Monday, May 24, 2010

Anak Terbuang


Dalam masa yang senggang, terfikir ana utk mencari pandangan ulama’ dalam menyelesaikan isu perbuangan bayi.

Adakah salah kita mengambil anak buangan atau mungkin ana definisikan sebagai anak luar nikah? Ana telah membaca kitab “Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid 1, oleh Dr. Musthapa Al-Bugha, Dr. Musthapa al-Khen, dan Sheikh Ali Asy-Syarbaji, diterjemah oleh Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Anak Buangan(Al-Laqit)

Takrif: kanak2 yg dibuang dijalan atau di mana-mana tempat dan tidak ada sesiapa yang mengakuinya sebagai anaknya.
Dalil disyariatkan mengambil anak buangan.

Dalil drp Al-Quran:

1)Al-hajj:77
2)Al-Maidah : 2
3)Al-Maidah: 32

Dalil drp Hadis:

1) “sesiapa yg melepaskan slh1 kesusahan seseorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan slh1 kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang yg susah, Allah akan memudahkan urusannya di dunia & di akhirat. Sesiapa yg menutup keaiban seseorang Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia & di akhirat. Allah akan membantu hamba selagi mana dia membantu saudaranya.” (Riwayt muslim dlm kitab zikir, doa, dan taubat, bab kelebihan berkumpul krn membaca Al-Quran, no.2699, & perawi yg lain, drp Abu Hurairah r.a.)

2) “Sahal bin saad r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “sy & penjaga ank yatim did lm syurga spt ini”. Baginda menunjukkan kpd kedua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari hantu utk menunjukkan btp rptnya hubungan kedua-duanya. (Rwyt bukhari dlm kitab adab, bab kelebihan mrka yg menyara ank yatim, no.5679).

3) Rasulullah saw bersabda:” sesiapa yg tdk mengasihi manusia, dia tdk akn dikasihi oleh Allah”.(Riwayat Tirmdzi dlm ktb kebajikan & silaturrahim, bab rahmat kpd manusia, no 1923, drp Jarir bin Abdullah r.a.

Hukum mengambil anak yg terbuang.
• Fardhu kifayah kepada sesiapa yg menjumpainya.
• Al-Maidah: 32.

PENYAKSIAN APABILA MENGAMBIL ANAK TERBUANG.

Wajib ada saksi.
Sebab: 1. Memelihara kemerdekaan dan keturunan atau harta jika ada.
2. mengelakkan sebarang fitnah dan menjamin hak hartanya.

SYARAT ANAK YG DIAMBIL BOLEH TINGGAL TERUS BERSAMA DENGAN ORANG YANG MENGAMBILNYA.
4 Syarat:

1)Islam: Anak nyg terbuang tdk blh dipelihara oleh org kafir kecuali jika anak itu dihukumkan sbg org kafir.
2)Adil: xblh dijaga oleh org yg dikenali sbg fasik. Perlu diserahkan kpd individu yg dimaklumi keadilan dan amanahnya.
3)Rusyd(waras/matang): org yg menjumpainya bkn org yg tdk waras atau tdk matang.
4)Bermukim: org yg mengambilnya bukan seorang yg ingin bermusafir. Keputusan tertakluk kpd kadi dan hakim(pemerintah).

Sunday, May 2, 2010

Air Mata Humaira

Suatu petang, Aisyah membuka internet. Dia terus ke My Yahoo, lalu sign in imthiyaz_daraini@yahoo.com. Dia mula menekan huruf2 untuk mengarang email yang akan dihantar buat temannya Alya Syuhada di Mesir.


*************************************************************************
To: inayah_tuhanku@yahoo.com
Subject: perkongsian kisah seorang sahabat.


Assalamualaikum…Buat sahabat tersayang Alya Syuhada di Bumi Al-Azhar, hari ini, ana ingin berkongsi suatu kisah. Kisah seorang sahabat yang bernama Humaira.


Saban hari, hati tersentuh dek luahan sahabat ana Humaira yang baru dikenali dengan lebih rapat, yang mana sebelum ini hanya sekadar berselisih bahu, sekadar bertegur sapa, salam pembuka bicara. Paling tidak pun, sedekah kami hulurkan dengan sekumtum senyuman yang mekar di bibir kami.


Dan hati ana berkata-kata, kuatnya dia menahan air mata di sebalik gelak ketawa ketika menceritakan detik-detik kehidupan yang dilalui di kampus, sedangkan dia sebelum ini selalu berendam air mata, bertemankan hati yang kecewa dan terluka. Semoga Allah sentiasa disampingnya dan pastinya ada janji Allah dalam al-Quran, surah An-Nahl 16:96:-


96. Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. dan Sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.


Sabar itu mudah dilafazkan tetapi hati yang remuk menderita dek kata-kata dan perbuatan orang sekeliling yang mana dianggap teman seperjuangan dalam mengejar ilmu. Dan kata-kata Al Barudi kiranya boleh menaikkan sahabat ana itu:


Orang yang memiliki semangat.
Ia akan mencintai semua yang dihadapinya.


Buat Humaira, Ana bukanlah seorang teman sejati, tapi izinkan ana menjadi temanmu dikala dikau kesusahan. Menjadi pendengar setia, pemberi buah fikiran yang tidak seberapa, sekadar perkongsian biasa.


Buat teman-teman Humaira, hanya kerana tidak percayakan kata-katanya sahaja, itu tidak memberikan sedikit pun hak untuk anda menyelongkar barang2 peribadi si Humaira. Mereka semua ana kira mempunyai latar belakang agama yang sempurna, mana mungkin bisa bertindak tanpa berfikir secara rasional. Bukankah mereka boleh menyiasat kebenaran kata-katanya melalui Abinya dan banyak lagi alternatif yang boleh diambil.


Paling mengejutkan, mereka bertindak dengan lebih teruk, apabila memaksa dia melakukan “pengakuan eksklusif”. Mereka merakam pengakuannya, yang mana dia dalam keadaan menangis, pintu ditutup rapat, dikerumuni dan seolah-olah si penjenayah disoalsiasat oleh polis.


Apabila ada insan yang sudi membantu dia dikala kesusahan, ada pula suara-suara sumbang mengatakan dia “muka pengemis”. Adakah itu seorang teman sejati yang dicari dalam menemani dalam perjuangan hidup di dunia ini?
Astaghfirullahal Azim… istighfar ana mendengar ceritanya. Rasa hinanya diri ana kerna tiada disamping dia, semasa dia amat memerlukan seorang teman yang menyokong dirinya. Namun Allah itu Maha Adil, masih wujud sahabat2 yang memberikan semangat untuknya dan kehadiran para pensyarah yang prihatin. Keprihatinan para pensyarah memang terbukti dan ana sendiri melihat mesej2 yang dihantar oleh mereka kepada Humaira.


Bahkan bukan itu sahaja, mereka menyebabkan teman2nya memulaukan dia dan melarikan diri. Apa yang teruknya Humaira pada mata mereka? Fitnah apa yang melanda dirinya? Bila dia cuba kuatkan diri dan menganggap itu ujian, mereka beranggapan dia tidak mengaku salah. Adakah patut dia berasa bersalah di atas perkara yang tidak benar?
Di sini ana ingin kongsikan Hadis yang berbunyi:“Laa yadhulul jannata qattaatun!”. Ana coretkan sedikit karya “Ketika Cinta Bertasbih/ Habiburrahman El Shirazy”.


Pagi itu Kiai Lutfi membacakan dan menguraikan hadis yang berbunyi, ”Laa yadhulul jannata qattaatun!” Semua santri, baik putra dan putri mendengarkan dengan khidmat dan rasa ingin tahu. Kiai Lutfi lalu menjelaskan arti dan maksud hadis pendek itu,


”Anak-anakku semuanya yang aku sayangi, Hadis pendek ini
muttafaq ’alaih, artinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim. Jelas shahihnya. Tidak bisa diragukan. Arti dari hadis ini
adalah,’Tidak akan masuk surga orang yang suka memfitnah.’
Imam Shan’ani menjelaskan, kata ”qattat” itu dengan huruf qaf,
huruf ta’ dan sesudah alif huruf ta’ lagi, yang berarti pemfitnah. Ada
ulama yang berkata, ada perbedaan antara ”qattaat” dan
”nammaam”.
Nammaam ialah orang yang mencari berita untuk
menyampaikannya kepada orang lain (untuk menebar fitnah).
Sedangkan ”qattaat” adalah orang yang hanya mendengar berita
yang ia tidak mengetahui pasti kebenaran berita itu, kemudian ia
menceritakan apa yang ia dengar itu (kepada orang lain untuk
memfitnah).
Hakikat fitnah itu pemindahan pembicaraan orang kepada orang
lain untuk merusak hubungan di antara mereka.
Anak-anakku, ingatlah baik-baik hadis ini. Hayati dan patri dalam
sanubari! Jangan sekali-kali kalian menjadi seorang pemfitnah, baik
qattaat maupun nammaam. Sebab pemfitnah itu telah diharamkan
oleh Rasulullah Saw. untuk masuk surga. Pemfitnah termasuk
seburuk-buruk makhluk Allah di atas muka bumi ini. Al Hafidz Al
Mundziri mengatakan, Ummat Islam sudah sepakat bahwa fitnah itu
diharamkan dan fitnah itu termasuk dosa besarl”


Wahai sahabatku, apabila mengetahui kisah ini, terbuktilah bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Jika benar mereka telah menimbulkan cerita yang tidak benar, maka ana harap mereka beristighfar dan bertaubat. Jika ana tersalah perkiraan terhadap kalian, memohon ribuan keampunan. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri. Wassalam.
*************************************************************************
Aisyah menekan “sent” dan terus “sign out”. Dia memulakan ulangkajinya untuk last paper untuk exam 2 hari lagi.

Saturday, April 24, 2010

warkah buat sang Daie...

Warkah buat sang Da’ie…

Alhamdulillah segala puji pada al-khaliq yang menciptakan alam semesta dan seisinya. Puji dan syukur kepada-Nya atas nikmat kasih saying yang tak ternilai memberi hidayah Iman dan Islam untuk kita agar Dakwah tidak dijadikan yang ke-2, dan ilmu pengetahuan bukan yang pertama. Begitu juga kemahuan di dunia dan di akhirat biarlah seimbang.

Sepertimana kita maklum, Sesebuah bangsa atau masyarakat itu maju adalah kerana ilmu yang mereka miliki. Kerajaan Mesir kuno, kerajaan Babylon, Rom, Farsi, kerajaan Islam di zaman gemilangnya dan kini Barat pula telah mencapai kemajuan yang tinggi sebagai pusat tamadun kerana mereka menerapkan dan mengutamakan ilmu pengetahuan di dalam kehidupan mereka. Dengan itu, ilmu pengetahuan merupakan dasar utama bagi seseorang atau sesebuah negara atau bangsa yang ingin mencapai kemajuan dalam segenap bidang. Tidak mungkin seseorang atau sesebuah negara dan bangsa dapat mencapai kemajuan di dalam apa jenis bidang sekalipun jika seseorang itu atau rakyat di dalam negara berkenaan masih dalam keadaan bodoh dan mengenepikan ilmu pengetahuan.

Begitu pentingnya ilmu pengetahuan di dalam arena kehidupan sehingga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya supaya bergiat mencari ilmu, sama ada ilmu sekular atau ilmu ukhrawi. Ilmu sekular dimaksudkan supaya umat Islam mampu mengharungi bahtera kehidupan ini dan bersaing dengan orang-orang kafir agar ummah tidak bergantung kepada mereka dalam keadaan apa pun.

Dengan mempelajari ilmu sekular secara teratur dan betul, umat Islam akan dapat mencapai kehidupan yang tenteram dan selesa kerana kebijaksaan mengolah segala yang diciptakan Allah di muka bumi. Ilmu yang bersifat ukhrawi pula wajib dituntut oleh setiap Muslim agar ia tidak melanggar perintah-perintah Allah di dalam kehidupannya, dan sebagai bekalannya menuju alam akhirat yang kekal abadi. Apabila kedua ilmu tersebut dapat berjalan seimbang, nescaya kehidupan ummah akan bahagia dan sejahtera baik di dunia mahu pun di akhirat sana.

Firman Allah s.w.t:
9. (apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa melalui jalan di mana ia menuntut ilmu pada jalan itu, nescaya Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga”.
(Riwayat Muslim).

“Sesiapa keluar untuk mencari ilmu, nescaya dia ada di dalam jihad fi sabilillah hingga dia kembali”
(Riwayat Tirmizi)

Wahai sang Da’ie…

Betapa tinggi kedudukan ilmu jelas tersirat di dalam kedua-dua hadith di atas. Pengaruhnya benar-benar meresap di hati setiap Muslim, agar mereka berghairah untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin. Tidak hairanlah jika di dalam waktu yang singkat sahaja, perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam dengan begitu pesat sekali, hanya orang-orang jahil sahaja yang enggan menuntut ilmu.

Di bidang ilmu ukhrawi, muncullah para ulama yang masyhur di bidang masing-masing seperti ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu tauhid, ilmu fiqh dan cabang-cabang ilmu berkenaan, serta dikarang pula oleh mereka dalam pelbagai buku yang kini tersebar di seluruh dunia. Di bidang ilmu sekular pula, lahir para cendikiawan Muslim yang lebih hebat dari para cendikiawan bukan Islam. Bahkan, kualiti penemuan mereka di bidang ilmu pengetahuan lebih tinggi dibandingkan penemuan cendikiawan Yunani dan Rom yang menjadi pujaan Barat. Banyaknya bangunan-bangunan indah dan susunan kota yang menarik di sepanyol dan daerah-daerah Eropah lain membuktikan betapa majunya ilmu pengetahuan umat Islam di zaman gemilangnya. Seni bangunan Islam ini member pengaruh yang besar ke atas seni arkitektur Eropah.

Ilmu pengetahuan lain juga ditemui oleh para cendikiawan Islam, seperti ilmu kimia, sains, kedoktoran, kesusasteraan, filsafat dan falak. Dalam bidang ilmu tersebut, bangsa Eropah mempelajarinya dari umat Islam.

Rasulullah s.a.w telah bersabda di hadapan umum: “Aku adalah kota ilmu dan Ali pintu gerbangnya”
Dengan ucapan baginda itu, ramai orang Islam yang iri hati terhadap Saidina Ali lalu ada sepuluh orang yang mempersiapkan pertanyaan untuk menguji Ali. Salah seorang dari mereka bertanya:
“Hai Ali, manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Ali menjawab:”Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu adalah warisan para anbia’, sedangkan harta-benda adalah warisan Fir’aun, syaddad dan lain-lain.
Lalu datang orang yang kedua bertanya:
“Hai Ali, manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Ali menjawab:”Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu menjaga kita sedangkan harta pula kita perlu menjaganya”.
Kemudian datang orang yang ketiga bertanya:
“Hai Ali, manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Ali menjawab:”Ilmu lebih utama daripada harta, kerana orang yang berilmu mempunyai ramai teman, manakala orang yang banyak harta mempunyai ramai musuh”.
Kemudian, datang pula orang yang keempat untuk bertanya mengenai ilmu dan harta sebagaimana teman-temannya sebelum itu. Namun, Ali dapat menjawabnya dengan tepat sekali.

Perlu diketahui bahawa terdapat dua jenis Ilmu, iaitu Ilmu Hal dan Ilmu Khairul Hal. Ilmu Hal adalah ilmu yang wajib dipelajari sebelum mempelajari Ilmu Khairul Hal, seperti Ilmu Tauhid, Ilmu fiqh yang bersangkut paut cara berwuduk, solat dan semua ibadah yang mesti dilakukan selepas usia baligh. Apabila Ilmu ini telah dipelajari dan difahami, barulah Muslim mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan seharian, seperti ilmu kemasyarakatan, kedoktoran, kesihatan dan lain-lain lagi. Demikianlah klasifikasi ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap Muslim. Dengan demikian, setiap Muslim yang berilmu tinggi tidak akan melupakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi, dan menjalankan kewajipan-kewajipan yang dipikulkan ke atas bahunya. Sebaliknya, orang yang mengutamakan Ilmu khairul hal dan mengabaikan ilmu hal, ia akan melupakan kewajipannya sebagai hamba dan khalifah Allah, mengabaikan norma-norma agama dan menganggap diri telah cukup berilmu, padahal pada hakikatnya, ilmu itu adalah ciptaan Allah yang dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya.

Allah s.w.t berfirman:

28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

[1258] yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.

Wahai sang Da’ie…
Langkahmu masih panjang. Sekali dikau bermula jangan sesekali mengalah atau mengundur diri. Pastikan apa yang dikata, dikau kotakan. Jadilah seorang yang bercakap benar seperti Abu Bakar As-siddiq, jadilah seumpama umar yang berani menegakkan Islam, jadilah seperti Saidina Ali yang bijaksana, satu soalan bias member jawapan yang pelbagai. Contohilah Rasulullah s.a.w, si anak yatim yang Qudwah Hasanah.


note: adaptasi drp buku tentang akhlak Rasulullah sempena program "Mahabbatul Baina Mujahidin" anjuran Exco SPMM, USIM.WAllahua'lam

wasiat buat Hawa...

Hawa Bacallah!!!!


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Sekian, Wallahu a'lam.

Apa yang senang, itulah mahuku...

Apa yang senang, itulah mahuku….


Ana duduk bersama-sama sahabat-sahabatnya yang sedang rancak berborak-borak tentang perkahwinan salah seorang sahabat mereka dalam cuti pertengahan semester nanti. Persoalan bila tarikhnya? Dengan siapa? Berapa maharnya? Dan berapa pula hantarannya? Itulah antara dan soalan-soalan yang selalu bermain dibibir bakal pengantin baru, bakal mertua, bakal ipar tak lupa juga sahabat handai dan itulah yang mereka borakkan sekarang. Farahin hanya berdiamkan diri dek malu dengan usikan sahabat-sahabatnya.


Mahar dan hantaran, berapa ye? Dan sekarang bagaikan satu fenomena meletakkan hantaran yang tinggi sekaligus memberi kesukaran suatu baitul muslim dibina. Maka berlakulah cinta2 yang tidak halal iaitu couple berpanjangan.Bukankah telah disyariatkan Perkahwinan atau Munakahat untuk manusia sejagat, yang mana telah diatur dengan sebaik-baiknya, dengan penuh tatasusila yang penuh bersyariat.
Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar dan merupakan tuntutan agama. Firman Allah SWT dalam surah ar-rum 21:


21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.


Farahin seorang muslimah yang solehah dan cantik rupa parasnya sesekali cuba menarik muka tanda merajuk manja. “Alah malu lak dia. Tanya cikit je..Dah tempah ke baju pengantin?,’’ Tanya saidah. “Alhamdulillah, keluarga kat kampung yang tolong uruskan”, jawab Farahin. ”Dah tetapkan ke mahar dan hantaran?” kawan yang lain pula bertanya. “Dah…”jawab Farahin ringkas. “Berapa awak letak?” Tanya kawannya lagi…
Mahar saya hanyalah salah satu harta peninggalan junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w. iaitu Al-Quran dan hantarannya terpulanglah kepada pihak keluarga lelaki,’’ jawab farahin.”Kenapa cam tu sekarang masing-masing letak harga,” ujar kawannya.


“Sahabatku sayang, kita tak perlu mengikut sangat budaya camtu, apa yang penting mahar tetap dibayar dan perkahwinan tetap telaksana, bukankah sunnah mahar itu dipermudahkan,’’ celah Ana. “Apa yang senang dan mempermudahkan perkahwinan ini itulah pilihan saya,” sambung farahin. ”Lagi satu, mahar yang diminta oleh Hawa terhadap Nabi Adam a.s juga bukan emas permata tapi hanyalah selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,” kata Saidah.


“Betul tu, menurut Shaleh bin Ghanim al-Sadlan dalam bukunya ”Mahar dan Walimah”, mahar atau mas kahwin merupakan hak yang ditentukan oleh syariah untuk wanita sebagai ungkapan hasrat lelaki kepada calon isterinya, dan juga sebagai tanda cinta kasih serta ikatan tali kesuciannya. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa 4:


4. Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan[267]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
[267] pemberian itu ialah mas kawin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua pihak, Karena pemberian itu harus dilakukan dengan ikhlas.




“Jadi macam mana sahabat-sahabatku, apa pandangan kalian?” Tanya Ana kepada sahabat-sahabatnya. “ Saya pun tak nak letak tinggi-tinggi la, yang penting, kaf-ba’-ra’-kafta-alif- nun….”keberkatan…” jawab mereka sentak dan tercetuslah keceriaan di kalangan mereka.

Friday, April 23, 2010

kata peransang buat diriku jua dirimu..

Napoleaon Hill :"Kebijaksanaan sebenarnya, dapat dilihat melalui kerendahan hati dan tidak banyak berkata-kata"

Anton Chekor: "Suatu saat kamu perlu tidak memikirkan kejayaan mahupun kegagalan.Jangan biarkan hal itu menganggu dirimu".
Related Posts with Thumbnails