Wednesday, March 21, 2012

Kerana "lau kaana bainana rasulullah"

Sedang asyik membaca wall sahabat-sahabat di FB..Klip..bunyi satu mesej chat FB masuk...tertera nama junior semasa sekolah menengahku dulu..

Are Dah --> Asalamualaikum..k.nora

Ukhti NoRaini --> waalaikumussalam, ye adah...

Are Dah --> bleh x nk mitak pndapat cikit..

Ukhti NoRaini --> emm? kak cuba

Are Dah --> cmni..adah tgh buat asgmnt tjuk lau kaana bainana rasulullah..jadi nk tnya k.nora,
  "kalau kak nora berkesempatan utk berjumpa dgn rasulullah, apa yg akak akan buat ?
 cakap dgn baginda SAW?"

Ukhti NoRaini --> Rasanya nk nangis lak nih....rasanya akak menangis je bila jumpa dia...
lau kak blh kcek ge dia. msti kak minta maaf sbb kak lalai dgn suruhan dia untuk cinta pada Allah dan Rasulnya...kak akan mnta baginda doakan kak dapat hati yg bersih...
supaya kak xkan sekali-kali melanggar suruhan Allah...
sbb kak rs kak byk lalai dr landasan Islam

Are Dah --> ALLAHUAKBAR...akak rasa la kalau Rasulullah tgk keadaan kehidupan kita sekarang apa yg dia akn kata..

Ukhti NoRaini --> akak rs dia menangis melihat hamba-hamba dia byk kecundang
tp dia tetap tersenyum melihat masih ade lg umatnya yg kuat pegangannya...

Are Dah --> alhamdulillah..jazakillah kak sebab sudi kongsi pendapat..
InsyaAllah, smga kita adalah antra kalangan yg ttp pegang teguh dgn ajarannya..

Ukhti NoRaini --> ameen ya Rabb...

Are Dah --> ameenn..syukran kak:-)

Ukhti NoRaini --> afwan...tme ksh sbb sudi tye akak. bla tyo nih,,,terketuk rs muhasabah diri

Are Dah --> alhamdulillah..sme kak..

Note: Ya Allah...dulunya sekadar melihat video seorang wanita menangis apabila diajukan soalan itu..kini bila diri sendiri ditanya dengan soalan itu, dengan tidak semena-menanya terasa sebak dan pilu menyelubungi diri...sungguh bermakna walaupun itu satu soalan...soalan yang mencuit rasa rendah diri dan muhasabah diri...mengetuk pintu hati yang tertutup rapat bila dinasihati..yakni hati yang keras bisa dilembutkan.

Sunday, March 11, 2012

Dalam hati ada taman



Hati bila diusik satu fitrah yang dinamakan cinta, pastinya berbunga-bunga. Tapi Berbunga harum atau tidak, pemiliknya yang mencoraknya. Ada batas-batas yang perlu dituruti agar tidak terkandas di persimpangan jalan.




Siapa doktor Cinta? Allah...kerana dia pencipta CINTA.
 Rasulullah SAW sebagai contoh taulan dalam bercinta antara suami isteri.

Taman boleh rosak bila hati diselubungi cinta tapi tidak ada penawar yang menghalang racun yang bakal merosakkan bunga-bunga cinta Tuhan oleh hasutan syaitan dan nafsu yang bisa diumpamakan serangga dan racun perosak bagi sesebuah taman di hati.

Cinta yang datang sebelum kahwin boleh menjadi bisa yang memudaratkan diri. Jadi bagaimana untuk mengubatinya? Pastinya sentiasa istighfar…
Penawar terbaik adalah Satu ikatan suci yang telah disyariatkan oleh Islam yakni PERKAHWINAN. Alangkah indahnya jalan menuju walimah disertai mesyuarat keluarga, isthiqarah, mengikat tali pertunangan seperti saranan agama dan seterusnya melafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA”.

Terdapat beberapa kekangan yang berlaku dalam merealisasikan cinta yang halal ini. Pertama:

Situasi 1: Si teruna sudah sering kali mengajak si dara untuk berkahwin tetapi permintaan untuk hantaran terlalu tinggi.

Situasi 2:  Si Dara tidak meletakkan mahalnya terlampau tinggi dan memberikan kebebasan untuk si teruna supaya ia tidak membebankan mana pihak. Tetapi si teruna tidak mempunyai sebarang sumber kewangan.

Situasi 3: Si Teruna dan si Dara sudah bersedia, tetapi keluarga menghalang kerana mahu anak mereka membalas jasa keluarga terlebih dahulu.

Situasi 4: Si Dara bersedia, tetapi si Teruna belum bersedia, kononnya belum puas lagi membujang dan ada juga sebaliknya.

Situasi 5: Kedua-duanya mahu mengumpul duit untuk walimah… impian untuk mengadakan kenduri yang meriah kononnya sekali seumur hidup. Tetapi beringatlah, ukur pada kemampuan diri. Jangan membebankan diri sendiri. Jangan pulak sampai berhutang selepas walimah itu nanti.


Terdapat banyak lagi situasi yang menjadi halangan dan dijadikan halangan…
Ya Allah..permudahkanlah jika jodohku telah sampai nanti…
Related Posts with Thumbnails