Wednesday, July 28, 2010

HIV...!!! Cegah awal-awal...

APAKAH ITU HIV?
Sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia sehingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit. Orang yang dijangkiti HIV [dipanggil pembawa HIV] selalunya kelihatan normal [tidak sakit] dan tidak sedar dia telah dijangkiti virus ini. Ini adalah kerana virus ini mungkin memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan sehingga seseorang itu jatuh sakit.


APAKAH ITU AIDS?
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV bilamana katahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu [AIDS difining condition] seperti :


- Hilang berat badan [melebihi 10%]
- Cirit birit berpanjangan.
- Jangkitan paru-paru Pneumocystis Carinii.
- Jangkitan Cytomegalovirus [paru-paru, otak, dan retina].
- Tibi.
- Jangkitan Fungus seperti Candida dan Histoplasma.
- Jangkitan Toxoplasma otak.
- Jangkitan Herpes Simplex dan Herpes Zoster [Kayap].
- Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcus, Microsporidium dan Isospora.
- Barah seperti Kaposi Sarcoma dan Limfoma.


BAGAIMANA HIV DIJANGKITI?

Tiga cara utama HIV menjangkiti manusia :


1. Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV.


2. Perpindahan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.


3. Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan.




FAQS?

Jawapan Kepada Kemusykilan Anda


1. Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia ?
HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi lagi kering, sabun/pencuci, air dan disenfektan.

2. Bolehkah HIV dijangkiti melalui seks oral ?
Risiko jangkitan timbul sekiranya air mania atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk di dalam mulut dan terdapat luka/rekahan/ulser dalam rongga mulut.

3. Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman ?
Secara teori HIV dari darah atau air liur boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan melalui cara ini dilaporkan.

4. Adakah ubat untuk menyembuhkan penyakit ini ?
Tiada. Pencegahan adalah kaedah terbaik untuk mengawal penularan virus ini. Jauhi dadah dan zina adalah tuntutan terbaik. Penggunaan kondom dalam hubungan seks serta tidak berkongsi peralatan menyuntik dadah alternatif lain dalam mengelakkan seseorang dari dijangkiti HIV.

5. Adakah ubat untuk merawat penyakit ini ?
Ubat ARV boleh melewatkan progres penyakit serta meningkatkan kualiti hidup yang menghidap HIV/AIDS.


6. Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderma darah ?
Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana peralatan pakaibuang yang digunakan juga sucihama. Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau menghidap HIV.

7. Bolehkah saya dijangkiti melalui sentuhan kasual ?
Tidak. HIV tidak dijangkiti melalui aktiviti harian [di tempat kerja, sekolah ataupun kemudahan social] seperti bersalaman, makan bersama, bersukan, memegang tombol pintu, mengguna kemudahan awam seperti tandas atau telefon, memegang binatang peliharaan dan sebagainya.

8. Di manakah rawatan ARV boleh diperolehi ?
Anda boleh mendapatkan rawatan di semua hospital dan klinik kerajaan.


9. Perlukah saya menjalani ujian HIV ?
Sekiranya anda pernah terdedah kepada risiko jangkitan HIV, anda dinasihati menjalani ujian HIV . Mengetahui tahap kesihatan lebi awal adalah lebih menguntungkan dari mengetahui lewat.

10. Di manakah saya boleh menjalani ujian HIV ?
Di hospital atau klinik kesihatan kerajaan terdekat. Keputusan akan dirahsiakan dan anda akan diberi penjagaan kesihatan berterusan oleh Pakar Perubatan atau Pakar Perubatan Keluarga.

11. Bagaimanakah ujian ini dijalankan? Adakah ia menyakitkan ?
Ujian boleh dilakukan melalui sampel darah yang diambil di hujung jari. Keputusan boleh diperolehi dalam tempoh singkat [15-10 minit]. Dan sekiranya positif ianya perlu disusuli dengan ujian pengesahan. Ujian pengesahan mengambil tempoh 1-2 minggu bergantung kepada kemudahan klinik kesihatan atau hospital tersebut.

12. Sekiranya ujian adalah negatif, adakah saya benar-benar bebas dari virus ini ?
Ujian negatif bermakna antibodi terhadap virus ini tidak dapat dikesan pada ketika itu. Sekiranya anda pernah terdedah kepada risiko jangkitan, anda dinasihati ulangi ujian dalam tempoh 3-6 bulan. Dalam tempoh tersebut antibodi [sekiranya ada] dijankakan dapat dikesan.



13. Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin ?
Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik dari mengetahuinya selepas berkahwin. Anda masih boleh meneruskan perkahwinan dan bertanggugjawab mencegah penularan jangkitan dengan memakai kondom dengan betul.






Monday, July 19, 2010

Jom fikir...kenapa haram pakai jersi lambang salib???


Bila difikir-fikirkan kerana terlalu fanatik bola soal agama pun terlepas pandang kan? Trend itu sudah agak lama berlaku di negara kita namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini. Si faQir ini juga tidak terkecuali mengikuti perkembangan Piala Dunia, tapi tidaklah sampai memakai jersi. Mungkin minat pada bola kerana turut menyertai perlawanan Futsal Muslimah sempena Karnival Mahasiswa (KARSIS) anjuran MPP2009/2010 dan perlawanan Futsal sempena SUFA.



Dua hari yg lepas, terbaca tajuk di KOSMO! Online-Negara “Haram pakai jersi lambang salib”.

Cuba kita renungkan tafsir Surah Al-Kafirun, ayat 1-6:-
1.  Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2.  Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3.  Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah.
4.  Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5.  Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah.
6.  Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."


Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan:-
1)      Brazil
2)      Portugal
3)      Sweden
4)      Norway
5)      Manchester United
6)      Barcelona.
Pandangan terhadap isu ini:-
1)      Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot.

-         perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

-         memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah  mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
-         “Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
-         Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan.

2)      Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

-         Perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
-         Pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
-         Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
Jom kita sama-sama muhasabah diri...
Sumber: KOSMO! Online-Negara “Haram pakai jersi lambang salib” Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.

Wednesday, July 14, 2010

KEM BESTARI SOLAT..


Alhamdulillah… yang pertama-tamanya dan selama-lamanya dipanjatkan kesyukuran kerana kita diberi nikmat iman dan Islam dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sementara  sebagai persinggahan, mencari bekalan untuk dunia dan akhirat.




Bermulanya petang khamis sehingga petang jumaat, iaitu pada tanggal 1 - 2 julai 2010, Alumni SMU (A) Muhammadiah (PAMBP) telah mengadakan majlis Ilmu kita iaitu Kem Bestari Solat 2010 yang mana telah berkampung selama dua hari satu malam.  Walaupun masa terlalu singkat untuk menyertai program ilmu ini, pasti kesannya akan berpanjangan dan insyaAllah sehingga ke hujung hayat.






AJK yang terlibat dalam KBS ini lebih kurang 20 orang, & Pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan para guru yang sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi turut sama menjayakan program KBS kali ini. Tidak lupa juga buat adik2 peserta kerana sudi menyertai Kem ini.
                         
Pihak PAMBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustzah Che Hasnah kerana  sudi merasmikan majlis penutup KBS kali ini,  Pihak PAMBP amat berharap adik2 peserta akan mempraktikkan segala yang diperolehi melalui kem ini dan akan menjadi seorang pelajar dan muslim yang cemerlang mulai kem ini.  Ayuh kita berubah! Kalau bukan kita, siapa  lagi? Kalu bukan di muhammadiah, di mana lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Tuesday, July 6, 2010

eh..malu la...

Ain duduk mengadap laptopnya di ruang tamu. Tiba-tiba adiknya Sara datang dengan mengejut dari belakang.

Along…!!! Sergah Sara.
Mak kau!!! Melatah Ain.

“Astaghfirullahal Azim…Adik…terkejut along…nasib baik tak de lemah jantung, kalau tak dah jadi arwah dah tadi…” sedikit menunjukkan riak muka merajuk.
Hik hik hik…ketawa kecil Sara. “sorry la Long…sengaja je nak ,menyakat Along yang tengah khusyuk buat kerja…hehehe. “ok…igat mudah ke nak maafkan Sara? Pergi beli Aiskrim coklat sekarang sebagai tanda minta maaf…!( kata Ain dengan nada separa serius untuk menguji adik kesayangannya).


Ok! Ok!...Sara pergi ambik duit…( akur Sara)

sebelum melangkah ke luar rumah… “Adik!nak pergi mana…? Ain Buat-buat tanya.” Nak beli Aiskrim ler…”jawab Sara acuh tak acuh. “Eh tak payah…Along gurau je tadi…Hahaha, patuh gak adik along ni kat along…” kata Ain. “ Ye kew? Selamat duit adik..” “Amboi berkira Nampak…” mereka berdua sama ketawa.

“Along buat apa ni…?” Tanya Sara. “Along tengah keluarkan idea untuk dikongsikan dalam blog Along” Jawab Ain. “ Along buat pasal ape..?” Tanya Sara. “Pasal Benda-benda yang boleh potong selain rambut dan kuku kita,” jawab Ain.

“Along cerita la sikit kat adik…nanti boleh la adik kongsi dengan kawan kat sekolah pulak, boleh?” Tanya Sara. “Baiklah sayang…,” akur Ain.
Selepas beberapa minit, Ain memulakan bicaranya. “Ok, sekarang akak cerita sikit apa yang patut potong selain kuku dan rambut, kita perlu potong benda-benda lain kat badan kita contohnya bulu-bulu yang ada kat badan..tak kisah la bulu apa, sama ada yang boleh dilihat ataupun tersembunyi..”

“Ala malunya nak cakap pasal ni,” merah pipi Sara. “kalau kita nk bla...ja kan, kena lah open minded sikit..kalau ikutkan malu, Along pun malu gak nak cite.”
“Ada satu hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik menyatakan bahawa Rasulullah menjadualkan dirinya & isteri-isteri baginda agar tidak lupa menggunting kumis,memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari selama 40 hari..”

“40 hari? Cam ne tu?” Soal Sara. “maksudnya, 40 hari adalah tempoh paling lama kita tak buat kerja potong-potong. Jangan lebih 40 hari, dan bukan tunggu 40 baru hendak dibuang ye,” terang Ain.

“Malahan Nabi S.A.W menyuruh kita:

1) berkhitan (org melayu cakap berkhatan/bersunat) perempuan diwaktu kecil, manakala lelaki bila-bila masa.

2) mencukur bulu ari-ari/bulu kemaluan

3) mencabut bulu ketiak

4) memotong misai

“Dalam agama Islam, khitan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kesucian (fitrah) itu ada lima: khitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim) sebaiknya,kita nak buat kerja potong-memotong ialah pada hari-hari yang digalakkan Nabi Muhammad S.A.W iaitu hari isnin, khamis & jumaat, insyaAllah dapat pahala & dapat kebaikan..amiin.

“Apa Hikmahnya along?”, Tanya Sara tangannya menongkah dagunya. “ Sebenarnya banyak hikmah mengapa kita disuruh potong-potong ni, antaranya nak menjaga kebersihan. Cuba adik fikir, kan kutu suka kat benda-benda berambut dan panjang”. “eeei…geli ler..’’ujar Sara. “Sebab tu la, kita kena potong/ bersuci/istinjak/mandi wajib. kalau dah semua benda panjang-panjang, kan susah air nak smpai ke kulit..lepas tu, kita boleh mengelakkan penyakit..banyak la lagi hikmahnya.. “jelas Ain.

“Emm, memang ISLAM itu mudah,indah dan tak pernah menyusahkan umatnya...” kata Sara.

“ A’ah..memang ISLAM itu mudah,indah dan tak pernah menyusahkan umatnya tapi bukan untuk diambil mudah..” sambung Ain.

Nak Seribu Daya, Tak nak Seribu Alasan…

Beberapa hari lagi, Suryani akan dijabkabulkan dengan si jejaka pilihan keluargannya. Bakal suaminya bekerja di sebuah syarikat Pembinaan di Ibu kota. Sebagai persediaan awal suryani cuba mempersiapkan dirinya sebagai seorang isteri untuk si suami. Sebagai contohnya, makan pakai si suami. Suryani tidak mempunyai abang dan ayahnya hanya memakai baju kemaja yang tidak perlu memakai tali leher, jadi agak sukar untuk dia mengetahui cara pemilihan tali leher dan cara memakainya.


Lantas suryani membuka laptop kesayangannya yang selalu menemaninya dikala kesunyian dan berkongsi idea untuk dikarang menjadi lengkap sebelum di ‘post’ kan ke blog peribadinya.


Selepas beberapa minit melayari internet , akhirnya Suryani menemui beberapa tip pemilihan tali leher. Suryani terus “save” ke dokumen laptopnya.
Antara tip-tip bagi cara pemilihan tie yang betul ialah:


1) Jangan pakai tie yang bercorak dengan baju yang bercorak juga. Seelok-eloknya biar pakai yang kosong jer. Tak berserabut orang tengok. Tie corak lain baju corak lain..kan pening orang tengok.
2) Kalau nak pakai tie kosong lebih elok dipadankan dengan baju yang bercorak. Nampak sikit ko pakai tie.
3) Kalau nak pakai yang plain pastikan warna tie lebih menyerlah dari warna kemeja.Kalau warna sepesen dengan baju..baik tak payah pakai tie.
4) Kalau nak ke majlis-majlis rasmi jangan la pulak suke pakai corak2 yang keterlaluan sangat cam ade gambar cartoon ke..ade gmbar bunga besar ke.
Related Posts with Thumbnails