Saturday, February 26, 2011

Alhamdulillah…Masih ada yang Amanah!


Pada petang semalam, satu pertemuan dengan adik-adik junior diadakan. Alhamdulillah, pertemuan kami diisi dengan pengisian bermanfaat. Kami diskusi mengenai Ilmu dan amal. Lalu berlanjutan dengan isu global iaitu Tunisia. Rejim Ben Ali akhirnya terpaksa akur dengan kebangkitan Revolusi Jasmin.Akhirnya kami menamatkan diskusi kami dengan isu-isu kampus. 

Kami mengalih perhatian kami ke gelanggang permainan. Dalam keseronokkan bermain Badminton, satu ujian menimpa kami dalam tidak sedar. Handset ukhti wafa hilang, katanya tertinggal di surau. Puas dia mencari tapi sayang tidak ditemui. 

Ya Allah, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan kehilangan sesuatu barang yang kita sayang. Ana juga pernah kehilangan handset, jadi ana amat memahami perasaan ukhti wafa. Yang termampu ana katakan sabar dan cuba senyum dahulu supaya hati lebih tenang. Ini kerana menacari sesuatu dengan keadaan emosi yang bercelaru, fikiran terganggu, konsentrasi sukar diperolehi. Puas kami menelefon tapi mailbox yang menjadi jawapan. Difikiran kami, telefon itu dimatikan.

Untuk memendekkan cerita, kami balik ke hostel dan kawan kami cuba menelefon lagi, Alhamdulillah… panggilan dijawab. Adik daripada kolej kediaman 1, menyimpan handset tersebut. Ana terus bergegas ke KK1. Syukur dipanjatkan…

Moral daripada kisah ini, Setiap tindak-tanduk kita perlu berhati-hati. Sesungguhnya masih ada insan yang mengikuti sifat Rasulullah S.A.W iaitu amanah. Ana yakin, jika Rasulullah s.a.w berada bersama kita hari ini, Rasulullah pasti tersenyum melihat ummatnya mengikuti sifat amanah Baginda.

Terima kasih adikku, kerana dikau  bersikap amanah. Terima kasih wahai kekasih Allah, kerana mengajar ummatmu menjadi seorang pemegang amanah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails