Saturday, April 23, 2011

Diari Study Week di Kg. Cherang Laut

16 April 2011:

Sekembalinya dari Perkampungan orang asli, aku bersiap-siap untuk ke Semarak,  di mana aku akan menaiki bas di sana. Malam ni aku dah nak balik kampung...ya..hoo...


oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
oo...balik kampung... oo...balik kampung.... hati girang....
terbayang wajah2 yang ku sayang... 
satu2 tersemat dikalbu
 pasti terubat rindu dihati
menyambut kepulangan ku nanti....


cewahh... semangat macam nak balik raya... kalau balik kampung mesti semangat...sebab nak hilangkan stress yang tertanggung selama 3bulan kebelakangan ni...Mak pula asyik telefon...jadi ke tak nak balik...comfirm la jadi...Sepupu pulak tak lepaskan peluang untuk bertanya kaba, betul ke balik...terdengar suara anak-anak pinta dibelikan baju untuk diorang..aku tertawa dengan gelagat mereka dan sedikit terharu...ada juga orang ingat kat diriku yang hina ini..huhuhu...maaf anak-anakKu...ibu sepupu mu ini tengah 'kering', tak dapat penuhi permintaan...

gambar sehari sebelum raya: inilah anak-anak nakalku....mok su rindu korang....
(depan dari kiri: izzati, fatihah, Anis)
(tengah dari kiri: Asiah, Munirah, Hazwani)
(belakang dari kiri: Izzudin, Amri)
17 April 2011: 

Aku hanya melepakkan diri di rumah. TV menjadi peneman setiaku...terkejut...TV dah boleh guna dan besar pulak tu...Rezeki...ade orang bagi rupanya..Alhamdulillah...tapi ada lak yang kurang...periuk elektrik pulak rosak...macam-macam la dalam kehidupan ni. 

18 April 2011:

Meronda-ronda bandar baru Kubang Kerian dengan mak. Kami berpusing-pusing mencari periuk elektrik Yeah....dah jumpa...harganya RM70 lebih...kami beralih pula di bahagian ikan dan sayur-sayuran. belajar jadi suri rumah pulak...huhuhu... pada malamnya mula la nak murajaah subjek al-Milal wa Al-Nihal dengan sepupu...tapi objektif tak tercapai...masih lagi yang kurang faham...


Apa yang penting...? Usaha...

19 April 2011

Aku turun ke padang tempat ibu bertani dalam kul 9pagi. tanpa bersarapan aku terus ke sana dengan membawa air teh panas dan cekodok pisang. mak dan sepupuku sudah pun memulakan kerja jam 8pagi lagi.

Mak juga tak sempat bersarapan, tenaganya mengalahkan aku si anak muda. Jam menunjukkan 11.30 pagi, panas mula menyengat kepala yang bertudung. Terasa pening bukan kepalang. Aduh...aku tahan menolak kereta sorong yang sarat dengan daun tembakau. sesampai je di bangsal aku, aku meletakkan semua daun tembakau tadi di tanah dan aku....rebah di dalam kereta sorong tersebut. Muka pucat dengan perut yang kosong dan kepala yang pening. Ini akibatnya bekerja di bawah matahari  tanpa bersarapan. itu baru sedikit ujian...bagaikan kebuluran...agaknya umat Islam di Darfur mengalami keadaan lebih teruk daripada aku alami..begitu juga palestin yang menghadapi sekatan oleh Israel. 

Sebelah petangnya kami kembali meneruskan kerja yang masih berbaki...pada waktu malam...aku cuba membuka nota...untuk exam minggu depan. banyaknya rehat dari menelaah pelajaran. Pelbagai cerita aku dengar daripada sepupuku. satu kisah yang mak lupa nak "report". mak selalu je cerita perihal kampung bila aku menelefon atau dia yang menelefon. kata sepupuku, semasa tsunami di Jepun...orang kampung semua berkumpul di masjid untuk melakukan solat hajat beramai-ramai memohon selamat dari bencana alam itu. Namun keadaan itu ada juga si fulan yang melakukan kejahatan. Orang sibuk mendekatkan diri kepaa Allah, dia sibuk lak nak mencuri lembu...inilah manusia. sentiasa lupakan Allah.

Akibatnya, timbul fitnah-menfitnah dan perkara syirik. Jumpa bomoh kononnya nak tilik siapa yang curi...sia-sia je buang duit dan akidah tergugat.

20 April 2011: 

Semua daun tembakau siap sedia tuk dijual. Aku mula menjalankan "Ops Nota Last Minute". Alhamdulillah...Nota 2 subjek dapat disiapkan dan 1lagi  tak dapat disiapkan disebabkan lecture note belum diupload ke dalam MyLMS, hanya ade yg take note semasa kuliah aje. 

Fikiran sudah mula memikirkan USIM. Aku membeli sedikit barang untuk dibawa ke Nilai.


21 April 2011:

 Hati mula tak keruan. Nak balik ke USIM ke tak 50-50. aah...apa nak jadi nih...perjuangan di USIM belum selesai...

 Aku mendapat berita mengenai Supervisor untuk tesisku nanti. Alhamdulillah...aku mendapat lecturer pilihanku sendiri...Dr. Mohd Radhi Ibrahim.


22 April 2011: 

Kehidupan terasa suram...aku akan tinggalkan kampung halaman lagi...sebulan lebih aku akan berada di Nilai sebelum kembali semula ke tanah kelahiranku Kampung Cherang Laut, Tawang.

Aku membersihkan bilik...mengemas apa yang patut... Misi di rumah masih lagi berbaki. Misi akan diteruskan kembalinya aku selepas Exam nanti....

Rumah Usangku....
Malam yang merimaskan...berlawan perasaan berat hati. Mak membekalkan aku dengan cekodok pisangnya.. Cekodok pisang itulah menjadi mata pencarian mak di usia senja ini. pelbagai bidang kerja dilakukan untuk sesuap nasi... Alhamdulillah...Allah mempermudahkan urusan pengajianku dengan biasiswa yang aku perolehi... USIM...aku akan kembali...

wallahualam...

Sebuah Perjalanan ke Perkampungan Orang Asli

kenangan: makan2 selepas penat bermain



Hari ini aku mencuri ruang untuk menaip huruf-huruf untuk dijadikan perkongsian bersama...

Setelah berminggu-minggu...berbulan-bulan kami tunda perancangan kami...Pada tanggal 16 April 2011, akhirnya Allah mengizinkan kami sampai ke Perkampungan Orang Asli, Kg. Tekir, Labu. Langit tengahari itu kelihatan mendung dan sebelah paginya sudah pun mencurahkan titisan air.

Aku bergegas pulang ke asrama selepas test, aku mengemas pakaian yang sudah diangkat dan membasuh saki-baki pakaian yang kotor sebelum meneruskan agenda seterusnya. Aku mengemas beg yang akan dibawa pulang ke kampung pada malamnya. Kawan sekuliah ada bertanya sempat ke nak gi ke kg. tekir? InsyaAllah...pandai-pandai la budget masa. Dia bimbang aku tidak sempat kembali untuk bersiap pulang ke kampung seperti kata imam Hasan al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Seusai solat zohor kami berkumpul di kedai makan. Sedih datang bertandang bila mengetahui budak-budak lelaki tak jadi untuk turut serta. ketakutan juga tidak ketinggalan untuk mencuit hati sehingga akal berfikir negetif. Tanpa kehadiran lelaki dalam situasi ini, semestinya mengundang bahaya.

Kami nekad meneruskan perjalanan kami walaupun hanya berempat dengan menunggang motorsikal. Namun aku menghantar beberapa sms kepada sahabat-sahabat untuk stand by sekiranya berlaku kecemasan.


Kami disambut dengan senyum oleh mak cik gayah. Mak cik Gayah merupakan seorang wanita Islam yang penuh bersemangat untuk memantapkan aqidah sesama saudara Islam di sana. Sehinggakan terasa diri ini kalah dengan semangatnya yang berkobar-kobar.

Pelbagai masalah dan cerita dikongsikan. Isu terkini, mengenai orang Islam di sana sudah beranak pinak tapi status perkahwinan mereka tidak sah. Ada yang melarikan diri apabila mak cik Gayah dan penggerak datang menziarahi dan sekaligus ingin menyuarakan mengenai isu perkahwinan mereka.

wajah adik-adik di Kg.Tekir...
Kami dijemput untuk menghadiri majlis pengagihan barang-barang keperluan kepada masyarakat Islam di sana. Dia juga meminta kami membantu Ust. Khairul, ustaz muda yang baru sahaja ditempatkan di sana.

Aku mengajak sahabat-sahabat untuk ke Tadika yang berhampiran dengan dewan orang ramai untuk menunaikan solat sambil memerhati pelajar-pelajar IMU melakukan check up penduduk di sana. Aku dan Liyana menuju ke surau di bahagian atas dewan. Habuk-habuk menghiasi dinding, kami terus melakukan operasi dan kami dimaklumkan mikrofon kena curi..Astaghfirullahal azim...

Mak Cik Gayah...semestinya berada d barisan hadapan...
Seusai solat asar kami meminta diri... Aku memerhati setiap jalan yang dilalui...bilakah lagi aku akan sampai di sini. Ada saja kekangannya... terutama tak da partner untuk turut serta..masing-masing dengan alasan yang aku sendiri sudah lali mendengarnya...Risikonya tinggi bila kami yang perempuan pergi ke sana tanpa diiringi oleh golongan Adam.

Mungkin masing-masing sibuk dengan dakwah fardi...

Wallahualam.

Wednesday, April 13, 2011

"kisah-nafsu-dan-akal"

Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.”
 
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”.
Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”.
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sumber: Kisah Nafsu Dan Akal | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/kisah-nafsu-dan-akal/#ixzz1JKmR5GFW

Hukum Suara Wanita

Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak. Masing2 membawa hujah yg tersendiri. Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain. Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "


Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi. Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang, golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan. Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan. Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.

    "Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)

Sumber http://notamuslimah.blogspot.com/2008/12/hukum-suara-wanita.html


p/s: teguran buat diri sendiri dan mereka yang sewaktu dengannya

Paginya sedih, petangnya Allah bagi kegembiraan...

Hari ini ada dua perkara yang telah aku tempuhi.. pertama kesedihan. Mengapa aku sedih? Aku tidak dapat menjalani test 'speaking MUET" dengan sebaiknya.. Subhanallah...hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu dengan kepala ni dah dua hari ditemani migrain. Nak study pun ala kadar saja. Alhamdulillah, migrain bukanlah ditahap kritikal. Mampu lagi untuk bergerak di sekitar kampus.

Pada petangnya pula, satu Majlis Perasmian Penutup Program Muzakarah Berkelompok Liqa' 2011 diadakan. Aku dipilih untuk menerima Anugerah Raisah terbaik dalam Liqa' 2011 dan saudara Muhammad Farel sebagai Rais Terbaik. Ini menjadi satu suntikan semangat untuk Rais/Raisah yang lain menjalankan amanah masing-masing pada masa akan datang meskipun sebelum ini tidak dijanjikan ganjaran dunia.

Hikmah yang inginku kongsikan disini bukan sekadar menceritakan anugerah yang diterima tetapi apa yang Allah kurniakan.

Subhanallah...begitu sayangnya tuhan kepada hambanya, kenapa tidaknya? Baru sahaja paginya aku mendapat cubaan kesedihan, petangnya pula diuji dengan kegembiraan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersirat. 

pertama: Hikmah Cubaan Kesedihan.

Cubaan ini menguji kesabaran kita dan kita redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba menenagkan hati dengan cuba tersenyum namun sahabat-sahabat dapat membacanya. Ada sahabat yang memberi semangat dan cuba berfikiran positif agar tidak terlampau mengganggu fokus pada pembelajaran seterusnya. 

Kedua:Hikmah Ujian Kegembiraan

Kenapa aku katakan kegembiraan itu satu ujian? bukankah itu satu nikmat? Ya, kegembiraan itu satu nikmat dan boleh menghilangkan kegusaran di hati tetapi kadangkala ada kegembiraan yang boleh mendatangkan riak. semoga hatiku teguh dari sikap riak yang datang tanpa diundang, yang hadir tanpa dijemput.

Kesimpulannya gembira itu nikmat seiringan ujian dan sedih itu cubaan seiringan dengan nikmat Allah SWT.

Di sini sedikit perkongsian mengenai Sujud Syukur:-

Kafiat Sujud Syukur sama sahaja dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى

“Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt” – (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah – Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :

يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى 

“Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama’mengatakan wudhu’ dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo’a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa.”

————–
Rujukan :
1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ – 7. Cetakan ke 3, tahun 2000. ms 266.
2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh – II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 – 120.

sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/29/sujud-syukur/

Saturday, April 9, 2011

Dalam Sujud Cintaku


Album :
Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu


Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu


Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu


Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

ziela_ma(at)yahoo.com.my

Dunia Remaja

Munsyid : Zulfan

http://liriknasyid.com

dunia remaja
usia remaja
menyapa pelbagai
rintangan hidup
terkadang jerumus
ke lembah noda
hasutan dunia


bara di jiwa
membakar naluri
ingin bercita
walau ia hanya seketika
ku tetap alpa


dunia itu
menguji keimananku
bagai badai
yg menghempas kepantai
dilautan
aku terumbang-ambing
dek perahu
tiada berkemudi


cinta palsu yg ku
damba dahulu
kini telah hilang
disinar cahaya ilahi
betapa jahil tika waktu
itu kerna tidak mengenal
cinta hakiki...
restu ilahi...


usia remaja leka meniti
jambatan ilmu
kerna di kaburi
persona cinta
bukannya cita-cita
nasihat bonda
tiada terpahat kukuh didada
teguran ayahanda ku anggap hanya
leteran biasa


alam remaja
nafsu menjerat diriku
terbelenggu
bisikan syaitan menipu
diulit godaan cinta wanita
kerna tiada
sempadan agama




cinta palsu yg ku
damba dahulu
kini telah hilang
disinar cahaya ilahi
betapa jahil tika waktu
itu kerna tidak mengenal
cinta hakiki...
restu ilahi...


ya Allah... ampunilah
kami...
ya Allah... berilah
hidayahMu...
ya Allah... tunjuklah jalan
yg kau redhai...


Pengirim : zahidin
Related Posts with Thumbnails