ini akan berlarutan? Apakah ini menjadi ikutan? Apakah garisan islam terpadam dengan mereka-mereka ini?

Penunggu kiamat ingin memohon keampunan dari Allah. Ya Allah adakah alam kubur menghampiriku? adakah alam kiamat menghampiri semua penduduk dibumi dan alam semesta?

                                       ********************************

Astaghfirullahal azim...
Jika itulah aku? Aku mohon ampun kepada-Mu.

Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar...
Terima kasih ya Allah, Engkau mencipta insan-insan yang boleh mengetuk pintu hati yang ego dengan kelemahan diri, boleh memecahkan batu di kepala...

***Selamat hari lahir mak ayah!!!***



Aku sampai di Kota Bharu kira-kira jam 9.30pg. Ayah dan mak datang menjemputku dengan pertolongan jiran kami. Di Kg. Cherang Laut mereka menanti kepulangan si anak selepas lebih 2bulan ke medan ilmu di nilai..2 bulan bagaikan 2 tahun bagi mak ayah yang tak pernah berpisah dengan si anak. Inilah satu-satunya anak yang duduk berjauhan tetapi demi ilmu pengetahuan, mereka relakan jua (walaupun bukan di luar negara). Walaupun sudah 2 tahun anak mereka menyambung pengajian di kampus Nilai, namun untuk berjauhan amat terasa di hati seorang ibu begitu juga si ayah.
Hari lahir ayah pada 2hb November yang lalu tetapi mak belum lagi…hari lahirnya pada 25hb November. Emm…untuk kedua-dua hari lahir mereka,  aku tak ada kat kampung kerana aku balik ke kampung pada 14 November dan kembali ke kampus 21 November. sekejapnya masa berlalu. Itulah lumrah hidup tetapi aku ada cara tersendiri untuk mengembirakan mereka. 
Suatu petang aku mengajak mak ke kedai kek & roti. Aku membawa laju “kuda Besi” milik Kak Na. Mak membonceng di belakangku. Kami sampai di kedai itu.
(dalam loghat kelate)
“nak beli gapoh?”,Tanya mak. “mari la masuk duluh”, jawab Aku. Aku menarik tangan mak untuk mengikut aku ke peti yang terdapat banyak kek. “mek pilih la, wak mana mek kenea. Ore nak beli nih”, pintaku kepada mak. “ Pilih diri la…”, kata mak. Aku terpaksa membongkarkan kejutan. “ Pilih la, ni tuk ari jadi mek ge ayoh..’’, rayuku. Akhirnya dia memilih kek yang berwarna biru muda yang mempunyai 3 kuntum bunga. 1 untuk mak, 1 untuk ayah dan 1 lagi mestilah aku…hik hik hik. (perasan lak budak ni).
Aku meminta pekedai itu tulis atas kek tu, “Selamat Hari Lahir Mek&Ayah”. Walaupun kecil tapi sekadar mengukir memori yang bakal terpahat dalam sejarah hidup mereka. Inilah kali pertama anak mereka meraikan hari lahir mereka. Tahun lepas, aku memberi hadiah buat mereka tapi tahun ni lain sikit.
Kami makan kek bersama-sama. Walaupun tak semua dapat bersama tapi ada juga anak cucu yang memeriahkan suasana. Cucu-cucu yang mencuit hati mak ayah mengantikan anak-anak sudah besar panjang.



Saturday, November 20, 2010

***Bisanya Kata-kata***


Hati nurani seorang gadis yang terumbang –ambing dengan perasaan yang berkecamuk dengan kecil hati, tersinggung, marah, geram menjadi satu. “Aku insan biasa. Bagaimana nak melawan panahan daripada orang yang tidak cuba memahami situasi diri?,” hati kecilnya berbicara.
Hatinya terus berbicara sendirian: “Rapuhnya aku bagaikan daun kering…Hatiku terus patah dengan pukulan “kata-kata” yang bisa menembusi lubuk hati yang dalam. Duhai hati mengapa resah begini? Buatlah sedayamu untuk menjadikan segala tugasan dan tanggungjawabmu…biarpun itu bukannya sesempurna kehendak orang disekelilingmu. Ya Allah…! Mengapa aku mudah rebah dek sepatah ungkapan? Mudahnya luntur dek ucapan yang tidak rasional?
Seperti kata imam Syafie: Kamu tidak akan dapat memenuhi kemahuan semua orang. Kata-kata itu sedikit sebanyak mengurangkan keruntuhan hatinya. Hatinya terus resah, satu persatu kata-kata yang tidak puas hati sahabat-sahabat diluahkan oleh orang tengah menghantui fikiran.
Akhirnya kata-kata yang berbaur putus harapan diluahkan. Makan rasa macam tak makan. Rasa bersalah mengeluarkan kata-kata yang meruntuhkan semangat diri sendiri. Tergerak hatinya untuk menaip satu mesej:
Sender: Ain 12-11-10 12:12pm
Wan.. jgn slh fhm kata2 sy td.  Sy cuba bljr dari kesilapn. Sy plu commited dgn 1bnda je… xde kkuatan dlmn dh nak melawan ujian ni…wallahua’lam.

Sender: Wan  12-11-10 01:04pm
Sy fhm..tp lau blh lwn gk…mlut org mmg cm tu, zmn khalifah Ali rmai org cm tu..ujian ni akn bentuk cra kpimpinn utk lbh baik..sbar ye n moga trus brjuang.
Ain teringat satu mesej daripada seorang kawan yang sama-sama mengambil STAM. 
Sender: Noor 27-10-10 09:57pm
Seringkah kita trfikir bgmn mulia &pemaafnya nabi kita; brsihnya hati nabi kita, tetap senyum bla dbnci, tetap tenang bla dimusuhi, tetap mbantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi…knp kita mudah benci bla dkasari, mudah putus asa bla y dilakukan xmnjadi, mudah kecewa bla org lain xmmahami, mudah terguris bla dilukai… Ayuh kita tarbiah diri agar sgla yg indah

Subhanallah…betapa besarnya pengaruh kata-kata…ada yang menjatuhkan, ada juga yang membakar semangat diri..

Penyanyi: In-Team
Tajuk Lirik Lagu: Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga

Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


Thursday, November 11, 2010

***Betul ke wujud?***

Pada suatu petang…si ibu sedang membaca buku di ruang tamu..si anak datang menghampiri.

Anak: Ibu..boleh Amir tanya sesuatu?
Ibu: Boleh sayang…apa dia?
Anak: Betul ke Allah itu wujud?
Ibu: Allah itu wujud dan kita patut percayakan-Nya. Di dunia tak ada benda yang wujud tanpa penciptanya… contohnya Air susu dalam gelas ni.. kalau ibu tak bancuh, Amir tak akan dapat minum air susu tu kan..?
Anak: Lagi ibu…
Ibu: Ok…ibu bagi contoh…orang mati kerana nyawa mereka telah dicabut oleh Sakaratulmaut. Ibu nak tanya Amir pulak, Amir hidup sebab nyawa Amir ada masih ada dalam diri Amir sekarang. Sekarang ibu nak Amir tunjuk mana nyawa Amir?

Amir cuba menunjukkan jari ke dadanya.
Ibu: “Emm.. itu dada Amir, nyawanya kat mana?”
Anak: Tak tahu la ibu…

Si ibu mengukir senyuman.
Ibu: “Itulah yang ibu nak maksudkan..kita yakin nyawa kita ada dalam diri tapi kita tak dapat tunjuk kat mana nyawa kita berada sekarang. Satu lagi pesan ibu, jangan sia-siakan nyawa yang Allah bagi kat kita. Kita hanya hidup sekali je kat dunia, bila dah mati kita, takkan kembali. Jadi buatlah amal kebajikan berterusan walaupun sikit itu lebih bermakna”.
Anak: ada lagi tak contoh yang lain bu?
Ibu: Anak ibu ni, macam nak uji ibu jerk…
Anak: Ala..anak ibu kan suka belajar…hihihi(ketawa kecil si anak diikuti ibunya)
Ibu: Ye…ibu tahu..anak ibu ini anak yang baik, suka belajar. Satu lagi contoh..manusia dikurniakan akal. Jadi mereka boleh membezakan yang mana baik dan buruknya. Betul?
Anak: Betul...3x. (jawab si anak seperti kartun upin & ipin)
Ibu: tapi boleh ke Amir tunjuk mana letak akal tu? Tak boleh kan?
Anak: A’ah la ibu…terima kasih bu…Sayang ibu…
Ibu: Ibu pun sayang kat Amir…

Mereka berpelukan.

Wednesday, November 10, 2010

***Mengapa aku diuji?***


Seorang sahabat kita pernah tersungkur dalam kehidupan. Biarlah ia dikenali sebagai Noura. Ketika bersendirian, dirinya mula dihantui dosa-dosa semalam. Dia menangisi kesilapan lalu…Astaghfirullahal azim…Istighfar dia kerna-Nya.
Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang lemah lembut. Datangnya dari seorang wanita yang bertudung litup. Tudungnya melepasi paras dadanya. 
(Al-Quran dalam surah Al-Ahzab: 59)
59.  Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[1232]  Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

 “Assalamualaikum…Boleh akak duduk kat sini”, Kata gadis itu memulakan bicara.
Noura menganggukkan kepala sambil menyapu airmatanya yang mengalir di pipi.
“La tahzan adikku…! Jangan bersedih… Jangan bersedih dengan ujian menimpa. Bertuahnya adik bila diuji dengan dugaan kerana adik insan yang terpilih”.
Noura kembali bertanya, “Mengapa mesti saya yang diuji?Mengapa? Adakah Allah tidak sayangkan saya?”
“ Tidak Sayangku”, Jawab suara itu. “Bahkan kerana sayang dan ingin menyedarkan dikau, Allah cuba menguji kebenaran kata-katamu”, Tambahnya lagi.
“kata-kata saya?” soal Noura kembali.
“Adakah adik pernah mengaku keimanan adik terhadap Allah SWT?,” Kata gadis itu kepada Noura.
“Ya betul...Saya pernah mengaku beriman kepada Allah SWT,” jawab Noura.
Gadis itu mengukir senyum dan membisu buat seketika. Kemudian mula bersuara kembali,
“Allah telah menjawab dalam Al-Quran (al-Ankabut:2,3):

2.  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Noura terdiam seketika. Sebelum dia sempat bersuara, gadis itu mengungkap kata-kata lagi.
“Jangan salahkan takdir yang menjadi sebab musabbab dirimu terjerumus dalam kegelapan. Setiap insan pasti melakukan kesilapan.Tapi jadikan dirimu wanita solehah muslimah mumtazah. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Yang dulu jadikan pedoman, yang sekarang jadikan panduan, yang akan datang jadikan impian,”.
“Ya Allah! aku banyak melakukan dosa. Akhlak saya buruk…Saya dah pernah…”, luah Noura dengan tersekat-sekat seraya air mata mengalir. Sebelum Noura menceritakan kisahnya, gadis itu menghalang.
“Syhh…jangan mengungkit keaiban dirimu sayang…muhasabah diri adalah lebih elok dari kamu menceritakan keaiban dirimu. Akhlak Mulia boleh dipupuk bila hati penuh keikhlasan untuk mencapainya. Yang penting IMAN! Di mana imanmu? Tahap mana imanmu? Tepuk dada, tanyalah hatimu. Imam Al-Ghazali berkata, “Sesungguhnya keimanan yang kuat pasti melahirkan akhlak-akhlak yang mulia, dan sesungguhnya keruntuhan akhlak adalah disebabkan oleh kelemahan atau ketiadaan iman yang menyebabkan berlakunya kejahatan”, kata Gadis itu. 

Thursday, September 30, 2010

Bila aku bicarakan mati...

Bila aku bicarakan mati
secara automatik meremang bulu romaku...
takut dan sakitnya pasti tidak tergambar...
Sakit gigi pun tak dapat ditahan
apatah lagi sakitnya ketika roh dipisahkan
dari jasad...

Bila bicarakan mati...
aku terfikir! adakah insan yang sudi menangisi pemergianku atau...
Adakah lebih ramai yang menyukai kematianku?
atau mereka tidak sabar-sabar menantikan saat ketiadaanku di sisi mereka...

Bila aku bicarakan mati...
seram sejuknya rasa jasadku ini...
Apa taknya amalan ibadat bekalan akhirat belum cukup untuk menebus segala dosa-dosa yang ku lakukan sepanjang nikmat hidup diberikan...

Astaghfirullahal azim....100x
Istighfar aku mengingati dosa-dosa semalam...
hidup yang penuh dengan perbuatan lagha...
mengingati dunia lebih dari kehidupan akhirat...

Bila aku bicarakan mati...
sempatkah aku memohon keampunan dengan semua orang...?
Ajal datang merisik terus meminang untuk dikahwinkan dengan Kematian.
Tarikhnya dirahsiakan kerana Allah nak buat kejutan...

Si Pengantin terima Qada' dan Qadar-Nya kerana itu janji tuhan dalam Al-Quran.

Bila aku Bicarakan mati...
Terdetik di hati,...
Macam mana permandangan dalam kubur nanti?
terang benderang atau gelap gelita?

Bila aku bicarakan mati...
Macam mana aku nak jawab soalan Mungkar dan Nakir nanti?
Lancar atau tergagap-gagap?
entah-entah tak terjawab....

Bila aku bicarakan mati...
bagaimana kehidupan aku nanti?
Bahagia atau terseksa?
Syurga atau Neraka...?

Masih ada waktu untuk aku bersiap sedia sekarang...
Nak seribu daya, tak nak seribu alasan
kerana amal yang sedikit itu lebih baik jika ia berterusan...

Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akhbar...
Related Posts with Thumbnails