Thursday, November 11, 2010

***Betul ke wujud?***

Pada suatu petang…si ibu sedang membaca buku di ruang tamu..si anak datang menghampiri.

Anak: Ibu..boleh Amir tanya sesuatu?
Ibu: Boleh sayang…apa dia?
Anak: Betul ke Allah itu wujud?
Ibu: Allah itu wujud dan kita patut percayakan-Nya. Di dunia tak ada benda yang wujud tanpa penciptanya… contohnya Air susu dalam gelas ni.. kalau ibu tak bancuh, Amir tak akan dapat minum air susu tu kan..?
Anak: Lagi ibu…
Ibu: Ok…ibu bagi contoh…orang mati kerana nyawa mereka telah dicabut oleh Sakaratulmaut. Ibu nak tanya Amir pulak, Amir hidup sebab nyawa Amir ada masih ada dalam diri Amir sekarang. Sekarang ibu nak Amir tunjuk mana nyawa Amir?

Amir cuba menunjukkan jari ke dadanya.
Ibu: “Emm.. itu dada Amir, nyawanya kat mana?”
Anak: Tak tahu la ibu…

Si ibu mengukir senyuman.
Ibu: “Itulah yang ibu nak maksudkan..kita yakin nyawa kita ada dalam diri tapi kita tak dapat tunjuk kat mana nyawa kita berada sekarang. Satu lagi pesan ibu, jangan sia-siakan nyawa yang Allah bagi kat kita. Kita hanya hidup sekali je kat dunia, bila dah mati kita, takkan kembali. Jadi buatlah amal kebajikan berterusan walaupun sikit itu lebih bermakna”.
Anak: ada lagi tak contoh yang lain bu?
Ibu: Anak ibu ni, macam nak uji ibu jerk…
Anak: Ala..anak ibu kan suka belajar…hihihi(ketawa kecil si anak diikuti ibunya)
Ibu: Ye…ibu tahu..anak ibu ini anak yang baik, suka belajar. Satu lagi contoh..manusia dikurniakan akal. Jadi mereka boleh membezakan yang mana baik dan buruknya. Betul?
Anak: Betul...3x. (jawab si anak seperti kartun upin & ipin)
Ibu: tapi boleh ke Amir tunjuk mana letak akal tu? Tak boleh kan?
Anak: A’ah la ibu…terima kasih bu…Sayang ibu…
Ibu: Ibu pun sayang kat Amir…

Mereka berpelukan.

Wednesday, November 10, 2010

***Mengapa aku diuji?***


Seorang sahabat kita pernah tersungkur dalam kehidupan. Biarlah ia dikenali sebagai Noura. Ketika bersendirian, dirinya mula dihantui dosa-dosa semalam. Dia menangisi kesilapan lalu…Astaghfirullahal azim…Istighfar dia kerna-Nya.
Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang lemah lembut. Datangnya dari seorang wanita yang bertudung litup. Tudungnya melepasi paras dadanya. 
(Al-Quran dalam surah Al-Ahzab: 59)
59.  Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[1232]  Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

 “Assalamualaikum…Boleh akak duduk kat sini”, Kata gadis itu memulakan bicara.
Noura menganggukkan kepala sambil menyapu airmatanya yang mengalir di pipi.
“La tahzan adikku…! Jangan bersedih… Jangan bersedih dengan ujian menimpa. Bertuahnya adik bila diuji dengan dugaan kerana adik insan yang terpilih”.
Noura kembali bertanya, “Mengapa mesti saya yang diuji?Mengapa? Adakah Allah tidak sayangkan saya?”
“ Tidak Sayangku”, Jawab suara itu. “Bahkan kerana sayang dan ingin menyedarkan dikau, Allah cuba menguji kebenaran kata-katamu”, Tambahnya lagi.
“kata-kata saya?” soal Noura kembali.
“Adakah adik pernah mengaku keimanan adik terhadap Allah SWT?,” Kata gadis itu kepada Noura.
“Ya betul...Saya pernah mengaku beriman kepada Allah SWT,” jawab Noura.
Gadis itu mengukir senyum dan membisu buat seketika. Kemudian mula bersuara kembali,
“Allah telah menjawab dalam Al-Quran (al-Ankabut:2,3):

2.  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Noura terdiam seketika. Sebelum dia sempat bersuara, gadis itu mengungkap kata-kata lagi.
“Jangan salahkan takdir yang menjadi sebab musabbab dirimu terjerumus dalam kegelapan. Setiap insan pasti melakukan kesilapan.Tapi jadikan dirimu wanita solehah muslimah mumtazah. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Yang dulu jadikan pedoman, yang sekarang jadikan panduan, yang akan datang jadikan impian,”.
“Ya Allah! aku banyak melakukan dosa. Akhlak saya buruk…Saya dah pernah…”, luah Noura dengan tersekat-sekat seraya air mata mengalir. Sebelum Noura menceritakan kisahnya, gadis itu menghalang.
“Syhh…jangan mengungkit keaiban dirimu sayang…muhasabah diri adalah lebih elok dari kamu menceritakan keaiban dirimu. Akhlak Mulia boleh dipupuk bila hati penuh keikhlasan untuk mencapainya. Yang penting IMAN! Di mana imanmu? Tahap mana imanmu? Tepuk dada, tanyalah hatimu. Imam Al-Ghazali berkata, “Sesungguhnya keimanan yang kuat pasti melahirkan akhlak-akhlak yang mulia, dan sesungguhnya keruntuhan akhlak adalah disebabkan oleh kelemahan atau ketiadaan iman yang menyebabkan berlakunya kejahatan”, kata Gadis itu. 

Thursday, September 30, 2010

Bila aku bicarakan mati...

Bila aku bicarakan mati
secara automatik meremang bulu romaku...
takut dan sakitnya pasti tidak tergambar...
Sakit gigi pun tak dapat ditahan
apatah lagi sakitnya ketika roh dipisahkan
dari jasad...

Bila bicarakan mati...
aku terfikir! adakah insan yang sudi menangisi pemergianku atau...
Adakah lebih ramai yang menyukai kematianku?
atau mereka tidak sabar-sabar menantikan saat ketiadaanku di sisi mereka...

Bila aku bicarakan mati...
seram sejuknya rasa jasadku ini...
Apa taknya amalan ibadat bekalan akhirat belum cukup untuk menebus segala dosa-dosa yang ku lakukan sepanjang nikmat hidup diberikan...

Astaghfirullahal azim....100x
Istighfar aku mengingati dosa-dosa semalam...
hidup yang penuh dengan perbuatan lagha...
mengingati dunia lebih dari kehidupan akhirat...

Bila aku bicarakan mati...
sempatkah aku memohon keampunan dengan semua orang...?
Ajal datang merisik terus meminang untuk dikahwinkan dengan Kematian.
Tarikhnya dirahsiakan kerana Allah nak buat kejutan...

Si Pengantin terima Qada' dan Qadar-Nya kerana itu janji tuhan dalam Al-Quran.

Bila aku Bicarakan mati...
Terdetik di hati,...
Macam mana permandangan dalam kubur nanti?
terang benderang atau gelap gelita?

Bila aku bicarakan mati...
Macam mana aku nak jawab soalan Mungkar dan Nakir nanti?
Lancar atau tergagap-gagap?
entah-entah tak terjawab....

Bila aku bicarakan mati...
bagaimana kehidupan aku nanti?
Bahagia atau terseksa?
Syurga atau Neraka...?

Masih ada waktu untuk aku bersiap sedia sekarang...
Nak seribu daya, tak nak seribu alasan
kerana amal yang sedikit itu lebih baik jika ia berterusan...

Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akhbar...

Monday, September 27, 2010

*** Muhasabah Cintaku ***

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x

Koleksi Edcoustic  yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Edcoustic – Muhasabah Cinta
Gambar Artis Indonesia

Friday, September 24, 2010

***Hukum pelancong bukan Islam masuk masjid***


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 mengenai "Hukum pelancong bukan Islam masuk masjid dan ruang solat utama dalam masjid."

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. (Sumber e-fatwa.gov.my/Harakah/AK)

***Wasiat Luqman diabadikan dalam Al-Quran***

25 Pesanan Luqmanul Hakim


1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

sumber asal:www.iluvislam.com
Kiriman: KhAlIfAh IsLaM
Editor : b_b

Thursday, September 23, 2010

*** Doa Senjata Orang Mukmin ***


Rasulullah s.a.w dikatakan pernah bersabda: ‘ doa adalah senjata orang mukmin’. Dan dalam kesempatan yang lain Baginda bersabda: ‘Doa adalah inti Ibadah.  Antara doa dan zikir yang sesuai digunakan adalah mathurat hasil pengumpulan zikir dan Doa Rasulullah s.a.w pagi dan petang oleh as-syahid Iman Hassan Al-Banna.
Doa mempunyai kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri. Solat merupakan Doa, cara meminta sesuatu dengan Allah s.w.t dan menghampirkan diri hamba-hamba-Nya. Selain d oa selepas solat kita diajar dengan pelbagai doa yang menjadi amalan muslimin dan muslimat seharian.
Doa tidak tertakluk selepas solat sahaja. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kita boleh berdoa. Dan tidak pula kita hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja.
Di sini terdapat beberapa penerangan yang berkaitan dengan amalan doa. Al-Imam Muslim rahimahullah meletakkan beberapa hadits dalam kitab Shahih-nya,yang kemudian diberi judul oleh Al-Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i rahimahullah :
“Keutamaan doa untuk kaum muslimin dengan tanpa sepengetahuan dan kehadiran mereka.”

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :

“Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya): “Ya Allah, kabulkanlah, dan
(semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.” (HR. Muslim)

Ini menunjukkan keikhlasan diri  orang yang mendoakan sesuatu yang baik kepada orang  tanpa dihebahkan dan tidak mendatangkan sifat riak atau takabbur dengan amalan kebaikan yang dilakukan apabila kita mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya.

Dikatakan sebagian para salaf jika menginginkan suatu doa bagi dirinya sendiri, malahan mereka juga akan berdoa dengan doa tersebut bagi saudaranya sesama muslim kerana amalan tersebut akan dikabulkan dan ia akan mendapatkan balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.
Related Posts with Thumbnails