Saturday, April 24, 2010

Apa yang senang, itulah mahuku...

Apa yang senang, itulah mahuku….


Ana duduk bersama-sama sahabat-sahabatnya yang sedang rancak berborak-borak tentang perkahwinan salah seorang sahabat mereka dalam cuti pertengahan semester nanti. Persoalan bila tarikhnya? Dengan siapa? Berapa maharnya? Dan berapa pula hantarannya? Itulah antara dan soalan-soalan yang selalu bermain dibibir bakal pengantin baru, bakal mertua, bakal ipar tak lupa juga sahabat handai dan itulah yang mereka borakkan sekarang. Farahin hanya berdiamkan diri dek malu dengan usikan sahabat-sahabatnya.


Mahar dan hantaran, berapa ye? Dan sekarang bagaikan satu fenomena meletakkan hantaran yang tinggi sekaligus memberi kesukaran suatu baitul muslim dibina. Maka berlakulah cinta2 yang tidak halal iaitu couple berpanjangan.Bukankah telah disyariatkan Perkahwinan atau Munakahat untuk manusia sejagat, yang mana telah diatur dengan sebaik-baiknya, dengan penuh tatasusila yang penuh bersyariat.
Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar dan merupakan tuntutan agama. Firman Allah SWT dalam surah ar-rum 21:


21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.


Farahin seorang muslimah yang solehah dan cantik rupa parasnya sesekali cuba menarik muka tanda merajuk manja. “Alah malu lak dia. Tanya cikit je..Dah tempah ke baju pengantin?,’’ Tanya saidah. “Alhamdulillah, keluarga kat kampung yang tolong uruskan”, jawab Farahin. ”Dah tetapkan ke mahar dan hantaran?” kawan yang lain pula bertanya. “Dah…”jawab Farahin ringkas. “Berapa awak letak?” Tanya kawannya lagi…
Mahar saya hanyalah salah satu harta peninggalan junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w. iaitu Al-Quran dan hantarannya terpulanglah kepada pihak keluarga lelaki,’’ jawab farahin.”Kenapa cam tu sekarang masing-masing letak harga,” ujar kawannya.


“Sahabatku sayang, kita tak perlu mengikut sangat budaya camtu, apa yang penting mahar tetap dibayar dan perkahwinan tetap telaksana, bukankah sunnah mahar itu dipermudahkan,’’ celah Ana. “Apa yang senang dan mempermudahkan perkahwinan ini itulah pilihan saya,” sambung farahin. ”Lagi satu, mahar yang diminta oleh Hawa terhadap Nabi Adam a.s juga bukan emas permata tapi hanyalah selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,” kata Saidah.


“Betul tu, menurut Shaleh bin Ghanim al-Sadlan dalam bukunya ”Mahar dan Walimah”, mahar atau mas kahwin merupakan hak yang ditentukan oleh syariah untuk wanita sebagai ungkapan hasrat lelaki kepada calon isterinya, dan juga sebagai tanda cinta kasih serta ikatan tali kesuciannya. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa 4:


4. Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan[267]. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, Maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
[267] pemberian itu ialah mas kawin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua pihak, Karena pemberian itu harus dilakukan dengan ikhlas.




“Jadi macam mana sahabat-sahabatku, apa pandangan kalian?” Tanya Ana kepada sahabat-sahabatnya. “ Saya pun tak nak letak tinggi-tinggi la, yang penting, kaf-ba’-ra’-kafta-alif- nun….”keberkatan…” jawab mereka sentak dan tercetuslah keceriaan di kalangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails