Friday, April 1, 2011

TaRbiAh RuhiYYah


Sembang Santai bersama Duat pada 30 Mac 2011 di DKF 1.2 FKP. Antara isu yang diperbincangkan, penghayatan dakwah, pemantapan tarbiyyah ruhiyyah, dakwah kreatif, keseimbangan antara akademik dan dakwah, pendekatan dakwah dalam kalangan muslimat, dan ikon muslimat masa kini.
TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan tarbiyyah Rabbaniyyah kepada para anbiya’ sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da’wah Islamiyyah dan konsep pentarbiyyahan ini mestilah menjadi panduan kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya’. Di antara halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek ‘tazkiyatunnafs’ di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat-ibadat hati. Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek lahiriyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa ada kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan tertegak. Yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasul saw.

KEPENTINGAN TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan ditempuhnya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan orang-orang yang gugur di dalam jalan da’wah. Oleh itu daie mestilah melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyyahan seperti berikut:

·         Ilmu
Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata Tarbiyyah Ruhiyyah, kerana proses pengabdian kepada Allah memerlukan kepada tafsiran-tafsiran ilmu yang benar. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing. Oleh itu para daie perlulah melengkapkan diri dengan aspek keilmuan agar mereka sentiasa terdidik dan mampu membedakan antara kehendak syaitan dan juga kehendak Allah swt. Ilmu mestilah diambil dan dipelajari dari guru yang mursyid, yang mampu menjadikan kata-katanya sebagai perbuatan dan amalan harian hidup mereka.

·         Amal di medan (menyampaikan)
Ilmu yang diperoleh perlu disebarluaskan dan disampaikan melalui medan dakwah. Kadang-kadang ramai yang terpedaya.

CIRI-CIRI KEIMANAN
Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang ciri2 tersebut di dalam firmanNya:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah At Taubah ayat 112).

1. At-Taibun (orang yang bertaubat).
 
Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolong dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)
Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:
“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui” (Surah Ali Imran: ayat 135)
Keperluan para daie mengawal dirinya dari melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong para pejuang Islam melakukan dosa-dosa besar pula. 

Sepertimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”
untuk mewujudkan sifat Ta’ibun para daie dan ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. 

Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang mengotorinya”. (Surah Al-Syams: ayat 7-10)
Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia dengan Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat, manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-
i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.
ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)

2. Al-Abidun
Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman Allah swt:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” ( surah Az-Zariyat : ayat 56)
Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan:
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam” (Surah Al An’am: ayat 162)
Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.
Ini juga bererti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.
Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga, berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.

3. Al-Hamidun
 
Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. 

Firman Allah swt:
“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”. (Surah Al-Syura: ayat 52)
Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. Allah swt berfirman:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu daripadanya pada hari qiamat dengan sebenar-benarnya”. (Surah Nuh : Ayat 15-18)
Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah serta kasih-sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Pernyataan terima kasih dan syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredhai oleh Allah yang memberi nikmat tersebut.
Inilah perintah Allah swt di dalam banyak ayat-ayat Qur’an, antaranya:
“Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Surah Al Baqarah: ayat 152)
Allah akan meredhai seseorang hambaNya yang memakan sesuatu makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau hambaNya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas nikmat minuman itu.
Para pendakwah seharusnya memuji dan mensyukuri Allah di dalam masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga mereka termasuk di dalam golongan manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sebagai:
“Amat menakjubkan keadaan hidup orang-orang mukmin (dimana) seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya ia mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia mendapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana ia bersabar maka ia mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja”

4. Al-Saihun

Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan para mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)
Alangkah indahnya jika para daie melakukan pengembaraan, meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.
Alangkah indahnya jika para daie mengembara meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:
“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)
Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga keimanannya akan semakin mendalam.

5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)
Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya sama ada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:
“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki nyang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh” (Surah An Nur : ayat 37)
Para pendakwah terutamanya pada zaman ini, amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt berfirman:
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat: ayat 17-18)

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar

Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim sejati. selagi dia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin.

Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali Imran : ayat 104)
Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran. Umpamanya sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (Riwayat Muslim)
Rasulullah saw begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat. Rasulullah saw bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya hendaklah kamu meyuruh yang ma’ruf, melarang kemungkaran (jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu siksanya kemudian kamu berdoa kepadaNya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan”
Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah dan RasulNya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Justeru para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka menjadi qudwah hasanah contoh tentang da’wah yang menjadi seruannya kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.

7. Wal Hafizuna LiHududillah
 
Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah.
Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik lelaki mahupun perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah AnNur ayat 51)
“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tida (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah Al-Ahzab : ayat 36)
Landasan kedua- Para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiyyah yang melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamaiy’ yang tidak akan gugur wajibnya dari  bahu orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan matlamatnya tercapai ataupun para pendokongnya menjadi syuhada’. Allah menegaskan
“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An Nisa : ayat 65)
RUJUKAN
1. Bahtera Penyelamat Dalam kehidupan Pendakwah. Fathi Yakan. Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam:1985.
2. Kertas kerja Tafaqquh Fiddien : tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah dalam Gerakan Islam. Dibentangkan untuk seminar Tahun Akhir (SMART 1) Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz. AGI:SMART, 2003 Kuala Lumpur

Wednesday, March 30, 2011

Dosakah Aku?


Monolog seorang gadis...

Igauan kisah lama mengamit hati dan fikiran. Dosa semalam tidak pernah luput difikiran. Seorang sahabat ada bertanya mengenai hukum hudud. Di mana jika penzina(orang Islam) itu di hukum seperti hukuman sekarang adakah orang Islam itu akan terlepas hukuman daripada Allah? Jawapannya tidak.  

Aku tersentak...Pertanyaan itu sedikit menganggu fikiran dan hati yang dalam keadaan nkegusaran dengan beberapa perkara yang lain... Tiba-tiba terdetik di hati untuk bertanya satu soalan kepada Ustaz. “Ustaz, kalau seorang kanak-kanak yang berzina sebelum baligh, adakah dia akan dikenakan hukum hudud?
Jawapan ustaz yang aku kagumi itu... TIDAK...
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Tiga orang yang dosanya TIDAK dicatat (TIDAK ada taklif): Orang yang tidur sehinggalah dia bangun, kanak-kanak sehinggalah dia besar (baligh) dan orang gila sehinggalah dia berakal atau sedar” (HR.an-Nasa’ie).

Sedikit senyuman terukir dan ketenangan mula menyapa... Alhamdulillah...moga aku lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang... Bukan senang menjadi solehah dan bukan susah untuk menjadi seorang yang fasiq.
Nauzubillah...

Saturday, March 26, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.
DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?
PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?
IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?
JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?
KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.
SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?
REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.
p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

sumber: Fb/Blog sahabat


sumber http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/03/surat-seorang-remaja-kepada-perdana.html#ixzz1HimzIVb0

Wednesday, March 23, 2011

Ingin ku Hazaf Virus cinta ini..

Aku melayan emosi diri yang keadaan tidak stabil kini... Aku terluka kerana tindakanmu... kadang-kadang dipendam...biarkan diri 'makan' hati sendirian.. semuanya kerana sayang...sayang buat teman yang mengembirakan hati...Ini salahku...bukan salah dirimu... merasakan diri diperlukan...tidak cuba mengerti dalam setiap tindak-tanduk kalian. Ingin ku protes makin terbakar hati...


Ingin ku Hazaf Virus cinta ini...



Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..


Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aishah/#share
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/aishah/melukut_ditepi_gantang.html ]

Monday, March 7, 2011

Tanda-tanda awal Kanser


 1)    Kanser pangkal rahim – Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2)    Kanser Payudara – Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cecair berdarah dari putting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3)    Kanser Usus besar – Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4)    Kanser Paru-paru – Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5)    Kanser perut – Hilang berat badan, muntah berdarah, system pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6)    Kanser Limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7)    Kanser ovari – haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8)    Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9)    Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10)  Kanser Darah(leukemia) – letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi.

11)   Kanser tekak – Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10  Penyebab utama kanser

         1)      Makanan 
         2)   Tembakau
         3)    Alkohol
         4)    Radiasi
         5)    Sinaran cahaya matahari
         6)    Pekerjaan
         7)    Pengambilan ubat
         8)    Pencemaran air dan udara
         9)    Perokok yang tidak aktif
        10)  Keturunan


Teh dan Kanser


Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di Negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

 Teh juga mempergiatkan enzim system “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Diet untuk mencegah benjolan pada payudara

1)     Hindari makanan berlemak dan bergoreng.
2)    Hindari makanan ringan yang masam.
3)    Kurangkan minum kopi dan minuman bergas.
4)    Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin.
5)    Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, evening primrose oil.






sumber: C22 HM1Klassifieds, jumaat, 18 Febuari 2011. www.1k.com.my

Thursday, March 3, 2011

Makluman untuk Mahasiswa/wi USIM

Assalamualaikum...
kepada sahabat2 sekalian... tolong isi permohonan tinggal di kolej kediaman melalui ewadi. Kalian boleh daftar ikut jadual di bwh:-

1 mac 2011 - 7 mac 2011 = pelajar tahun 3 + 4

8 mac 2011 - 14 mac 2011= pljr thn 2

15 mac 2011 - 21 mac 2011 = pelajar thn 1

22 mac 2011 = Tarikh tutup permohonan

4 april 2011 = result keluar (berjaya atau tdk berjaya)

18 april 2011= makluman penempatan bagi yg berjaya

1 julai 2011 -15 julai 2011 = Rayuan bg yang xberjaya

22 julai 2011= keputusan rayuan

25 julai 2011 = kemaskini status pelajar yang tinggal luar

* tawaran ini juga dibuka untuk pelajar ijazah sarjana muda yang kini tinggal di luar kolej kediaman dan semua pelajar bukan warganegara ijazah sarjana muda (pelajar antarabangsa).

Tuesday, March 1, 2011

Jom ke FB Stall!!!

Datanglah beramai-ramai ke Pusat Komersial..Terdapat pelbagai gerai jualan dari barangan kering hingga yang basah......

Jangan lupa singgah gerai FB Stall!


Related Posts with Thumbnails